hari ni celik-celik mata je saya terus call bahagian penempatan sekolah harian, putrajaya. saya nak tau bila tarikh flight & semua perkara yg berkaitan dengannya. tapi, sangat hampa sebab sampai ke saat-saat akhir pun tetap engage...akhirnya saya buat keputusan untuk call esok je. lagipun, konco-konco saya pun tak dapat call.kira fair la tu.
so petang harinya, saya keluar dengan mr.nice guy.haha...iye je nice. nice la.dia banyak gak tolong saya masa praktikum hari tu. sebenarnya bukan kluar saja-saja tapi ada hal yang saya perlu bincangkan. hal personal tapi dia kena tahu. rupa-rupanya...baru ku tau...memang Tuhan nak uji saya. saya rasa bertuah sangat sebab sedegil-degil saya, senakal-nakal saya, saya masih tau jaga diri. saya pun tak tau camana perlu saya tulis di sini tapi yang pastinya saya bersyukur pada Allah kerana sayangkan saya.
sebagai kawan, walaupun dia malu dengan saya, tapi saya tetap nak kawan dengan dia. agaknya saya memang perlu tolong dia. entahla...tapi hati ni rasa betul-betul tak sedap bila tau dia sedang rosakkan diri dia..kalaulah sempat saya tolong dia before saya menerbangkan diri ke sarawak...alangkah bagusnya...apepun, saya akan cuba gak. dia nak marah, marahla.
Ya Allah, permudahkan urusan hambaMu ini. niat aku ikhlas untuk tolong dia. Mudah-mudahan dia dapat terima apa yg saya nak buat ni...Amin..
kadang-kadang, kita memang benci apa yang terjadi pada diri kita tapi macam yg Allah dah janjikan; "Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia memberi kebaikan padamu..." ya...saya begitu tenang sekarang...