Jumaat, 21 Disember 2012

Kandungan 11 minggu

Salam Jumaat..diam tak diam, dah 11 minggu usia kandungan saya. Rasa seronok tengok perut dah mula membuncit macam masa saya makan banyak cuma bezanya buncit ni tak surut-surut. Suami paling suka tengok perut saya dah buncit. Hari-hari dia tunggu bilalah perut ni nak besar. Berdasarkan artikel yg saya baca, dalam peringkat sekarang, bayi sibuk menendang, bergerak dan meluruskan kaki dan tangan. Tapi mak tak terasa la sebab bayi kecik lagi..Isnin nanti saya nak pergi Klinik Kesihatan dan buat buku merah. Hari Rabu nanti dah naik kerja jadi better settle awal-awal. Maka, hari ni berakhirlah minggu cuti saya yg tak lain tak bukan masa saya berehat yg ammmmmaaaaat panjang, bangun dan tidur lambat sesuka hati, masak dgn kerap, ganti puasa (sebab nanti perut dan besar tak payah ganti dah..) dan cari info pasal pregnancy. Moga Allah beri kesihatan terbaik pada saya dan dalam perut ni sehingga saya selamat melahirkan. Syukurnya 1st trimester ni nampaknya tak kena morning sickness dan mudah-mudahan sampailah 9 bulan nanti.Amin... 

Sabtu, 8 Disember 2012

Ulangtahun Kedua Perkahwinan di Jemputree

5 Disember 2012 yang lalu, tepatlah 2 tahun kami diijabkabulkan sebagai suami isteri. Throw back last year, saya rancang nak dinner kat Cruise Tasik Putrajaya tapi nampaknya harapan tinggal harapan. Masa tu hati dan perasaan 'sakit' sama sekali disebabkan urusan pertukaran saya ke Penang dibatalkan. Sepatutnya hari tu hari gembira kami suami isteri tapi terpaksa berlinangan airmata pula kat KPM. Biarlah segalanya tinggal kenangan dan kini hampir 7 bulan kami dapat tinggal sebumbung. Amin Ya Rabb..Dan kali ni menyambut bertiga dengan si kecik dalam perut ni. (Suka!!!!)

Khamis, 29 November 2012

Gara-gara Sambal Sotong Kering & Teh Tarik 3in1

Disebabkan makanan dan minuman di atas, saya menjadi loya teramat sangat dan tak selera nak makan satu hari. Terpaksalah suami belikan tomyam supaya tekak saya lega. Maka, disebabkan itu kami mendapat berita gembira iaitu SAYA HAMIL!! Syukur Alhamdulillah..inilah yg kami tunggu2 selama ini. Hampir 6 bulan duduk bersama, rezeki yg satu ini berpihak kepada kami. Tadi dah scan. Baby sihat, degupan jantung pun ok. Tangan dan kaki asyik bergerak-gerak. Tadi cek dah 8 minggu 6 hari dan dijangka melahirkan pada 8 Julai 2013. Moga Allah beri kami kesihatan yg terbaik dan kehamilan ini berjalan lancar. Saya gembira sebab sekarang saya ialah bakal ibu!

Ahad, 21 Oktober 2012

Suddenly Fall in Love With...

Assalamualaikum...hehe bukan jatuh cinta dengan lelaki lain sebab suamiku satu2nya di hati ini. Tetapi telah jatuh cinta dengan CLARKS. Sebelum ni, suami, abah dan ayah peminat utama kasut2 Clarks ni. Sepanjang pemerhatian saya, kebanyakan kasut pompuan jenama ni memang kurang menarik perhatian saya. Bila saya ke Queensbay Mall hari tu takde yg saya berkenan. Bila pegi Gurney Plaza pulak, rambang mata dibuatnya. Pilih punya pilih, saya jatuh cinta sangat2 dengan model ni:


Cantiknya awak ni... Google: CAPRICORN SKY SIZE 3

Dengan senang hatinya, saya pun keluar dari kedai. Tengah pusing-pusing nak shopping lagi, buku lali saya rasa sakit sangat. Hadoi...memang tak tahan. Saya rasa buku lali kiri saya tinggi sangat sampai berlaga dengan kasut. Suami cakap ada masa lagi utk tukar fikiran. Maka kami kembali ke kedai utk tukar kasut yg lain. 

Tak berapa banyak pilihan sebab kebanyakannya takde saiz 3 dan kalau ada pun heels tinggi sangat. Ada 2 pilihan. Mulanya saya pilih wedges hitam tapi suami cakap design dia biasa je. Last2 lepas dah posing depan cermin, saya pilih:

Google: Azure Blossom Violet Size 3

Hehe...kaki kecik so susah nak cari kasut yg sesuai. Bolehlah pakai raya nanti :)

Ahad, 14 Oktober 2012

Merehatkan fikiran ke negeri Kedah

Salam Ahad semua. Mengambil kesempatan hujung minggu di mana si suami tiada kelas, maka kami sepakat untuk berjalan-jalan ke negeri Kedah. Tugas saya ialah google tempat menarik dan kami akan ke sana. Disebabkan kami pergi balik hari je, so kami pilih ke Alor Setar sajalah. Lain kali baru ke daerah-daerah lain yg pasti ada banyak tempat menarik lagi. So bertolak pukul 9.40 pagi dari Penang, kami sampai di Alor Setar lebih kurang pukul 11 lebih. Destinasi pertama ialah Pekan Rabu . Kat sini tak ambil gambar sebab cuaca panas, hati pun jadi panas.Tak beli apa2 barang pun. 


Tempat kedua kami kunjungi ialah Menara Alor Setar.


Background Menara
 Kebetulan diadakan Pertandingan Kesenian & Kecantikan Ayam Serama. Ada banyak kategori dan yg paling tak tahan bila tengok ayam2 ni perform atas meja. Bukan main eksyen lagi tayang kecantikan dia ek. Bab yg  mendada tu memang hebatlah.

Ayam yg tengah chickenwalk catwalk

Antara ayam yg dah perform. Dah penat pastu masuk sangkar dan makan...

 Dah puas tengok ayam, kami pun beli tiket RM8.00 sorang pergi naik menara. Pemandangan sungguh best sebab dapat tengok sekitar Alor Setar. Kalau Penang ada menara kan best. Dapat tengok macam dari Penang Hill. 
Pose atas menara.


 Setelah tu, kami pun teruskan perjalanan ke Kedah State Museum.  Sayang sekali tempat ni luas, banyak bahan terutama sejarah dan asal-usul negeri Kedah yg terkenal sebagai Langkasuka tapi tak diselenggara dgn baik. Kami jalan pusing2 dgn rasa tak puas hati. Mungkin ada muzium yg lebih diambil perhatian kot. Dan yg paling boring, bila ada 1 family ala2 westener la. Anak n suami cakap loghat utara pekat, tiba2 mak dengan suara kuat lantang ala jantan dok tanya sana sini "WHAT IS THAT?" .2 3 kali tu kat tempat pameran binatang diawet. Eh makcik turban, umoq hang dah beghapa dok tanya pasai binatang? Anak-anak hangpa diam ja. Patutnya anaklah yg bising tanya macam2 ni dah terbalik pulak. Lepas tu anak dara dia yg pkai legging pendek tanya: "MAK, APA TULIS TU?" Makcik turban: "YOU READ IT YOURSELF LA..ARE YOU BUTA HURUF OR WHAT?" Alamak...kesian budak tu mesti bengang mak dia jerit ala jantan. Dalam pada depa nak beredar dari kawasan tu, sempat pulak makcik turban berdialog; "COME WITH YOUR MOMMY N DADDY OR ELSE...bla bla bla". Aik, sejak bila plk mak pak hang tukaq jadi mommy daddy walhal tadi anak hang baru panggil mak. Hm....dunia..dunia..apalah nak show off kat kitorang laki bini. 


Wayang kulit yg tak bergerak.

Tempat seterusnya mestilah kita ke Muzium Padi. Ha...megah sungguh bangunannya tapi terletak agak ke dalam. Masuk RM3.00 tapi pasal bawak hp kamera kene caj lagi RM2.00 (motif?). Yang paling best mural kat tingkat 3 yg real dan cantik sangat. Ditambah dengan pentas yg boleh berputar, kita akan menyaksikan gambaran negeri Kedah yg aman sentosa dipenuhi jelapang padi. Ada aktiviti harian masyarakat. Paling suka tengok imej perempuan dgn anak dara dia dan kereta Wira. Macam real sangat2.
Mural saiz giant yg cantik....

Tengah perhati mural

Beberapa jenis padi dari negara2 lain
 Di tingkat bawah sekali, semua yg berkaitan dengan padi. Bahasa kerbau pun ada.




Seorang petani budak lelaki

Alamak...seorang petani wanita berjanggut??


 Lepas kami makan Mihun Sup Utara yg sedap di kafe tepi muzium ni, kami pun berjalan kaki ke sebelah belakang iaitu ke Pusat Sains Negara. Masuk adalah percuma. Besar bangunannya tapi....macam tak terbela je. Kawasan lapang sebelah susur gajah nak ke tempat ni dicampakkan span tilam yg dah tak guna. Ada tempat bakar sampah lagi kat tepi longkang. Tapi seronok betul kat sini. Dah macam budak kecik pulak try macam2 yg ada kat sini. Ada rumah gempa bumi, penimbang air dalam badan kita, dan macam2 lagi.


Best!

Halimunan kunun

Mutation Wall

Dari arah belakang Muzium Padi


Antara hasil yg dapat dituai: Gambar kat Menara Alor Setar (RM25.00), fridge magnet Kedah, Muzium Padi, Kedah State Museum, Menara Alor Setar dan Pusat Sains Negara.

Aktiviti di Tempat Kerja

Sempena dengan tempat kerja baru ni, banyak juga majlis atau aktiviti yang dah dijalankan. Penat tapi enjoy jugaklah. Antaranya Sambutan Hari Kebangsaan dan Karnival Ria.


Sebahagian rakan-rakan baru

Alamak..tertanggal sudah....


Beria-ia teka kacang

Tokey teka kacang

Khamis, 11 Oktober 2012

Can't Stand That...

kalaulah anak murid aku macam ni...hmmm....


Mengeluh itu tak baik. Tapi hati rasa sakit, sampai kadang-kadang tak ikhlas nak beri ilmu. Kadang tertanya-tanya sendiri; apa salahku? Kenapa perangai mereka macam ni? Tanda-tanda stress dah semakin banyak bilamana rasa bahagia bila cuti, tak seronok nak pergi dan balik kerja....urgh...bila murid tak pandai, sebagai guru kita tidak akan marah. Malahan bersabar dan cuba mendidik sebaik mungkin setakat kemampuan murid tu untuk terima. Tapi kalau dah biadap, kurang ajar, rasa tak berbaloi apa je yang kita cuba buat. Kesimpulannya, bila hati dah sakit, fikiran pun dah penat, langsaikan tanggungjawab asas dan selebihnya corakkanlah sendiri. Please don't put the burden on my shoulder. Don't take for granted. Alamak apa merepek merapu ni....aaaaa.....aku stress......!!!!!

Sabtu, 22 September 2012

Koleksi Saya

Salam Sabtu...sementara tunggu suami balik kelas untuk makan malam (perutku dah berdangdut), mari kita lihat koleksi yg tak seberapa ni.

NO.1 : TUDUNG BERJENAMA MALAYSIA

Dari kiri: Hajra, Radiusite, Hajaba, Pearl Haya

 Bercerita tentang tudung, saya seperti Muslimah yg lain amat memerlukan tudung dalam urusan seharian saya. Setelah duduk sebumbung dengan suami ni, dia banyak menegur tudung-tudung yg saya gunakan untuk bekerja nampak terlalu murah dan tidak sesuai dengan suasana bekerja sekarang. Maklumlah, dulu saya tak ambil kisah sangat sebab tempat kerja pun di pedalaman. Tapi bila dah kena tegur ni baru saya perasan tudung saya banyak yang dah kemek (awningnya), batu tercabut la, dan macam2 kecederaan lagi. Bila dah berkenalan dgn jenama2 tudung ni, saya spend sedikit duit dan masa utk mencari tudung yg sesuai. Ternyata harga yg mahal memang berbaloi dgn keselesaan dan kekemasannya hehe....Suami tak membebel dan bagi kerjasama yg baik masa sy pilih dan try tudung2 ni, malahan dia sabar bg pandangan. Tengkiu...tp lainkali bagilah bajet utk tudung boleh tak??


NO.2 : POLKA DOT

Ha..yg ni ada tudung, kemeja dan baju kurung
 Ok, bagi corak polka dot ni, sebenarnya kecomelan dan keringkasan dia buat hati terpaut. Ada yg senget, kecil besar, tegak je dan macam2 warna. Saya nak tambah lagi koleksi ni tp mungkin utk kasut pula ke..tertinggal nak masukkan beg sekolah Esprit saya yg juga polka dot...Baju hujung kanan ialah koleksi terhad Rizalman 20 yg ada dijual di Tesco baru2 ni. 



NO.3 : ANIMAL PRINTED

Ada harimau, zebra dan buaya yg saya buru utk dpt corak diorang

Yang ni memang tengah in sekarang. Tapi kasut kerja saya tak tepek kat sini kang kotor pulak baju2 tu. Suka jugak corak2 ni sampai mak pun saya belikan baju corak tiger ni. Nasib baik mak suka. Purse tu hadiah besday tahun ni. Tengok kat Esprit hati terus berkenan. Skirt tu masih belum pakai sebab kembang sangatlah pulak...

Setakat ni jelah koleksi saya. Korang pun ada koleksi sendiri kan..seronok juga kita tengok koleksi sendiri ni. Dalam masa yg sama terpikir pulak: amboi, banyaknya baju aku!!!!!!!!

Ahad, 16 September 2012

Jom Terokai Perak!

Salam petang..semalam, seharian kami berkunjung ke negeri jiran iaitu Perak. Dah lama nak ke Gua Tempurung memandangkan selama ni kalau berjalan tak pernah masukkan gua sebagai destinasi. Ketika sampai, banyak betul bas-bas rombongan parking. Adui..ni mesti ramai budak sekolah.


Gua olok-olok


 Setelah berbincang, kami pilih pakej kedua iaitu Top of the World. Bayaran sebanyak RM 9 dan masa pergi dan balik ialah 1 jam 45 minit. Paling tak best bila guide yg bawa kami bawa sekali rombongan budak sekolah. Dahlah ramai gila, bising pulak tu. Langsung tak dengar n tak tau kat mane objek2 macam monyet bawa kereta, perempuan cuci rambut, Osama Laden, dan sebagainya.

Masa baru masuk. Cantik! Mereka kat bawah tu yg amik pakej 3 dan 4.

Suami yg terpaksa bawa henbeg. HIHI!!

Dua je info yg kami dapat iaitu Wind Tunnel di mana satu2 nya kawasan yg angin dapat masuk. Masa mula2 dia cakap, langsung tak terasa angin. Hangin ada lah. Lepas tu kami terus je daki anak tangga dan tinggalkan rombongan budak sekolah yg bising tu. Hubby pesan: "Adatlah cuti sekolah...dah kita masuk sekali dgn diorang, nak buat macamana". Barulah hati saya sejuk sikit pastu sy happy2 je dgn suami. 

Masa ni sy boring sebab budak2 tu bising sangat. Hish!!!
 Seronok sangat dan cantik sangat2 dalam gua ni. Walaupun ketiak dan badan dah berpeluh2 tapi kecantikan yg Allah jadikan kat gua ni buat saya tak peduli dgn perpeluhan yg berlaku.

Ok, inilah bumbung gua. Haha mata sy mcm hantu The Descence.




 Kalau ikutkan, batu kat atas ni sebelah berkilau dan sebelah lagi tak. Yang berkilau tu adalah kristal. Oleh kerana kami snap gambar guna HTC One V ni je maka tak nampaklah berkilauan suasana kristal tu.


Ok balik time....

 Setelah makan cekodok pisang dan jeli kelapa, berpandukan GPS kami meneruskan misi terokai Perak ke Kompleks Sejarah Pasir Salak. Cuaca amatlah panas.


Tada! Kat sini je leh bergambar. Kat dlm tak boleh tau.


Misi diteruskan lagi ke Kellie's Castle. Jauh jugak dari Pasir Salak tadi. Ingatkan dekat je sbb nama pun dekat2: Kg. Gajah n Batu Gajah.



Bila dah sampai, wajiblah kita posing kat depan istana ni seolah-olah istana ini kita yg punya. Senibina istana ni cukup cantik dan saya percaya kalau siap mesti istana ini gak dan menjadi daya tarikan kat Perak ni.

Ini dalam bilik anak dara Kellie iaitu Helen. Sy suka rekabentuk kt belakang tu.

Ada ditampal di kaki lima dan bilik anak dara Kellie ni yg ada lembaga menyerupai mereka berlegar2. Biasalah kalau dah benda lama, tambah2 lagi tempat takde orang. Makhluk halus mestilah banyak.

Kat bahagian atas. Di tepi saya tempat mereka mengadakan parti. Rooftop Party u...

Kella's House iaitu rumah dorg sebelum ni.

Seorang jejaka sedang termenung di jendela.....

Bahagian belakang Kellie's Castle. Anganku...

Berlatarbelakangkan Pokok Beruang.

 On the way balik Penang, tiba2 nampak arah ke Taman Rekreasi Gunung Lang. Wah...bagus jugak ni. Leh lepak sekejap.
mercu tanda
 Sempoi tempat ni. Yang bestnya ada bot pusing2 tasik. Tapi lambat datang bot pun dah takleh naik. Ada 3 pasangan pengantin amik gambar outdoor kat sini. Hm...teringat kenangan kami dulu2.


Teropong geng2 tomboy dgn 'gelfren' dorg. Ish tak malu ke depa?


Nanti kalau datang lagi kami nak pusing2 tasik ni. Baru berbaloi....tata...

Sehari Penang-KL-Penang

Apa khabar? Ini minggu lepas punya cerita. Suamiku nak pegi Sunway Pyramid nak cari butik Wrangler. Maka bergeraklah kami pagi2 dari Penang. Kunun pakai kereta saya biar boleh tukar drive, tapi saya teramat malas lagipun bkn tau sangat jalan ke tempat lain. 


Sebelum gerak mesti minum susu dulu. Baru besar bagai johan.... :)
Saya pakai: batwing boluse Cotton On, maxi skirt Cotton On, tudung rm5, belt kedai biasa. E'eh sama dgn kerusi la...

Dalam hati berkata-kata bila la nak sampai kl...perut lapar...

Pakai handbag lama Guess & kasut lama RM10-akhirnya rosak gak kasut tu setelah 2 thn pakai dgn lasak.
 Sampai Sunway Pyramid dalam 12.30 tengahari. Tak tunggu lama terus cari tempat makan. Perut lapar nasi so cari kedai yg memang serve nasi. Jumpalah kedai Nasi Ayam Penyet Ria. Wah..rianya hati saya dapat makan nasi ayam penyet...!!!


Apakah? Langsung tak RIA

Ikan keli nampak menyedihkan-double tak RIA


 Maka, lepas ni kami takkan jenguk kedai ni lagi. Lebih baik saya buat sendiri Ayam Penyet kat rumah. Lagi berbaloi-baloi. Lepas tu kami ke Shah Alam memburu tudung impian saya. Dek kerana excited, maka sekeping gambar pun tak sempat snap. Saya sempat beli sehelai tudung Radiusite RM44 dan tudung Hajra 3 RM50 utk pakai kerja. Setelah itu, kami ke IKEA belikan side table mak. Hati terpaut pulak kat floor lamp. Ok, beli lagi.

Kui kui white board ni nama MALA-inspirasi nama mak aku ke??
Penat sungguh perjalanan kali ni. Sampai istana Sri Impian kami pukul 2 pagi. Maka, siap2 lebih kurang dan terus berlayar ke alam mimpi.....