Sabtu, 23 Februari 2013

Hadiah-hadiah Yang Menggembirakan Suami (harapnya..)


Ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2 jatuh pada 5 Disember 2012 dan si kecik dah ada dalam perut. 28 Januari 2013 pula hari lahir suamiku yang ke 32. Maka saya hadiahkan minyak wangi RedFerrari dan saya pun tumpang sekaki dengan Lady Million yang harum semerbak tu. Untuk budak besar 32 tahun, saya belikan kasut Clarks idaman dia dan seperti biasa saya tumpang sekaki beli juga. Hehe...selesa masa mengandung ni pergi kerja dengan kasut yang best. Kasut tinggi semua dah simpan dalam kotak dan akan disambung pemakaiannya selepas bulan 9. Harap maklum...

Syukur..20 minggu usia kandunganku sekarang

Salam Sabtu..sekian lama tak menaip apa-apa. Genap je 12 minggu, kami pun ke Klinik Kesihatan Bandar Baru Air Itam (Farlim) untuk buat buku merah. Alhamdulillah, baby sihat dalam rahim. 

Suami yg tak kena cek dan isteri yg nervous nak kena cucuk kat jari
Bukan apa, lepas je check up utk 1st time nye (12 minggu) mlm tu igt nak bersuka ria. Pergilah jalan-jalan ke Pesta Pulau Pinang dgn suami. Makan bihun tomyam Thai yg mmg super pedas, naik turun tangga kat rumah Sumatera then pusing-pusing tengok Battle of The Band. Balik rumah pula makan Pulut Durian. Dalam pukul 2 nak masuk tidur tiba-tiba rasa tak selesa. Tengok-tengok ada cairan seakan darah. Risau, beritau suami. Tapi kami tunggu dan lihat dulu. Hati tak tenang, tidur pun tak lena. Pukul 6 bangun dan tiba-tiba rasa ada sesuatu keluar. Ya Allah! Bleeding teruk. Terus kejut suami, bersiap-siap dan dengan blurnye nak cari klinik 24 jam. Kebetulan pagi tu Krismas so harapan nak jumpa klinik yg buka mmg susahlah. Dalam hati hanya nak scan dan pastikan baby ni ok.