Rabu, 19 Januari 2011

Our First Honeymoon

  • Wah!! Dah lama honeymoon tapi baru nak update sekarang. Ala2 takde masa la pula....ok, saya dan suami telah memilih untul ke Medan, Indonesia pada 19-22 Disember 2010 yang lalu. Kami pergi menaiki Indonesia Air Asia yg memakan masa selama 55 minit dari LCCT (jauh lagi perjalanan saya Sibu-JB; 1jam 35minit).
  • Setelah selamat sampai Polonia Airport, Medan (disambut dengan anjing hehehe..cuak!) dan cek2 imegresen semua, kami pun nak call travel agent tp syg hp suami tak dpt detect line kat sane. So dgn xpikir panjang, terus ambil cab dan terus menuju ke Destinasi 1 : Lake Toba.



6pm di Lake Toba, cuaca sejuk, hujan renyai-renyai

Pemandangan di Lake Toba

  • Kami bermalam di Darma Agung Beach Hotel (lebih kurang RM280). No aircond tapi sejuk sangat2 sebab bilik kami betul2 berhadapan dengan Lake Toba. Tapi sayang hujan malam tu so tak dapat nak jalan2 di tepian melihat keindahan Lake Toba. Lepas makan di Rumah Makan Bukit Tinggi (sajian Padang yang pedas banget dong!) berhadapan dengan Rumah Makan Batak Khas Parapat, kami balik ke bilik dan berehat2 sambil menonton perlawanan Piala Suzuki AFF Malaysia-Indonesia.
  • Keesokan pagi, kami dengan tourist guide (Abg Dame) naik feri ke Pulau Samosir, penempatan orang Batak. Dalam 20 minit juga la naik feri ni..hm...memang sejuk dan menyegarkan udara di Lake Toba ni.

posing atas feri sebelum balik ke daratan semula


  • Selepas kami check out, makan dulu (Rumah Makan Bukit Tinggi) dan terus menuju ke Berastagi. Berastagi adalah kawasan tanah tinggi ala-ala Cameron Highlands dan merupakan penghujung Danau Toba. Kalau tak silap saya, panjang Danau Toba adalah 90 km dan merupakan tasik kedua terbesar di dunia.
  • Cak! Dah sampai Berastagi....fuh....sakit pinggang gak utk sampai ke sini. Hujan renyai-renyai dan sepanjang jalan adalah perkampungan Batak yg mempunyai rekabentuk rumah yang unik. Cute sangat tapi tak sempat nak snap gambar. Teksi laju sangat. Di tepi-tepi rumah Batak banyak terdapat kubur yang dihias indah.


Encik hubby bergaya dlm kesejukan di Berastagi

  • Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Kota Medan. Cuaca hujan lebat dan jalan menuruni bukit curam membuatkan saya & hubby kecut perut. Pinggang pun sakit, mata pulak mengantuk. Sempatla kami singgah di tepi jalan makan jagung bakar dan minum kopi putih (jagung bakar boleh pilih nak pedas ke masin).
  • Pukul 7 malam baru sampai di Medan dan terus check in di Menara Lexus Hotel (1 malam lebih kurang RM280). Kami check in 2 malam kat sini.
  • Pak supir dah tapaukan Sate Memeng yg memang sedap.....hm....tapi kami tak cukup kenyang so hubby tapau mi goreng yg super sedap....best2...
  • Esoknya, kami jalan2 di Kota Medan, shoping2 sikit. Destinasi pertama ialah Masjid Raya dan seterusnya Istana Maimun.



Berposing di Meriam Puntung yg mistik

  • Esoknya, kami ke Medan Plaza yg ada Sogo di dalamnya. Jalan-jalan, shopping dan makan Rotimum (roti kopi cam paparoti tu...) dan minum di Bengawan Solo. Sedap dan terbaik.....
  • Perjalanan diteruskan ke Taman Buaya. Ingatkan macam zoo kita kat sini tp rupa-rupanya macam kita tengok ikan tu. Dekat je macam kolah air sembahyang kat surau tu. Hm....buayanya besar dan boleh tahan aktif. Menarik juga sebab dapat tengok dalam jarak dekat.
Para buaya yg sedang berehat :)


Pernyataan tentang Taman Buaya



  • Cukup masa, kami pun terus ke airport utk pulang ke Malaysia....berakhirlah bulanmadu pertama kami......dan diikuti dengan bulanmandu kedua Mac nanti :)
Kota Medan di malam hari


Mau pulang :))


Kesimpulannya, saya dan hubby sangat happy dengan bulanmadu kami. Terima kasih hubby sebab bawa sy pegi bulanmadu. Nanti ada masa kita pegi lagi ye....

Isnin, 17 Januari 2011

in the happy mood~

kira-kira guna jari kiri dan kanan jeng..jeng..jeng..tinggal 10hari utk balik kampung jumpa dgn suami tercinta. Hm.....macam ni rupenya berjauhan dgn org tersayang. Feelnya tak sama macam masa bertunang dulu. Mudah-mudahan murah rezeki dapatlah saya cepat-cepat berada di sisi suami saya. Doakan ye....


28 Januari nanti hari ulangtahun kelahiran suami yang ke 30. Disebabkan baru kahwin dan barang-barang hantaran pun lum lusuh diguna lagi, maka saya sangat2lah kekeringan idea. Tp hehehehe....ada la sesuatu khas buat suami tersayang.


Dalam hidup ni (sekarang la) dah tak banyak nak impikan cuma bahagia je rumahtangga ni. Seronok betul rasanya bercinta lepas kahwin, manisnya di situ...dan sangat teruja untuk mengenali suami saya.....

Ahad, 9 Januari 2011

perasaanku

~ saat-saat seronok~



Baru seminggu lebih berjauhan dengan suami, saya dah rasa semacam je. Rasa rindu usah nak dikata, Tuhan je yg tahu sampai terasa sendat menanggung rindu tu. Payah rasanya nak menjalani rutin lepas dah seronok bersama2 suami. Kadang2 bila dah melayan perasaan sedih2 tu, saya stop dan cakap kat diri sendiri yg saya kuat. Ye...saya memang KUAT. Selama ni berjauhan saya ok je. Tak patut sekarang ni hari2 berendam airmata. Suami pun tentu tak suka kan....

Untuk mengatasi rasa tak best berjauhan, maka saya seach tips yg kami boleh gunakan sebagai pasangan jarak jauh. Yg paling penting mesti setia, berhubung setiap hari dan kekalkan kemesraan. Mudah-mudahan ada rezeki saya berada di sisi suami tersayang. Terasa Sibu-Penang jauhhhhhhhhh sangat3.........hm.......tak sabar tunggu lagi 19hari untuk bersamanya.

Rabu, 5 Januari 2011

genap sebulan



Tada!!!!! These are some of de pics...mata dah ngantuk ni n xlarat nk tggu upload. Apa2pun, sgt seronok hari ni genap sebulan bergelar isteri walaupun berjauhan dari suami. Doakan kebahagiaan kami hingga akhir hayat. Sungguh tak sabar tunggu 28hb ni utk pulang berjumpa kekanda....hurm....terasa begitu rindu....