Ahad, 14 Oktober 2012

Merehatkan fikiran ke negeri Kedah

Salam Ahad semua. Mengambil kesempatan hujung minggu di mana si suami tiada kelas, maka kami sepakat untuk berjalan-jalan ke negeri Kedah. Tugas saya ialah google tempat menarik dan kami akan ke sana. Disebabkan kami pergi balik hari je, so kami pilih ke Alor Setar sajalah. Lain kali baru ke daerah-daerah lain yg pasti ada banyak tempat menarik lagi. So bertolak pukul 9.40 pagi dari Penang, kami sampai di Alor Setar lebih kurang pukul 11 lebih. Destinasi pertama ialah Pekan Rabu . Kat sini tak ambil gambar sebab cuaca panas, hati pun jadi panas.Tak beli apa2 barang pun. 


Tempat kedua kami kunjungi ialah Menara Alor Setar.


Background Menara
 Kebetulan diadakan Pertandingan Kesenian & Kecantikan Ayam Serama. Ada banyak kategori dan yg paling tak tahan bila tengok ayam2 ni perform atas meja. Bukan main eksyen lagi tayang kecantikan dia ek. Bab yg  mendada tu memang hebatlah.

Ayam yg tengah chickenwalk catwalk

Antara ayam yg dah perform. Dah penat pastu masuk sangkar dan makan...

 Dah puas tengok ayam, kami pun beli tiket RM8.00 sorang pergi naik menara. Pemandangan sungguh best sebab dapat tengok sekitar Alor Setar. Kalau Penang ada menara kan best. Dapat tengok macam dari Penang Hill. 
Pose atas menara.


 Setelah tu, kami pun teruskan perjalanan ke Kedah State Museum.  Sayang sekali tempat ni luas, banyak bahan terutama sejarah dan asal-usul negeri Kedah yg terkenal sebagai Langkasuka tapi tak diselenggara dgn baik. Kami jalan pusing2 dgn rasa tak puas hati. Mungkin ada muzium yg lebih diambil perhatian kot. Dan yg paling boring, bila ada 1 family ala2 westener la. Anak n suami cakap loghat utara pekat, tiba2 mak dengan suara kuat lantang ala jantan dok tanya sana sini "WHAT IS THAT?" .2 3 kali tu kat tempat pameran binatang diawet. Eh makcik turban, umoq hang dah beghapa dok tanya pasai binatang? Anak-anak hangpa diam ja. Patutnya anaklah yg bising tanya macam2 ni dah terbalik pulak. Lepas tu anak dara dia yg pkai legging pendek tanya: "MAK, APA TULIS TU?" Makcik turban: "YOU READ IT YOURSELF LA..ARE YOU BUTA HURUF OR WHAT?" Alamak...kesian budak tu mesti bengang mak dia jerit ala jantan. Dalam pada depa nak beredar dari kawasan tu, sempat pulak makcik turban berdialog; "COME WITH YOUR MOMMY N DADDY OR ELSE...bla bla bla". Aik, sejak bila plk mak pak hang tukaq jadi mommy daddy walhal tadi anak hang baru panggil mak. Hm....dunia..dunia..apalah nak show off kat kitorang laki bini. 


Wayang kulit yg tak bergerak.

Tempat seterusnya mestilah kita ke Muzium Padi. Ha...megah sungguh bangunannya tapi terletak agak ke dalam. Masuk RM3.00 tapi pasal bawak hp kamera kene caj lagi RM2.00 (motif?). Yang paling best mural kat tingkat 3 yg real dan cantik sangat. Ditambah dengan pentas yg boleh berputar, kita akan menyaksikan gambaran negeri Kedah yg aman sentosa dipenuhi jelapang padi. Ada aktiviti harian masyarakat. Paling suka tengok imej perempuan dgn anak dara dia dan kereta Wira. Macam real sangat2.
Mural saiz giant yg cantik....

Tengah perhati mural

Beberapa jenis padi dari negara2 lain
 Di tingkat bawah sekali, semua yg berkaitan dengan padi. Bahasa kerbau pun ada.




Seorang petani budak lelaki

Alamak...seorang petani wanita berjanggut??


 Lepas kami makan Mihun Sup Utara yg sedap di kafe tepi muzium ni, kami pun berjalan kaki ke sebelah belakang iaitu ke Pusat Sains Negara. Masuk adalah percuma. Besar bangunannya tapi....macam tak terbela je. Kawasan lapang sebelah susur gajah nak ke tempat ni dicampakkan span tilam yg dah tak guna. Ada tempat bakar sampah lagi kat tepi longkang. Tapi seronok betul kat sini. Dah macam budak kecik pulak try macam2 yg ada kat sini. Ada rumah gempa bumi, penimbang air dalam badan kita, dan macam2 lagi.


Best!

Halimunan kunun

Mutation Wall

Dari arah belakang Muzium Padi


Antara hasil yg dapat dituai: Gambar kat Menara Alor Setar (RM25.00), fridge magnet Kedah, Muzium Padi, Kedah State Museum, Menara Alor Setar dan Pusat Sains Negara.

Tiada ulasan: