Khamis, 24 November 2011

Jejak Terakhir di Sibu

Selasa dan Rabu puas bawak suami jalan-jalan melihat bandar Sibu. Lepas ni belum tentu lagi saya akan kembali ke sini. Tinggal lebih kurang 5 jam lagi saya akan berangkat pulang ke Semenanjung. Mudah-mudahan semuanya okey dan Si Purple selamat sampai di Penang tanpa cacat celanya (dan dengan barang-barang kesayanganku...). Tak sabarnya nak balik......

Jumaat, 18 November 2011

Bye Sibu, bye Sarawak...


Syukur ke hadrat Allah...rayuan saya untuk ke Pulau Pinang diluluskan. Pagi tadi pukul 8.00 baru dapat tahu berita ni. Sekarang tengah sibuk urusan nak poskan kereta ke Pulau Pinang. Tunggu suami datang Isnin nanti, bawa dia ke sekolah, settlekan tugas dan serah tugas di sekolah, jumpa anak-anak murid saya yang menangis tak henti-henti pagi tadi, dan tolong saya kemas barang-barang. Hmmm.....leganya rasa...terubat semua kekecewaan. Amin Ya Allah...

Selasa, 15 November 2011

Pulau Rahsia

Hehehe...bukanlah saya nak bercerita tentang sebuah pulau yang penuh rahsia di mana pulau tersebut adalah pulau yang saya dan suami teringin nak kunjungi, tetapi pulau rahsia yang saya nak cerita ni adalah tentang sebuah buku yang bertajuk Pulau Rahsia. Buku ni alkisahnya merupakan salah satu buku kegemaran saya ketika darjah 6 dahulu (kira-kira 15 tahun yang lampau) atau setepatnya pada tahun 1996. Masa saya bersekolah rendah dulu, cikgu bagi pinjam 2 buah buku; BM dan BI. Kalau BI saya suka pinjam ensiklopedia berbanding dengan buku cerita (sebab suka tengok gambar-gambar binatang) dan kalau BM saya suka pinjam kisah penyiasatan. Ala-ala beranganlah sambil membaca....Biasanya Siri Penyiasatan ni ada lebih kurang 20 tajuk dan memang buat saya teruja sangat nak pinjam tiap-tiap minggu. Tapi bila dah pinjam Pulau Rahsia ni, saya jadi suka sangat dan pinjam sampai 2 minggu. Nak dijadikan cerita, disebabkan suka baca banyak-banyak-banyak kali, buku ni saya lupa nak pulangkan dan jadilah harta peribadi saya hehehehe...

Isnin, 14 November 2011

Moga dipermudahkan urusanku

Saya dah selesai buat rayuan pertukaran. Kali ni agak agresif. Walapun jasad saya kat sini, tapi saya cuba segala yang terdaya dengan harapan rayuan pertukaran saya berjaya. Semua syarat dah saya penuhi dan sepatutnya memang saya dah boleh bertukar. Jika betul ada pihak-pihak yang menyekat hak saya untuk bertukar, silalah menjawab di akhirat nanti ye...Sebab dengan kuasa yang anda ada itu, saya dinafikan untuk bertukar. Secara langsung, saya tidak dapat menjalankan tugas saya sebagai isteri, anak, menantu dengan sebaiknya. Maka silalah tanggung dosa saya dari detik saya bergelar isteri hingga saat ini. Mungkin saya tiada kuasa untuk mendapatkan hak saya tapi Tuhan maha adil. Terharu sungguh tadi bila Guru Besar turut mengalirkan airmata berkongsi kesedihan saya. Sebab dia dah pernah rasa apa yang saya rasa sekarang.  Moga ada rezeki buat kami suami isteri. Amin Ya Rabbal Alamin..Sesungguhnya Allah yang mengetahui perasaan saya tika ini. 

Ahad, 13 November 2011

Tertumpahnya airmata, tertumpasnya kesabaran

Subhanallah.....baru hari ni saya ada kekuatan utk menulis di sini. Tengahari Khamis lalu, di kedai makan Kg. Nyabor Kopitiam, saya mendapat perkhabaran memilukan-perpindahan tidak diluluskan. Dalam keadaan yg lapar, makanan tetap saya suapkan walaupun ibarat menelan butiran batu. Sampai tersedak-sedak saya menahan perasaan. Hati rasa nak pecah menahan perasaan tapi realitinya saya perlu bertahan, jangan sampai airmata menitis di khalayak ramai. Setelah selamat saya parking di bawah rumah, di dalam keretalah saya menangis puas-puas. Tuhan je yg tahu betapa kecewanya saya saat ini. Lebih-lebih lagi mengenangkan impian kami suami isteri. Ya Allah..berat sungguh ujian ini. Dan berat sungguh menanggung kekecewaan yg dah masuk kali ketiga. Esoknya, sekali lagi ujian datang. 2 orang guru yg minta pindah (dalam negeri) berjaya. Syukur sebab guru2 yg dapat tu sikit pun tak tanya pada saya dan tak juga berlebih-lebih berkongsi kegembiraan dengan semua orang. Yang paling saya kesalkan, orang yg rapat dengan saya, yg tahu masalah dan kesedihan saya yg lebih-lebih gembira. Jaja cerita saya tak dapat pindah, gelak ketawa terjerit-jerit macam dia yg dapat pindah betul-betul menyakitkan ulu hati saya. Sebolehnya saya menahan airmata (ye, saya hebat dalam hal ni sebab dah banyak kali kecewa) ketika tangan sedang sibuk print surat rayuan. Saya tahu orang yg tak mengalami tak faham peritnya perasaan saya ketika ini, tp adat org dewasa yg tahu membaca riak muka dan perlakuan org lain, belajarlah utk memahami. Try to put yourself into my shoes, then u'll know how hard it is, how hurt it was....

Rabu, 9 November 2011

Dup..dap...dup..dap

Berdebar-debar sungguh rasa hati ni. Mudah-mudahan rezeki berpihak kepada kami kali ini..amin. Malam ni mulai 12 tgh malam penentu hala tuju kehidupan saya akan datang di mana keputusan perpindahan akan diketahui (online). Dalam pada hati tak keruan, perlu juga prepare tarian joget untuk prsembahan murid tahap 1 minggu depan. Moga berita mengembirakan mengiringi saya amin... Dear heart, please be strong even any news u'll receive tonight. Don't lose hope because u are stronger than myself...

Ahad, 6 November 2011

Jus Tomato

Salam Aidiladha...hari ini saya hanya pergi beraya ke rumah Kak Wati dan Kak Lily. Tak jauh pun, dalam kampung ni juga. Syukur juga walaupun tak balik kampung bersama-sama dengan yang tersayang, dapat juga saya merasa suasana hari raya di tempat orang. Hm....hari ini saya baru mula minum jus tomato. Mula-mula ingat saya akan muntahkan balik, tapi rupa-rupanya rasanya tak seburuk yang saya bayangkan. Mengikut artikel yang saya baca, tomato ni perlu diambil setiap hari walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Jangkamasanya selama 10 minggu baru boleh nampak kesannya. Saya tiba-tiba nak jadi beauty concious and health concious. beauty concious due to kulit muka saya yang tak seindah perempuan lain...dah penat saya nak melayan jerawat ni (walaupun suami kata dia tak kisah langsung). Tomato ni banyak air yang boleh menghidratkan kulit kering. Health concious pula lebih kepada mencegah penyakit berkaitan jantung sebab tomato kaya dengan likopin (yang bagi warna merah). Ok..ni resipi jus tomato versi cepat, pantas dan sedap...

Sabtu, 5 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha



Selamat Hari Raya buat semua....dalam pada orang semua pulang ke kampung, membuat persediaan untuk memasak juadah, saya di sini keseorangan menyambut raya di tempat orang. Suami dah selamat sampai di kampung pagi tadi. Takpelah, yang penting suami saya ada di samping keluarga. Biarlah saya di sini. Lagipun lagi 2 minggu saya akan balik ke Semenanjung (mudah-mudahan balik terus..tak balik ke Sibu lagi). Tahun lepas, pagi Aidiladha saya di dalam perut pesawat MAS balik ke Johor Bahru. Masa tu excited sangat sebab nak sambut raya+jumpa tunang+lagi 2 minggu saya diijabkabulkan.

* terkini:
-dah mula packing barang tadi. Tinggal nak loading je. Tak sabar tunggu 14 hb ni..
-Genap 11 bulan usia perkahwinan saya. Perasaan? Bersyukur dan gembira sanga-sangat...

Ahad, 30 Oktober 2011

Perjalanan Hidup Ini

Moga ada sinar buat kami di hujung sana.....



Salam....tak tahu macamana nak memulakan kata. Dalam fikiran saya yang tak tenteram ni hanya fikirkan tentang soal pindah je. Ni kali ketiga saya minta pindah ikut suami. Walaupun peluangnya tipis (terlalu ramai yang nak keluar dari Sarawak dan terlalu ramai yang minta masuk ke Penang-antara negeri yg susah nak masuk). Sekarang ni saya hanya berdoa, solat hajat dan bertawakal mudah-mudahan ada rezeki saya utk tinggal bersama-sama suami. Diam tak diam, tinggal lebih kurang 3 minggu saja lagi sebelum cuti panjang bermula. Tak sabar rasanya nak balik Semenanjung, berada di sisi suami dan keluarga serta makan yg sedap-sedap. Saya dah mula kemas baju sikit-sikit dengan harapan dapatlah pindah....

Sedih bila mengenangkan saya sentiasa berjauhan dengan keluarga bermula dari Tingkatan 1 lagi. Saya bersekolah asrama sehingga ke Tingkatan 5 (didikan di asrama banyak membentuk akhlak saya sekarang; syukur!). Kemudian dapat tawaran matrikulasi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan selama setahun (masa ni saya jumpa sahabat yg paling saya sayangi; Mariam Azwa). Tidak lama selepas itu, dapat pula menyambung ijazah selama 3 tahun di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Zaman pekerjaan di Kuala Lumpur (Jln Raja Chulan), Seri Kembangan, Puchong, USJ Subang Jaya dan seterusnya dapat tawaran KPLI di IPG Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Selama setahun ni lah saya dapat selalu dengan keluarga. Tapi kegembiraan saya tidak lama apabila saya terpaksa terbang ke Sarawak (disebabkan saya di sini lah maka saya dapat kenal suami saya secara jarak jauh; amin Ya Allah). Justeru, besarlah harapan saya moga kali ini saya diberi kesempatan untuk merasai kehidupan bahagia di samping suami dan keluarga. Doa-doakanlah ye...


Yang Mengharap;
Puan Hayatee

Ahad, 16 Oktober 2011

Teringin bercuti

Salam hujung minggu...hari ni deria bau dan deria dengar saya betul-betul terganggu. Pagi lagi dah ada org kampung yg membakar rumput. Baunya memang menusuk-nusuk ke hidung dan tak selesa nak hirup udara segar di rumah sendiri. Belum lagi dengan jiran yg memang takde kerja (dan tak bekerja pun..duduk rumah goyang kaki) asyik guna mesin yg cukup-cukup memekak tu. Langsung takde ketenangan la kat sini. Nasib baik Sulaiman (si gila karaoke) tak menyanyi hari ni. Kalau tak, dengan org tengah azan pun dia tetap berkaraoke dengan pithcing yg tinggi pulak tuh. Bulan Disember ni cuti sekolah akan menjelma. Macam tahun lepas, di fikiran saya tak lain tak bukan risaukan majlis perkahwinan saya. Nampaknya tahun ni teringin pula nak habiskan masa yang ada dengan bercuti. Cadangan saya:

  1. Singapore-Sentosa Island (tak jadi nak ke Universal Studio due to money budget huhu...) kali ni nak ikut plan http://pelesitor.blogspot.com/2010/05/catatan-perjalanan-singapore.html (sori saya copy catatan awak ni..)
  2. Terengganu (rindu tempat saya menuntut ilmu)
  3. Cameron Highlands (tak pernah pergi lagi)
  4. Langkawi (cuti sekolah masalah sikit la)
Harap-harap dapatlah pegi semua tempat ni. Tapi target utama saya tentulah DAPAT PINDAH KE PULAU PINANG. Wa.....nak sangat-sangat......

Selasa, 11 Oktober 2011

Bertemu Negarawan Ulung

5 Oktober 2011 (Rabu) yang lalu, guru-guru beragama Islam di Sibu dijemput untuk bersama-sama Tun Dr. Mahathir mantan PM kita bertempat di RH Hotel. Saya n 2 housemates saya tak melepaskan peluang ni. Berbekalkan 2 keping biskut (tak sempat lunch), kami terus bergegas ke hotel tersebut. Memang Tun seorang yg punctual la. Memang ikut timing yg ditetapkan. Perkara tunjang pada petang tersebut banyak menyentuh isu terkini negara kita. Ketika sesi soal jawab, kebanyakan guru yg bertanya lebih kepada isu pendidikan dan dijawab dengan baik oleh Tun. Majlis petang tersebut sungguh santai (walapun perut saya bergendang dendang dah...) Enjoy gambar-ganbar!







Big poster there


Ketika berucap

Sesi soal jawab

Saya yang excited hehe....


Guru@housemate 1


Guru@housemate 2

Yang tak seronoknya ialah saya tak dapat bersalaman dengan Tun sebab biasalah ketinggian dan saiz fizikal menyebabkan senang-senang je orang tolak saya ke tepi. Geram sungguh.

Isnin, 3 Oktober 2011

Kemaruk Sinetron "Ketika Cinta Bertasbih"


Disebabkan dah termelanggan Indopek, maka saya mesti menghadirkan diri depan kaca tv pada 5.40 ptg Isnin hingga Jumaat untuk menonton Sinetron "Ketika Cinta Bertasbih". Cerita ni ditayangkan di saluran Bintang, 141. Yang membuatkan saya suka (like kata org putih) tentang cerita ni adalah:

  • Nama watak utama ialah Azam (which is same with my hubby's name :) )
  • Cerita ni memang Islamik sebab kebanyakan pelakon utama memang berjilbab. Dan semestinya tiada adegan pegang dan peluk ye (even they're acting as husband & wife)
  • Membuat saya berfikir tentang indahnya kalau hidup ni dalam lingkungan adab dan prinsip Islam sebenar

Episod untuk poster kat atas dah tamat petang tadi dan esok akan bersambung dengan episod poster di bawah. Hm...tak sabar nak tunggu...


* Macamana kita nak tegur orang yang lebih tua supaya menjalankan kewajipannya (terutamanya solat)? Saya dalam keadaan serba salah sebab kalau tak tegur saya tanggung dosa sama-sama (sebab sewa serumah) tapi nak tegur directly rasanya mereka bukanlah orang yg dapat terima teguran. Silap-silap mereka akan melenting dan bermasam muka dengan saya....hm...mintak tolong!!!!!

Selasa, 27 September 2011

Saya baru pulang dari dating...

Minggu lepas, ambil cuti hari Jumaat semata-mata nak habiskan hujung minggu dgn encek suami. Percutian yg tak dirancang ni memang seronok tambah-tambah lagi suami mmg ada kerja kat KL minggu lepas. Dan kebetulan juga kelasnya dibatalkan (ye...suamiku sekarang adalah pelajar separuh masa). 2 malam di KL dan 1 malam di Nilai. Pesan suami; balik ke Sibu jangan sedih-sedih. Kena tabahkan hati dan gembira selalu. Teringat satu artikel di majalah; KEPUTUSAN DIA ADALAH YANG TERBAIK. "Barangsiapa bertakwa kpd Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yg bertawakal kpd Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yg dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." Ayat 2-3 surah At-Talak.

Menitis airmata membaca potongan ayat ini. Terlalu banyak meminta pd Allah sedangkan rezeki yg ada di depan mata tak disyukuri. Mudah-mudahan Allah merencanakan sesuatu yg terbaik buat saya dan suami. Amin....

Ahad, 18 September 2011

Aidilfitri Pertama Suami Isteri PJJ

Alhamdulillah...sempurna sudah Ramadhan n raya saya tahun ni sebagai isteri. Walaupun berkesempatan bersahur dan berbuka bersama suami selama 4 hari setengah je pun rasanya cukup bermakna buat kami. Mudah-mudahan murah rezeki tahun depan dapat duduk sebumbung. Teringin sekali rasanya nak bersahur, berbuka, memasak juadah, jalan-jalan di Bazar Ramadhan, berterawih dan bertadarus bersama-sama suami tercinta. Mesti seronok sangat perasaan tu. 25 Ogos saya pulang untuk berhari raya dan keesokannya kami bershopping sakan di Pavillion dan Jalan TAR. Cadangnya nak pakai sedondon warna kelabu perak, tapi apakan daya baju kurung saiz 36 atau XS yang berwarna tersebut dah habis di Jln TAR. Jadi tukarlah dengan warna kegemaran saya, ungu. Raya pertama tahun ni di rumah suami yang jaraknya lebih kurang 5 minit je dari rumah saya. Hehehehe....jadi sebagai menantu dan anak, dapatlah saya menolong mak mertua dan mak saya dengan jayanya. Gigih berjalan naik turun bukit berselang seli rumah kami berdua. Apepun saya gembira dan syukur sangat-sangat.... Oklah, tak banyak sangat nak cerita memandangkan raya ke-7 saya dah pulang ke Sibu dengan deraian airmata membasahi pipi...uhuk uhuk...Jom, layan gambar raya....




Bersama Kak Ngah dan anak-anak buah yg xcukup


Berposing di rumah mertua


Raya ke-2 di R&R Seremban; melayan Abah yg baru balik dari umrah. Abah dah rindu sangat masakan Emak. Tengah menjamu selera dengan ketupat dan lauk-pauknya...



Dengan keluarga mertua di rumah Mak Long. Pastu terus sambung berjalan ke Melaka kui kui...


Suamiku dan Getz merah hatinya..sumber inspirasi baju rayaku.

Disebabkan harga tiket flight yg mencanak-canak harganya, maka saya pulang lewat sehari ke Sibu dan meneruskan rutin sebagai guru. Dah tak lama, tinggal 9 minggu je kat sini...hm....

Sabtu, 13 Ogos 2011

Ulangtahun ke-27

Walaupun dah lewat 3 hari, saya dah genap berusia 27 tahun pada 10 Ogos yang lepas. Jom nyanyi untuk diri sendiri hehehe..(nyanyi dalam hati je). Tahun ni jatuh pada hari Rabu, dalam bulan Ramadhan. Tepat 12.00 malam dapat call dari suami dengan ucapan yang manis sekali...Petang tengah solat Asar, terdengar hon yang kuat. Biasanya kalau hon kuat-kuat tu mesti Pos Laju. Dan betul sangkaanku...suami tersayang pos purse Guess yang cantik buat isterinya ini. Sweet sangat dengan kad dan kurma Safiya Yusuf Taiyoob (yang memang saya nak sangat). Alhamdulillah...syukur dengan segala kurniaan dariMu. Terima kasih suamiku yang bersusah-payah cari hadiah yang cantik tu. Balik raya nanti saya pakai ye....

Jumaat, 5 Ogos 2011

Alhamdulillah....sudah 8 bulan

Ye, betul tu. Dah 8 bulan. Apa yang 8 bulan? Dah 8 bulan saya mendirikan rumahtangga dengan suami kesayangan saya. Walaupun sering berjauhan dan pelbagai dugaan datang menjelma, saya tetap masih bersyukur dan redha di atas segala ketentuanNya. Mungkin ada hikmah di atas segala dugaan ini. Bersyukur sangat-sangat suami tabah berjauhan dengan saya. Mudah-mudahan ketabahan dan kesabaran kami ini Kau balas dengan berita gembira Ya Allah...Di bulan Ramadhan yang mulia ni saya benar-benar berharap moga ada rezeki buat saya berpindah ke Pulau Pinang dan sentiasa di sisi suami saya. Perit sungguh berjauhan begini...Apa-apapun, moga kita semua sentiasa dalam keberkatan dan dilindungiNya amin...

Khamis, 28 Julai 2011

juz thinking

Penat......kenapa selalu rasa terseksa? tak penat ke menyeksa perasaan orang? Adakah aku tak layak untuk merasa gembira? aku penat sangat-sangat. Tamat.

Ahad, 24 Julai 2011

jatuh cinta pada maxi dress

Hasil yg dibeli secara online.
Tahap kepuashatian: murah-selesa-cukup panjang-flowy dan tak melekap kat badan-boleh pakai dengan inner/jaket/cardigan. Sekarang sedang mengintai lagi maxi dress yang sesuai. Lagipun boleh guna masa perut saya membuncit (akan datang) :)

Selasa, 12 Julai 2011

First time online shopping

Saya baru je dapat parcel Pos Laju tadi. Mula-mula kecewa sebab tadi housemate punya tudung yang sampai. Tengah melayan kecewa dan nak start buat kerja, van Pos Laju datang balik (memang LAJU la Pos Laju ni hehe). Tima kasih encek pos laju sebab hantarkan 2 helai maxi dress saya. Saya puas hati sangat dengan kualiti dan servis dari blogger ini : ladiesfash.blogspot.com. Hm...encek suami tak menghalang, maka bolehkah saya membeli lagi? Hehehehe....saya suka!

Rabu, 6 Julai 2011

Kebahagiaan ini datangnya dari kamu~

DEDIKASI BUAT SUAMI

Suamiku, terima kasih di atas segala-galanya. Terima kasih atas kasih sayang dan kebahagiaan tak bertepi sepanjang 7 bulan 1 hari usia perkahwinan kita ini. Tiada lain hanya kamu di hatiku. I LOVE U SAIFUL AZAM.

Khamis, 23 Jun 2011

Peruntukan gaji setiap bulan

Alhamdulillah...hari ni yang ditunggu-tunggu sudah tiba iaitu tunggakan gaji dan elaun-elaun khas bagi 2011. Dengan gaji yang tak seberapa (nak dibandingkan dengan profesional yang lain), dapatlah saya menaikkan jumlah pemberian ikhlas saya buat mak dan abah dan menyimpan lebih sikit. Bulan ni saya tak bercadang nak beli apa-apa untuk diri sendiri. Saya nak jimat simpan duit untuk tujuan-tujuan utama:

  1. Pembelian tiket raya dan hujung tahun.
  2. Perbelanjaan di KL bulan depan dan shopping raya (walaupun disponsor suamiku :) )
  3. Perbelanjaan sepanjang beraya di desa.
  4. Sesuatu untuk suamiku.
  5. Perbelanjaan mengepos kereta (kalau dapat pindah hujung tahun ni).
Mudah-mudahan semua tercapai. Amin.

Rabu, 25 Mei 2011

Menyibuk je....

Hish....hangin betul bila ada orang menyibuk ni. Sedang berehat-rehat kat bilik, tiba-tiba ada orang ketuk pintu rumah. Sekali ketuk, biarkan. Dua kali ketuk (beserta salam), pun biarkan. Kali ketiga baru buka pintu sebab fikir mesti orang yang disuruh oleh tuan rumah datang betulkan lampu. Rumah sewa ni dah banyak sangat yg perlu dibetulkan terutamanya lampu. Please lah.....jangan pakai economy bulb lagi. Dalhlah malap semacam, lepas tu asyik terbakar je. Dah tak terkira berapa kali kitorang panjat dan tukar sendiri. Berbalik kepada cerita asal, rupa-rupanya entah orang mana nak jual barang. Dahlah cakap nak tak nak, tiba-tiba suka dia je nak lambai geng dia yang dalam kereta suruh masuk rumah. Woi! sukahati engkau je ek! Saya pun tak tunggu lama terus kunci pintu semula. Bahaya betul...sukahati je dia masuk halaman rumah orang, naik sampai atas dan ketuk pintu sesuka hati dia. Ni kali kedua ada orang penyibuk macam ni. Hari tu konon-konon nak promote mesin urut kaki. Siap paksa-paksa pula. Entah-entah ni semua orang penipu. Nasib baik saya tak kena pukau. Fuh....

* tiba-tiba teringin nak ke Hatyai atau Danok. Encek Suami? Ada plan? hehehehe....

Ahad, 22 Mei 2011

sepi...sedih..ku sendiri

Dalam pukul 9 mlm tadi ada kawan dah dapat link pertukaran antara negeri. Dan keputusannya seperti yang dijangka (dan mengharap), mengecewakan.......sepi, sedih, ku tetap sendiri. Kenapa begitu kejam? Ini ke harga untuk aku berada di sini? Macamana lah nak cari kekuatan untuk menghadapi hari-hari akan datang. Sesungguhnya semangatku punah.....

Khamis, 19 Mei 2011

Biar papa kedana...asalkan menang gaya..yeah!!

Wow...stylo sungguh minah kat atas ni. Malam ni nak cerita pasal orang yang tak berkemampuan (atau mampu tapi cukup-cukup makan) nak bergaya berlebihan. Memang bergaya dan nampak mewah idaman kebanyakan wanita tapi kalau kita memang berkemampuan tak salah. Ni tak, duit gaji yang ada tu la perabis shopping bersungguh-sungguh. Akibatnya, baru 2 minggu lepas gaji, duit nak makan pun tak cukup. Dalam bank apatah lagi.
Sungguh kesian dengan kamu ni..... Takkan lah demi nak bergaya punya pasal, makan pun tak cukup duit? Kelakar pun ada. Sanggup berhutang (hutang kad kredit dah tentu punya) demi nak menang gaya. Teruskanlah usaha kamu ni. Sampai masa baru kamu tahu betapa pentingnya menyimpan untuk masa depan. Esok-esok kita tak tahu apa yang akan berlaku dan masa tu dengan duit simpanan tu lah yang menyelamatkan kita. Syukur, sebab saya sentiasa beringat dan hasilnya sepanjang saya bekerja ni, simpanan saya untuk kahwin betul2 mencukupi (belas-belas ribu juga saya simpan-pencapaian terbaik saya, orang lain saya tak ambil kisah). Selepas kahwin mampu berbulan madu (walaupun ke Indonesia je) dan kali kedua ke Sabah. Masih mampu bershopping sakan untuk mereka yang tersayang dan Alhamdulillah sehingga ke hari ni tak pernah pulak saya ikat perut semata-mata nak menang gaya. Handphone Blackberry (hutang), sunglass Prada (sampai pokai), baju2 MNG, Elle, Guess (oh, ikat perut), handbag Guess, LV, Fendi (semua gaji saya habis) tak bermakna kalau beg duit jenama Coach tu hanya tinggal RM1.80 je. Tengok makanan pun telan air liur je sampai terpaksa tebalkan muka minta kawan bayarkan.


  • Kesimpulannya, ukurlah baju di badan sendiri. Kalau tak berapa nak mampu tu, agak-agaklah nak berbelanja. Buat malu je orang tau hahahaha~

  • Sesiapa yang terasa, padan muka!

Isnin, 16 Mei 2011

~b.o.s.a.n~

Tentu best kalau ada suami di sisi. Dapat kongsi rasa gembira mendapat hadiah Hari Guru dari murid, kongsi rasa sedih bila ada masalah, pendek kata berkongsi rasa segala-galanya. Kadang-kadang mengalir juga airmata ni mengenangkan betapa bahagianya orang lain dengan pasangan sedangkan diri keseorangan. Dia juga keseorangan......Ya Allah, tabahkanlah hati kami...

Yang pasti, saya dah bosan di sini. Titik.

Ahad, 15 Mei 2011

Cikgu-cikgu, Selamat Hari Guru

16 Mei setiap tahun merupakan sambutan Hari Guru. Guru-guru di seluruh Malaysia diraikan pada hari tersebut. Tahun ni 16 Mei jatuh pada hari Isnin. Syukur pada Allah tahun ni tahun ke-3 saya menyambut Hari Guru di negeri Sarawak ni. Harap-harap sangat tahun depan sambut kat Semenanjung. Walaupun dah jadi cikgu ni, tapi jasa guru-guru saya terdahululah maka saya bergelar warga pendidik juga. Mudah-mudahan saya sentiasa dikurniakan kesabaran sepanjang mendidik anak-anak ini.



Mungkin pada sesetengah orang, tugas guru ni mudah tapi kalau rasa-rasa nak merasa kepayahannya, sila lah turun padang dan mengajar. Tak payah lama, sehari pun dah cukup. Selain dari mengajar, guru-guru juga banyak lagi tugas lain yang kadang-kadang tak sesuai pun nak dilakukan. Tapi, terima je lah selagi dapat....
Semoga semua guru menjadi guru bestari yang sentiasa mendahulukan murid dalam setiap tugas kita. Kita guru, kitalah yang mencorakkan mereka.....SELAMAT HARI GURU WARGA PENDIDIK...

Rabu, 11 Mei 2011

Rindunya Kampung Halaman...

Dah dekat 2 bulan saya tak balik kampung. Sekarang ni terasa betul. Dulu masa belum kahwin, mesti dan tentunya destinasi saya ialah kampung. Walaupun kawasan rumah saya takde padi nan menghijau, pohon nyiur nan melambai, sekawan itik sedang berenang mahupun burung-burung berkicauan tapi kedamaian kampung yang semestinya ada wajah-wajah yang kita rindui itulah yg membuat kita nakkkkkkk sangat balik kampung. Lagi satu, saya rindu sangat nak makan masakan mak saya. Dan juga masakan mak mertua saya. Tapi yang paling saya rindukan dah tentu lah wajah dan senyuman suami saya yg dah 5 bulan saya kahwini. Mudah-mudahan rezeki saya murah untuk tinggal bersamanya di Semenanjung atau lebih tepat lagi di Pulau Pinang (atau di mana sahaja suami saya berada...) amin...

Sabtu, 30 April 2011

Present for Myself

This April, I want to rewards myself and for my leisure time...both novels bought at Popular (member get 10% discount hehehe...should buy!) and Korea's DVD, Secret Garden. Enjoy Teacher Yatee! :)

Mengunjungi suami part 2


21 April 2011-saya terbang lagi ke Penang. Kali ni ambil cuti 1 hari je sbb Sarawak cuti Jumaat Baik (Good Friday) dan Easter Monday. Maka berseronok la hati saya buat sekian kalinya. Petang di Penang, suami datang dan bawa saya makan nasi dengan ayam goreng yg super sedap. Nama kedai tak ingat la pulak tapi dekat2 Bandar Perda. Sabtu-hari yang ditunggu-tunggu sebab leh pegi jalan2 dengan suami hip hip hooray!!!!!

Taman Rimba Teluk Bahang

Suami yang kepenatan drive


Kan best kalau dpt jln trail tu sampai habes...

Ahad- sekali lagi ke pulau ke destinasi seterusnya iaitu Rumah P.Ramlee. Setelah pusing-pusing dan bertanyakan arah kepada pakcik di tepi jalan, kami pun sampai awal pagi di Rumah P.Ramlee. Di rumah inilah Allahyarham P.Ramlee dilahirkan. Best sangat-sangat kat sini.

Buat macam rumah sendiri pulak...

Di balik tingkap itu ku mengintai Encik Azam


Ibu-ibu harus basuhin kaki dulu dong...



Di bawah rumah



Arkib P.Ramlee-gambar yg saya super like!



Dan....tak salah rasanya saya menghadiahkan sesuatu buat diri saya yg baik ni huhu.....beg tangan tiada jenama yg dibeli di Juru Auto City (harus pergi lagi) dan oversized sunglass by Esprit (untuk saya memandu di kala pulang dari sekolah....)

Rabu, 20 April 2011

Bertudung dan memakai tudung

Tiba-tiba rasa nak cakap pasal ni. Sebab ada rasa tidak puas hati dengan kata-kata yang dilontarkan seorang perempuan Muslim moden-canggih-kunun yang membuat pemakaian tudung sebagai bahan gurauan. Tak kira apapun alasan yang kita bagi, hukum WAJIB bertudung bagi wanita Muslim memang dah termaktub dalam Al Quran. Siapa kita nak buat lawak or pertikai hukum tu?

Dialog si moden-canggih-kunun:
Dialog 1
Masa kelas Pendidikan Islam, memanglah pakai tudung depan ustaz. Lepas habis kelas, tudung tu lipat-lipat je masuk dalam fail plastik keras tu. Tu lah guna bawa fail plastik keras tu...hahahhaha (sambil ketawa besar).
Dialog 2
Orang lelaki ingat kitorang yang tak bertudung ni jahat ke? Kitorang ni lagi baik dari yang bertudung. Sekurang-kurangnya kitorang tak buat benda-benda jahat....(sambil membuat mimik muka tak puas hati)

Untuk cik moden-canggih-kunun ni, sila baca dan fahamkan 'hadiah' utk kamu ni:

Contoh lain, orang perempuan yang tak pakai tudung, bila tanya kenapa tak pakai tudung, terus bagi fatwa kaum beruk betina..

“Aku tak pakai tudung sebab aku tak nak hipokrit, ada orang pakai jer tudung, tapi bentuk badan dan buah dada pon terjojol jugak. Ustazah yang pakai tudung labuh pun kantoi ada video seks dengan warden..”

Woi beruk, jika kau tak nak pakai tudung, jangan bagi fatwa yang benarkan kau buat dosa, jika kau beruk, tak kesah kau nak kaler bulu kepala dengan warna oren.., ini bukak tudung, lepas tu perasan bagus dari orang yang pakai tudung dengan membandingkan dosa mereka lebih banyak dari kau kononnya, haitt ptuihhh.., jika mereka yang bertudung buat maksiat dan tak bertaubat, mereka masuk neraka, dan jika kau yang tak bertudung tak bertaubat, juga masuk neraka, tak nak pakai tudung, diam diam sudah, dan berdoalah agar satu hari nanti akan pakai tudung, jangan jadi beruk betina!
(Copy and paste dari keretamayat)

Selamat beramal!

Khamis, 7 April 2011

Kelaka Sarawak kamek malam tok..

Salam hormat...sik tauk kenak tiba2 jak kamek mok klaka sarawak malam tok. Kamek dapat transfer kali ooo...Sedar sik sedar, tahun tok dh masuk tahun ketiga kamek diam sitok. Sik kamek pernah bermimpi datang sitok ka, kerja ka, diam ka...apa-apa jak la berkenaan Sarawak tok memandangkan nang jauh tempat tok.




Teh c special


Mula-mula kamek jejak kaki sitok, kamek nang terkejut nangga kenak banyak gilak gereja mun dibanding kita di Semenanjung. Ya lah kawan kamek madah, sitok nang lain benar-benar. Pertama-tama kamek dengar urang berkelaka Sarwawak, kamek diam jak sebab sik tauk apa dipadah sidaknya. Kinek tok, even tatabahasa kamek sik la bagus gilak, tapi mun diajak urang berkelaka mauk jak kamek. Sik rugi bah mun kita tauk macam-macam bahasa. Macam kamek tok, belajar sik tinggi gilak sik la dapat gi oversea sinun tapi kira orait juak la tauk bahasa negeri-negeri lain di Malaysia.


Laksa Sarawak



Lepas tau berkelaka Sarawak, kamek mula belajar bahasa Iban. Camney mok madah oo? Bahasa Iban tok sik susah gilak sebab ada juak bahasa Melayu ditukar sidaknya jadi Bahasa Iban. Kebanyakannya ikut suku kata jak. Mun bahasa Iban: Aku nemu mimit-mimit jak jaku Iban. Aku ndak nemu magang. Buleh juak mun mauk mengenalkan dirik kita empun pada urang lain. Paling sesuai mun mauk berinteraksi dengan sidak mak bapak budak. Ya nang paling penting sebab sik rame tauk kelaka Melayu.



Ok, kinek tok kamek mauk perkenalkan dirik kamek secara ringkas jak dengan kelaka Sarawak dan Bahasa Iban:

- Kelaka Sarawak

Hai...nama kamek Hayatee. Kamek mengajar di Sibu. Kamek mengajar taun 5, taun 4, taun 2 dan taun 1. Kamek dah kahwin. Nama laki kamek Azam.

- Jaku Iban

Hai...nama aku Hayatee. Aku pengajar ba Sibu. Aku ngajar taun 5, taun 4, taun 2 enggau taun 1. Aku udah belaki. Nama laki aku Azam.


Sekian...Kalau ada org Sarawak n Iban nak betulkan bahasa saya, dipersilakan..saya budak baru belajar...

Isnin, 4 April 2011

Mengunjungi suami part I

Minggu lepas, saya ambil cuti 2 hari untuk ke lokasi cinta saya iaitu Pulau Pinang. Kenapa lokasi cinta? Sebab cinta hati saya si suami tersayang ada di sana. Menaiki pesawat juang AirAsia Sibu-Kuching dan bersambung selepas 3 jam 20 minit Kuching-Penang, sungguh gembira rasanya di hati. Berbunga-bunga cinta je rasa...(sambil nyanyi Bunga-Bunga Cinta Misha Omar angkat-angkat kaki lagi u...).




Selepas terpegun dengan keindahan dari sudut pandangan atas (ceh...macam xbiasa naik flight je..padahal dah rasa cam naik bas), pesawat juang saya pun mendarat dengan bergayanya kat tempat atas nun: PENANG INTERNATIONAL AIRPORT. Sebenarnya dah mendarat pun kat sini tapi malam tak dapat nak snap gambar.




Disambut dengan penuh kerinduan oleh Encek Suami tersayang (Comelnya senyum camtu dengan baju hantaran...like!!), kami pun terus menuju Pelita Nasi Kandar sebab dah lapar sangat-sangat. Walaupun we all tak minat jenis makanan ni, tapi lapar punya pasal, hentam sajalah labu...
Senyuman sumbing saya di tepi Jambatan Pulau Pinang. Tapi gambar ni ke arah pulau. Kami nak jalan-jalan bakar kalori. Bagus untuk kelancaran otot-otot kaki saya yang manja gedik ni (malas jogging sampai lemak bertimbun :p)




Di Tokong Ular. Ular ni sungguh bergaya dan saya cuba tiru gaya itu tapi saya gagal...keciwa sungguh! Aku taula aku tak dapat gulung-gulung badan camtu.... Lupa pulak nak snap gambar pura-pura berani usap si sawa emas. Takpela, lainkali nak berlagak lagi sambil ambil gambar.



Seterusnya, meneruskan proses menghabiskan minyak kereta suami ke Fort Cornwallis. Nama Corn tapi takde corn. Kan best kalau dapat makan yg bakaq punya...fuh..nang nyaman jak jagung tok eh (loghat Penang campuq klaka Sarawak). Saya posing kat kubu simpanan senjata zaman dulu-dulu ni. Kalau main cak-cak kat sini pun boleh..tapi pastikan cak-cak dengan org yg dikenali ye..


Saya halakan Meriam Sri Rampai tu belah sana. Saja nak bagi orang belah sana terkujat...tapi memang banyak la meriam kat kawasan kubu ni. Kubu ni berbentuk bintang.
Meriam yang sedang bersidai....


Ada konsert juga


Dan saya pun penat lalu menumpang sebelah cik abang Francis Light ni....



Sudah bakar kalori maka kita pun kemas-kemas nak pulang...Bye Penang..dua minggu lagi kita jumpa ye Encek Suami...I LOVE YOU...

Ahad, 27 Mac 2011

SAPR16

Huh......akhirnya siap juga kerja saya yang tertangguh selama 2 hari. Puas berfikir sampai terjaga mengenangkan dikau SAPR16 (perisian utk mengisi markah peperiksaan sekolah) tapi akhirnya...baru ku tahu yg aku tidak install dlm laptop. Patutla text files nye takde. Dahla mmg kureng bab2 camni tambah2 lagi kalau guna Access. Lega dah siap. Tak sabar tunggu hari Khamis utk jumpa suami terchenta....

Isnin, 21 Mac 2011

BulanMadu Kedua

Salam...selesai sudah percutian bulan madu kami yg kedua di Kota Kinabalu, Sabah. Hm...berbaloi juga dengan tambang Airasia RM276 utk 2 org, kenangan yg tak dapat dilupakan. Cuma kureng sikit bab hotel. Next time kalau datang lagi, memang saya akan booking hotel yg lebih 'sempurna' hehehe....


Gambar dah tak tersusun nampaknya...hm...




Kundasang War Memorial



Alamak..terselit gambar kt Penang pulok...


Sebaik mendarat di KK




Hari kedua, percutian kami bermula ke Kundasang. Sebab kawan saya salah jalan, maka kami semua ke Kota Belud dulu. Tapi puashati sebab dapat snap Gunung Kinabalu yang selama dapat tengok dalam tv je...



Ha...nampak tak puncaknya?


Kami juga singgah di Kinabalu Park iaitu kaki gunung atau check point mereka yang nak panjat gunung. Tapi sayang, masa kami sampai encik gunung diselaputi kabus....tak dapatlah snap lagi...



Kinabalu Park

Kami sambung perjalanan ke Kundasang War Memorial yang indah lagi wangi sebab banyak bunga ros. Tapi cuaca memang panas terik lah...


Bergaya dengan suamiku (dan sunglass yg baru dihadiahkan hehe...)



Gedik santai




Skill pengantin yg masih belum dilupakan berlatarbelakang kampung di Kundasang


Lepas dah tido senget-senget kepala dalam kereta, kami pun sampai di KK tepat jam 3 petang. Kaki pun rajin utk cari souvenir dan destinasi kami ialah Pasar Filipina. Rambang mata pilih gelang kristal dan mutiara...fuh...rasa nak borong semua je...



Hanya mampu tersengih di pasar ini


Hari ketiga, kami ke pulau. Bertambangkan harga teksi RM10, kami tiba di jeti Jesselton dan terus membeli tiket ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik dengan tambang RM27 seorang.



Jesselton Point



Aksi menunggu panggilan pulau


Suami manjaku di Pulau Manukan



Da...kami mau transit ke Pulau Mamutik..tata!



Dalam bot nak kembali ke jeti


Tiba di jeti jam 3 petang dan terus bershopping di Suria Sabah. Dapat sehelai t-shirt dan dengan selipar yg masih berpasir, kami pun menelusuri jalanraya KK menuju ke hotel. Hm....agak lenguh gak berjalan kaki tapi seronok...



E'eh....dah nak fly balik JB pun....tata Kota Kinabalu...



Sungguh seronok spend masa dengan suami. Mudah-mudahan murah rezeki kami dapatlah honeymoon lagi ke tempat lain. Apa-apapun, cinta kami semakin kuat selepas honeymoon ini :))))