Isnin, 27 Mei 2013

Percutian Singkat di Hatyai Part 2 (28 Mac-30 Mac 2013)

Selamat berhari Isnin..yahoo cuti sekolah dah start menandakan hari-hari reliks bagi seorang guru seperti saya telah menjelma. Walaubagaimanapun, penanda wacana kerja-kerja key in SPPBS belum buat lagi boring betul. Berbalik pada tajuk di atas, saya mulakan dengan hari kedua kami di Hatyai. Bangun pagi je cuaca dah terang benderang dan panas terik. 

Kami mulakan pagi itu dengan posing dulu dalam bilik. Hahaha...besarnya perut saya (25 minggu). Disebabkan hari ni banyak berjalan dan naik turun tuk tuk, saya decided pakai seluar yg selesa berbanding pakai baju mengandung. Takut tersangkut kat kaki lagi payah. 


 Driver tuk tuk bawa kami sarapan kat kedai nama Kelantan. Good surrounding dan ramai org Malaysia tgh sarapan juga. Tapi yg peliknya, kenapa diorang tak balas senyuman saya yg sah-sah org Malaysia ni? Alamak...sombongnya! Setakat bercuti kat Hatyai je pun... Menu kami pagi tu adalah Nasi Lemak Special dan Teh Tarik. Total 2 orang 195 Bhat (lebih kurang RM20).

Dalam tuk tuk ketika cuaca semakin panas...
Tak tau gambar sape saya snap masa traffic light merah

Mulanya kami nak ke Hatyai Dome dulu tapi awal sangat lagi so driver pusing dan terus ke Songkhla utk ke Samila Beach. Jauh juga perjalanan dalam 50 minit dari Hatyai. Sakit juga punggung duduk lama-lama dlm tuk tuk.


Fuh...panas terik di Samila Beach ni memang tak tertahan rasanya. Ni ape yg ditulis mungkin papan tanda dia la...

Macam biasalah, kalau ke pantai ni mesti bergambar dgn si duyung seksi ni. Nasibla tak jauh sangat nak berjalan utk bergambar dgn si dia ni. Masa ni driver tuk tuk tolong ambilkan gambar. Hati-hati saya panjat batu tu takut tergelincir sebab banyak pasir kat situ. 


Si kucing dan tikus ni pun mercu tanda kat pantai ni. Kami tak tunggu lama lepas ambil gambar dan beli belah serba sedikit (utk buah tangan) dan terus blah. Destinasi seterusnya ialah Songkhla Aquarium. Dekat je dalam 10 minit tempat ni dengan pantai tadi. Bayaran masuk ialah 300 Bhat (lebih kurang RM30). 


Jalan-jalan dulu tengok spesies ikan..kat atas ni baby jerung. Lepas tu ada show yg memang best. Siap ada orang berenang sekali dengan ikan-ikan besar tu. Ada jerung dan penyu yg pakai baju. Siap dia peluk2, menari, cium dan last sekali dia menari Gangnam Style dgn ikan-ikan tu. Hahahaha..terkekeh-kekehla mak buyung gelak masa tu. Orang yg buat show tu muka dia macam Sam Bunkface.

Kamera canggih kan..maka gambar tak clear

Mesti datang sini lagi nanti..
 


Seterusnya, kami ke Tangkuan Hill. Bayaran 30 Bhat (lebih kurang RM3). Nasib baik naik lif jadinya taklah penat sangat. Pemandangan di atas ialah bandar Songkhla dan pantai yg kitorang pegi tadi. Atas ni sebenarnya tempat Buddist berdoa jadi banyaklah loceng pelbagai saiz dan bentuk.


Ada juga love locks agaknya utk yg mengisytiharkan cinta mereka atas bukit ni cewahhh.... Tu dia cinta hati dalam perut lagi hehehe...


Perut pun dah lapar tambah-tambah lagi cuaca panas. Driver bawa kami makan kat pantai. Order tomyam kung, kangkung goreng belacan dan sotong bakar total 830 Bhat (lebih kurang RM84). Hambik ko...memang cekik darah makan kat sini. 2 orang je pun yg makan. Sedap memangla sedap.

Jumaat, 17 Mei 2013

Percutian Singkat di Hatyai Part 1 (28 Mac-30 Mac 2013)

       As salam...dah lama tak menaip benda lain selain minit mesyuarat, evidens, nota, bla..bla..bla kerja cikgu yg tak berkesudahan. Diam tak diam, kandungan saya dah 32 minggu iaitu 8 bulan. Perut besar sampai nak bangun pun susah tapi Alhamdulillah masih larat lagi. Ok, berbalik pada tajuk di atas, memandangkan cuti pertengahan semester 1 pada Mac lepas kami tak balik ke Johor, maka dengan duit simpanan yg ada suami cadangkan pergi jalan-jalan dan bakinya simpan utk beli barang baby. Fikir punya fikir, nak ke Bandung tapi sebab lambat book tiket, mahaaal le pulak...lagipun saya dah muak buat prosedur yg sama (cek harga tiket-compare-book-print-duduk kat airport lame2-boarding) Uh bosan! Tiba-tiba teringatkan sorang kawan ni yg backpack ke Bangkok naik train. Wah..macam best ni tapi nanti jap ye....saya lupa yg saya tgh bawa baby 6 bulan lebih dlm perut ni. Ada hati pulak nak naik train selama 22 jam dari Padang Besar ke Bangkok hehe...Akhirnya, keputusan muktamad dari saya ialah kami ke Hatyai-luar negara Malaysia yg dekat dan mudah nak pergi.



         Sepanjang merancang, saya google segala maklumat berkaitan Hatyai, cara nak pergi dan sebagainya. Paling saya nak pastikan ialah tempat ni selamat dari sebarang ancaman musuh (Hatyai ialah selatan Thai). Setelah renew passport, pagi indah 28 Mac kami pun bertolah dgn si purple QSR 9707 ke Padang Besar pada jam 5.20 pagi (sebab   nak naik train dari Padang Besar pukul 8.30 pagi).


        Kami sampai di Padang Besar lebih kurang 7.40 pagi. Kaunter tiket train belum buka jadi kami sarapan dulu. Berdekatan tempat kami parking kereta, (parking dalam kawasan KTMB, free, takde bumbung) terdapat ramai 'ulat-ulat' yg offer kita naik motor / kereta diorang utk masuk ke Hatyai. Kami dioffer utk naik kereta dan dicaj rm150 (tiket train cuma rm6.00).Amboi...kelasnya kereta hang....mahai betoi! Kami tolak dgn baik dan terus pergi sarapan. Si dia masih jugak berlegar2 (mungkin nak cuba nasib lagi kot...). Lepas tu kami terus ke kaunter tiket train utk beli tiket. Masa tu train dari KL pun sampai dan ramailah yg berwajah sembab turun utk tukar train ke Hatyai (diorang bertolak malam dari KL). 


        Dengan muka blur, kami nak beli tiket kat kaunter Malaysia tapi rupanya salah...kena beli kat tempat tiket Thailand dgn menapak 10 langkah ke depan. Maka kita dah masuk kawasan Padung Baysa, Thailand. Ajaib betul. Semua tulisan, lagu, gambar, ape saje berunsur Thai. Orang tiket pun org Siam namanya Encik Sonsang (nasib tak gelak masa nak bayar tiket). Tiket dah selamat di tangan, kami pun melepak kejap kat kafe.

Aik apesal naik atas gambo ni? masa tgh tunggu kepala train Thai siap dipasang
Selamat dalam train. Bye Malaysia!

Suami yg sedang sakit gigi :(


 Masa tengah tunggu depa siap pasang kepala train Thai


Ahad, 21 April 2013

Alam Kehamilan

Selamat pagi Ahad... hari ni saya tinggal sorang kat rumah sebab suami ada kelas dari 8 pg sampai la 10 mlm. Huh haru betul. Tapi, sebagai suri rumah hujung minggu saya ada banyak kerja yg saya bawa balik ke rumah (malas gila nak buat huhuhu...). Oh ye, update pasal cuti ke Hatyai nanti dulu sebab merangka kata-kata indah. Ni nak share pasal pregnancy secara ringkas.


Beberapa hari sebelum cuti akhir tahun 2012 yang lepas, hati terasa2 yg kemungkinan besar saya mengandung. Tapi tak nak beritau suami sebab takut dia mengharap sangat. Bila pergi kerja, tengok kawan dah ada isi 2 bulan lebih. Jelesnya rasa.....


Annual dinner (masa ni dah ada dlm perut +- 1month rupanya)

Cuti Deepavali, kami keluar rumah dari awal pagi (sebab kwsn apartmen ni ramai India so mesti ada sambutan meriah). Kena cepat keluar rumah. Menikmati spaggeti di Gurney Plaza dan tak lupa utk beli pregnancy test kit.

Dalam debaran menanti ujian positif :)

Cuti sekolah bermula....yahoo!!! Kami pulang ke Johor. Tapi sebelum tu singgah Putrajaya rumah abang ipar sebab mak ayah mertua ada kat sana. Sambil tu kami melawat kakak ipar yg baru bersalin. Alang-alang nak confirmkan test yg dibuat, kami ke klinik di Putrajaya dan hasilnya memang saya betul2 mengandung 6 minggu. Syukur Alhamdulillah...

Masa berlalu sehinggalah saya cukup 12 minggu dan buat buku merah di klinik kesihatan. Ujian dan dugaan datang (pendarahan) tapi baby kuat ni sangat hebat...dia tetap sihat dan aktif dalam perut mak dia (terima kasih anakku).


  • 17 minggu - selamat pulang ke Pulau Pinang selepas seminggu bercuti Tahun Baru Cina. First time baby tendang pada pukul 9.37 pm. Terkejut tapi happy :)
  • 20 minggu - cek up bulanan di KK; berat badan saya naik mendadak dari 40.5kg jadi 45.6kg. Hasilnya saya kena datang KK 2 hari sekali utk pantau berat badan dan tekanan darah. Alhamdulillah, sehingga 7 kali appointment, saya sihat walafiat.
  • 24 minggu - Hb pula turun mendadak dari 11.1 jadi 9.9. Aiseh..ni dah kes bahaya. Yang lain-lain ok.
  • 26 minggu - rasa tak sabar nak tau jantina baby, kami pergi ke Poliklinik & Klinik Pakar Wanita Qoay utk scan 3D. Nampak jelas jantinanya anak kami ni perempuan. Muka pun jelas sangat even dia tutup dgn tangan n kaki. Comelnya buat macam tu...
  • 28 minggu - Syukur Hb dah naik jadi 11.4 (berkat makan Iberet+jambu batu+kerang). Saya dapat 4 kali cucuk harini: -cucuk utk Hb, 2 kali cucuk utk MGTT (air gula) dan 1 kali cucuk utk kancing gigi. Hasilnya tangan lenguh sangat2 dan minta MC dari doktor. Dapat tugas baru iaitu tanda gerakan baby dari 9 pagi hingga 9 malam. Best gak task baru ni :)

Ahad, 24 Mac 2013

Short Vacay In syaa Allah

As salam... petang ni nampaknya saya melakukan tugas2 surirumah je maemandangkan baju tak berlipat, tilam belum bercadar. Suami saya dah pergi kelas pukul 1.15 tadi. Semangat nak habiskan jahitan terpaksa dipudarkan semalam berikutan keadaan mesin jahit yg buat hal. Rasa nak hentak je bg ok. Bukan salah saya pun..tiba2 je benang jadi bergulung kat dalam. Geram betul. Apa nak jadilah dgn tudung, baju dan barut yg saya nak buat ni? Tension je...

Sabtu, 9 Mac 2013

Suamiku si Pelajar

Salam tengah hari Sabtu. Hari ni saya kerja separuh hari. Seronoknya drive hari Sabtu. Dari rumah pukul 7.33 pg, punch card pukul 7.39 pg. Seminit sebelum bertukar jadi "merah". Sekolah saya ada meeting PIBG tadi dan saya bertugas sebagai escort bagi sijil je...baju korporat dah tak muat, kalau pakai pun nanti perut je terjojol. So pakailah baju biru jugak..Balik dalam pukul 10.25 tadi so rushing back tengok2 kat parking, motor suami masih ada. Merempit kereta laju2, parking dgn bergayanya. Tengah nak turun tangga, nampak suami tengah naik motor. Lari sikit sebab nak salam dan kucup tangan dia sedayanya (walaupun sebelum pegi sekolah tadi dah salam..). Fuh..nasib baik sempat jumpa. Hantar suami dengan pandangan dan senyuman hehe...bila tengok2 semula, eh betul2 macam student U sejati. Dengan school bag kat bahu, t-shirt dan jeans, sandal Adidas (baru beli) dan merempit naik motor, tak sangka itulah suami saya yg berusia 32 tahun. Tengok kat diri saya balik, dengan perut semakin memboyot, pakai blaus dan skirt, alamak....makciknya saya!!!! Apapun, syukur sangat dgn kehidupan sekarang. Sesibuk manapun kami, kami beruntung dapat jugak tinggal sebumbung dan In Syaa Allah 4 bulan lagi permata hati kami akan menemani kehidupan kami. Alhamdulillah...

Sabtu, 23 Februari 2013

Hadiah-hadiah Yang Menggembirakan Suami (harapnya..)


Ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2 jatuh pada 5 Disember 2012 dan si kecik dah ada dalam perut. 28 Januari 2013 pula hari lahir suamiku yang ke 32. Maka saya hadiahkan minyak wangi RedFerrari dan saya pun tumpang sekaki dengan Lady Million yang harum semerbak tu. Untuk budak besar 32 tahun, saya belikan kasut Clarks idaman dia dan seperti biasa saya tumpang sekaki beli juga. Hehe...selesa masa mengandung ni pergi kerja dengan kasut yang best. Kasut tinggi semua dah simpan dalam kotak dan akan disambung pemakaiannya selepas bulan 9. Harap maklum...

Syukur..20 minggu usia kandunganku sekarang

Salam Sabtu..sekian lama tak menaip apa-apa. Genap je 12 minggu, kami pun ke Klinik Kesihatan Bandar Baru Air Itam (Farlim) untuk buat buku merah. Alhamdulillah, baby sihat dalam rahim. 

Suami yg tak kena cek dan isteri yg nervous nak kena cucuk kat jari
Bukan apa, lepas je check up utk 1st time nye (12 minggu) mlm tu igt nak bersuka ria. Pergilah jalan-jalan ke Pesta Pulau Pinang dgn suami. Makan bihun tomyam Thai yg mmg super pedas, naik turun tangga kat rumah Sumatera then pusing-pusing tengok Battle of The Band. Balik rumah pula makan Pulut Durian. Dalam pukul 2 nak masuk tidur tiba-tiba rasa tak selesa. Tengok-tengok ada cairan seakan darah. Risau, beritau suami. Tapi kami tunggu dan lihat dulu. Hati tak tenang, tidur pun tak lena. Pukul 6 bangun dan tiba-tiba rasa ada sesuatu keluar. Ya Allah! Bleeding teruk. Terus kejut suami, bersiap-siap dan dengan blurnye nak cari klinik 24 jam. Kebetulan pagi tu Krismas so harapan nak jumpa klinik yg buka mmg susahlah. Dalam hati hanya nak scan dan pastikan baby ni ok.