Ahad, 27 Mac 2011

SAPR16

Huh......akhirnya siap juga kerja saya yang tertangguh selama 2 hari. Puas berfikir sampai terjaga mengenangkan dikau SAPR16 (perisian utk mengisi markah peperiksaan sekolah) tapi akhirnya...baru ku tahu yg aku tidak install dlm laptop. Patutla text files nye takde. Dahla mmg kureng bab2 camni tambah2 lagi kalau guna Access. Lega dah siap. Tak sabar tunggu hari Khamis utk jumpa suami terchenta....

Isnin, 21 Mac 2011

BulanMadu Kedua

Salam...selesai sudah percutian bulan madu kami yg kedua di Kota Kinabalu, Sabah. Hm...berbaloi juga dengan tambang Airasia RM276 utk 2 org, kenangan yg tak dapat dilupakan. Cuma kureng sikit bab hotel. Next time kalau datang lagi, memang saya akan booking hotel yg lebih 'sempurna' hehehe....


Gambar dah tak tersusun nampaknya...hm...




Kundasang War Memorial



Alamak..terselit gambar kt Penang pulok...


Sebaik mendarat di KK




Hari kedua, percutian kami bermula ke Kundasang. Sebab kawan saya salah jalan, maka kami semua ke Kota Belud dulu. Tapi puashati sebab dapat snap Gunung Kinabalu yang selama dapat tengok dalam tv je...



Ha...nampak tak puncaknya?


Kami juga singgah di Kinabalu Park iaitu kaki gunung atau check point mereka yang nak panjat gunung. Tapi sayang, masa kami sampai encik gunung diselaputi kabus....tak dapatlah snap lagi...



Kinabalu Park

Kami sambung perjalanan ke Kundasang War Memorial yang indah lagi wangi sebab banyak bunga ros. Tapi cuaca memang panas terik lah...


Bergaya dengan suamiku (dan sunglass yg baru dihadiahkan hehe...)



Gedik santai




Skill pengantin yg masih belum dilupakan berlatarbelakang kampung di Kundasang


Lepas dah tido senget-senget kepala dalam kereta, kami pun sampai di KK tepat jam 3 petang. Kaki pun rajin utk cari souvenir dan destinasi kami ialah Pasar Filipina. Rambang mata pilih gelang kristal dan mutiara...fuh...rasa nak borong semua je...



Hanya mampu tersengih di pasar ini


Hari ketiga, kami ke pulau. Bertambangkan harga teksi RM10, kami tiba di jeti Jesselton dan terus membeli tiket ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik dengan tambang RM27 seorang.



Jesselton Point



Aksi menunggu panggilan pulau


Suami manjaku di Pulau Manukan



Da...kami mau transit ke Pulau Mamutik..tata!



Dalam bot nak kembali ke jeti


Tiba di jeti jam 3 petang dan terus bershopping di Suria Sabah. Dapat sehelai t-shirt dan dengan selipar yg masih berpasir, kami pun menelusuri jalanraya KK menuju ke hotel. Hm....agak lenguh gak berjalan kaki tapi seronok...



E'eh....dah nak fly balik JB pun....tata Kota Kinabalu...



Sungguh seronok spend masa dengan suami. Mudah-mudahan murah rezeki kami dapatlah honeymoon lagi ke tempat lain. Apa-apapun, cinta kami semakin kuat selepas honeymoon ini :))))

Sabtu, 5 Mac 2011

sudah 3 bulan

Hari ni cukup 3 bulan usia perkahwinan saya dengan suami tersayang. Dan juga bermaksud tinggal 5 hari lagi kami akan bersua kembali. Teruja + gembira + terharu + lega + seronok + macam-macam lagi perasaan bila nak jumpa suami. Mereka yang berjauhan dengan suami pasti berkongsi rasa yang sama dengan saya. Mudah-mudahan cepatlah kami dapat hidup bersama macam pasangan yang lain, amin..

Cuti sekolah akan menjelang dan kali ni destinasi saya terus ke rumah suami di Pulau Pinang dan seterusnya bulan madu kedua; Kota Kinabalu (Cuti-cuti 1Malaysia je..)