Ahad, 14 November 2010

emosi saya tidak stabil

Semalam, dah dapat tahu result pindah. Dan hasilnya......amat mendukacitakan....SAYA TAK DPT PINDAH KE JOHOR!!!!! Mula2 dapat tau mmg la nangis bagai. Tp lama2 lepas dah fikir n solat, sy redha jelah. Tunang pun tak kisah kalau berjauhan lepas kahwin. Sebab dia cakap dia kenal saya pun dalam keadaan yg berjauhan ni.

Tapi...saya la yg rasa sedih sangat. Sebab nanti saya tinggalkan dia lagi. Klu la map dapat dilipat kan best. Nak je saya lipat Penang-Sibu lepas tu bubuh gam UHU banyak2. Hurm...tapi berangan je la. Penat menangis dengan kuantiti yg banyak semalam. Drama betul saya ni...hm...
Dalam pada tu, kena ke sekolah sebab ada ceramah motovasi dari pihak JASA. Ada pula slot sedih nangis-nangis. Saya yg memang dah sedia sedih, lagi la laju je airmata. Nak-nak bila anak murid tahun 6 bercucuran airmata bersalaman dengan saya. Terus sy peluk mereka (1st time nih...). Lepas tu slot ibubapa pula bersalam n thx the teachers. Tiba2 saya dapat ciuman daripada sorang nenek ni. Saya pun tak cam nenek siapa. Tapi serius la.....memang rasa dihargai sangat. Rasa berbaloi mengajar anak-anak Iban ni walaupun kehidupan peribadi saya terkorban. Dan masa tu la rasa redha kalau khidmat saya masih diperlukan di sini pada tahun depan...


Hari ni, mood dah ok sikit. Pagi-pagi bangun, siap-siap, sarapan nasi himpit dan kuah kacang. Saya drive sorang-sorang pergi facial (sambil tu dia urut sikit, lega rasa), beli cheesy wedges dan tea C special. Tenang sikit rasa hati. Saya tengah tunggu rayuan dibuka. Mudah-mudahan ada rezeki pengantin baru. Amin....

Rabu, 10 November 2010

debaran menanti result UPSR

Esok, 11 November 2010 (Khamis), keputusan UPSR semua calon di Malaysia akan diumumkan. Guru Besar atau wakil akan mengambil keputusan tersebut di Unit Penilaian & Peperiksaan. Saya bukanlah calon UPSR, murid tahun 6 mahupun apai indai sidak tahun 6 tapi debaran dup dap saya lebih kencang dari mereka. KENAPA? MENGAPA? APAKAH? Sebabnya....saya la yg bertanggungjawab dalam menyebarkan ilmu Sains kepada mereka sejak tahun lepas semasa mereka di Tahun 5. Maka, mereka ini adalah produk pertama saya ibarat anak pertama la....penentuannya....





Wajah calon UPSR (dan calon pengantin :) )



Bila saya posting ke sekolah ni, kelas mereka la satu2nya kelas Sains yg sy ajar. Selain tu, saya jadik bidan terjun je utk subjek2 yg lain. Mula2 memang cabaran yg besar sebab mereka ni kurang belajar Sains dari tahun 1 lagi (berdasarkan report2 dari cikgu2 di sini). So, paham2 la macamana pencapaian mereka. Saya memang ajar dari cara sebutan (term sains) yg betul since sy mengajar mereka bilanguage yg kadang2 ambil masa seminggu. Cabaran demi cabaran sy hadapi termasuk pinjam kertas litmus dari sekolah lain (utk eksperimen acid and alkali).





Nak sangat-sangat saya tengok mereka tunjuk macamni tapi saya tahu setakat mana kemampuan mereka. Dan juga saya. Apa2pun keputusan mereka terutamanya Sains, saya terima dengan hati terbuka sebab separuh daripada keputusan mereka datangnya dari saya.



Buat anak-anak muridku, cikgu minta maaf jika ilmu yg cikgu beri terlalu sedikit utk kamu semua. Apa keputusan yg kamu dapat cikgu takkan marah. Sebab kamu dah usaha. Cikgu pun dah usaha. Cuma cikgu sentiasa doakan kejayaan kamu semua sebab banyak lagi cabaran yg kamu akan hadapi.....

Sabtu, 6 November 2010

dag dig dug lg 28 hari

  • WAh!!!! dah tak lama lagi saya nak naik pelamin.....baju pengantin belum siap. Saya pulak masih kat Sarawak ni kira2 guna jari keberangkatan pulang ke JB pada 20 november nanti. Nasib baik dapat balik guna waran kerajaan, save sikit dalam beberapa ratus. Leh tambah2 duit bayar mak andam hehehehe....
  • Sekarang dlm proses pengumpulan alamat kawan2 dari zaman gigi susu sampai la zaman pegang rotan. Huh! mencabar gak task ni sebab kebanyakan rakan dah tak dpt nak jejak. Guna fb pun yg reply "sorila yatee tak dapat datang" (hehehe...same gak dgn sy reply masa diorang kawen dulu...) Maklumla, Malaysia ni luas dan kawan2 kita ni berada di mana-mana. Hm....how i wish to meet everybody...
  • Balik kampung nanti saya ada 2 minggu je lagi untuk settle kan apa yg patut. Mak kat kampung dah tanya2 bila katil nak sampai. Booking dah kemain lama dari bulan 5 lagi. Hehe..sori la lambat call cina tu. Tu pasal katil lambat sampai.




Oh...ini bukanla pakaian yg saya akan pakai nanti. Walaupun saya org Johor, tapi tiada keturunan Jawa begitu juga dengan tunang saya. Tapi best gak kalau dapat pakai macam ni. Ish...sian pulak tengok keseksian tunang saya nanti...oh no no no...




  • Tapi yang tak bestnya sekarang tengah sibuk dengan aktiviti sekolah. Minggu depan kena pegi kursus 2 hari, dalam waktu yang sama exam budak-budak. Pastu mesti bersengkang mata+jegil2 biji mata+sakit mata tanda kertas jawapan dengan tulisan kreatif anak2 muridku. Minggu depannya lagi ada majlis penyampaian hadiah (nasib baik baju tempah hari tu dah siap, leh melaram...). Dalam masa yang sama, result E-GTUKAR pun keluar...mudah-mudahan ada rezeki balik ke semenanjung....amin...hm..lepas tu baru dapat kemas beg dan zoomm........................naik belon balik JB...............!!!! suke!!!


  • Ini pun bukan ppelamin saya. Saya pinjam dari encik google. Pelamin saya pun tak tau la rupa apa. Ikut kreativiti pak andam la melawakan dia. Hm.....
  • Saya belum rasa kehangatannya...bersedia la hahahha....(dah mereng sikit ni)

Khamis, 4 November 2010

~kad jemputan kahwinku~

Finally...dah lama tak update blog. sibuk dengan aktiviti sekolah dan hal peribadi. Minggu lepas, encek tunang saya dah bagi kad kahwin yg dah siap tempah. Rasa terharu pulak tgk kad kahwin sendiri ( feeling plak minah nih...). So, sekarang tgh kumpul alamat kawan2 dan minggu depan memulakan proses pengeposan supaya bila pulang ke kampung 20 November nanti dah tak payah pikir pasal kad lagi...






Jemput lah datang ye...








Kepada rakan2 blog, dijemput hadir ke majlis saya ye...tapi takdela grand ala2 artis gitu...sy buat ala kadar je. Maklumla, lokasi pun kat laman rumah je...di kaki Gunung Lambak, Kluang, Johor.




~hepi.hepi.hepi.hepi.~