Ahad, 30 Oktober 2011

Perjalanan Hidup Ini

Moga ada sinar buat kami di hujung sana.....



Salam....tak tahu macamana nak memulakan kata. Dalam fikiran saya yang tak tenteram ni hanya fikirkan tentang soal pindah je. Ni kali ketiga saya minta pindah ikut suami. Walaupun peluangnya tipis (terlalu ramai yang nak keluar dari Sarawak dan terlalu ramai yang minta masuk ke Penang-antara negeri yg susah nak masuk). Sekarang ni saya hanya berdoa, solat hajat dan bertawakal mudah-mudahan ada rezeki saya utk tinggal bersama-sama suami. Diam tak diam, tinggal lebih kurang 3 minggu saja lagi sebelum cuti panjang bermula. Tak sabar rasanya nak balik Semenanjung, berada di sisi suami dan keluarga serta makan yg sedap-sedap. Saya dah mula kemas baju sikit-sikit dengan harapan dapatlah pindah....

Sedih bila mengenangkan saya sentiasa berjauhan dengan keluarga bermula dari Tingkatan 1 lagi. Saya bersekolah asrama sehingga ke Tingkatan 5 (didikan di asrama banyak membentuk akhlak saya sekarang; syukur!). Kemudian dapat tawaran matrikulasi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan selama setahun (masa ni saya jumpa sahabat yg paling saya sayangi; Mariam Azwa). Tidak lama selepas itu, dapat pula menyambung ijazah selama 3 tahun di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Zaman pekerjaan di Kuala Lumpur (Jln Raja Chulan), Seri Kembangan, Puchong, USJ Subang Jaya dan seterusnya dapat tawaran KPLI di IPG Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Selama setahun ni lah saya dapat selalu dengan keluarga. Tapi kegembiraan saya tidak lama apabila saya terpaksa terbang ke Sarawak (disebabkan saya di sini lah maka saya dapat kenal suami saya secara jarak jauh; amin Ya Allah). Justeru, besarlah harapan saya moga kali ini saya diberi kesempatan untuk merasai kehidupan bahagia di samping suami dan keluarga. Doa-doakanlah ye...


Yang Mengharap;
Puan Hayatee

Ahad, 16 Oktober 2011

Teringin bercuti

Salam hujung minggu...hari ni deria bau dan deria dengar saya betul-betul terganggu. Pagi lagi dah ada org kampung yg membakar rumput. Baunya memang menusuk-nusuk ke hidung dan tak selesa nak hirup udara segar di rumah sendiri. Belum lagi dengan jiran yg memang takde kerja (dan tak bekerja pun..duduk rumah goyang kaki) asyik guna mesin yg cukup-cukup memekak tu. Langsung takde ketenangan la kat sini. Nasib baik Sulaiman (si gila karaoke) tak menyanyi hari ni. Kalau tak, dengan org tengah azan pun dia tetap berkaraoke dengan pithcing yg tinggi pulak tuh. Bulan Disember ni cuti sekolah akan menjelma. Macam tahun lepas, di fikiran saya tak lain tak bukan risaukan majlis perkahwinan saya. Nampaknya tahun ni teringin pula nak habiskan masa yang ada dengan bercuti. Cadangan saya:

  1. Singapore-Sentosa Island (tak jadi nak ke Universal Studio due to money budget huhu...) kali ni nak ikut plan http://pelesitor.blogspot.com/2010/05/catatan-perjalanan-singapore.html (sori saya copy catatan awak ni..)
  2. Terengganu (rindu tempat saya menuntut ilmu)
  3. Cameron Highlands (tak pernah pergi lagi)
  4. Langkawi (cuti sekolah masalah sikit la)
Harap-harap dapatlah pegi semua tempat ni. Tapi target utama saya tentulah DAPAT PINDAH KE PULAU PINANG. Wa.....nak sangat-sangat......

Selasa, 11 Oktober 2011

Bertemu Negarawan Ulung

5 Oktober 2011 (Rabu) yang lalu, guru-guru beragama Islam di Sibu dijemput untuk bersama-sama Tun Dr. Mahathir mantan PM kita bertempat di RH Hotel. Saya n 2 housemates saya tak melepaskan peluang ni. Berbekalkan 2 keping biskut (tak sempat lunch), kami terus bergegas ke hotel tersebut. Memang Tun seorang yg punctual la. Memang ikut timing yg ditetapkan. Perkara tunjang pada petang tersebut banyak menyentuh isu terkini negara kita. Ketika sesi soal jawab, kebanyakan guru yg bertanya lebih kepada isu pendidikan dan dijawab dengan baik oleh Tun. Majlis petang tersebut sungguh santai (walapun perut saya bergendang dendang dah...) Enjoy gambar-ganbar!







Big poster there


Ketika berucap

Sesi soal jawab

Saya yang excited hehe....


Guru@housemate 1


Guru@housemate 2

Yang tak seronoknya ialah saya tak dapat bersalaman dengan Tun sebab biasalah ketinggian dan saiz fizikal menyebabkan senang-senang je orang tolak saya ke tepi. Geram sungguh.

Isnin, 3 Oktober 2011

Kemaruk Sinetron "Ketika Cinta Bertasbih"


Disebabkan dah termelanggan Indopek, maka saya mesti menghadirkan diri depan kaca tv pada 5.40 ptg Isnin hingga Jumaat untuk menonton Sinetron "Ketika Cinta Bertasbih". Cerita ni ditayangkan di saluran Bintang, 141. Yang membuatkan saya suka (like kata org putih) tentang cerita ni adalah:

  • Nama watak utama ialah Azam (which is same with my hubby's name :) )
  • Cerita ni memang Islamik sebab kebanyakan pelakon utama memang berjilbab. Dan semestinya tiada adegan pegang dan peluk ye (even they're acting as husband & wife)
  • Membuat saya berfikir tentang indahnya kalau hidup ni dalam lingkungan adab dan prinsip Islam sebenar

Episod untuk poster kat atas dah tamat petang tadi dan esok akan bersambung dengan episod poster di bawah. Hm...tak sabar nak tunggu...


* Macamana kita nak tegur orang yang lebih tua supaya menjalankan kewajipannya (terutamanya solat)? Saya dalam keadaan serba salah sebab kalau tak tegur saya tanggung dosa sama-sama (sebab sewa serumah) tapi nak tegur directly rasanya mereka bukanlah orang yg dapat terima teguran. Silap-silap mereka akan melenting dan bermasam muka dengan saya....hm...mintak tolong!!!!!