Jumaat, 21 Disember 2012

Kandungan 11 minggu

Salam Jumaat..diam tak diam, dah 11 minggu usia kandungan saya. Rasa seronok tengok perut dah mula membuncit macam masa saya makan banyak cuma bezanya buncit ni tak surut-surut. Suami paling suka tengok perut saya dah buncit. Hari-hari dia tunggu bilalah perut ni nak besar. Berdasarkan artikel yg saya baca, dalam peringkat sekarang, bayi sibuk menendang, bergerak dan meluruskan kaki dan tangan. Tapi mak tak terasa la sebab bayi kecik lagi..Isnin nanti saya nak pergi Klinik Kesihatan dan buat buku merah. Hari Rabu nanti dah naik kerja jadi better settle awal-awal. Maka, hari ni berakhirlah minggu cuti saya yg tak lain tak bukan masa saya berehat yg ammmmmaaaaat panjang, bangun dan tidur lambat sesuka hati, masak dgn kerap, ganti puasa (sebab nanti perut dan besar tak payah ganti dah..) dan cari info pasal pregnancy. Moga Allah beri kesihatan terbaik pada saya dan dalam perut ni sehingga saya selamat melahirkan. Syukurnya 1st trimester ni nampaknya tak kena morning sickness dan mudah-mudahan sampailah 9 bulan nanti.Amin... 

Sabtu, 8 Disember 2012

Ulangtahun Kedua Perkahwinan di Jemputree

5 Disember 2012 yang lalu, tepatlah 2 tahun kami diijabkabulkan sebagai suami isteri. Throw back last year, saya rancang nak dinner kat Cruise Tasik Putrajaya tapi nampaknya harapan tinggal harapan. Masa tu hati dan perasaan 'sakit' sama sekali disebabkan urusan pertukaran saya ke Penang dibatalkan. Sepatutnya hari tu hari gembira kami suami isteri tapi terpaksa berlinangan airmata pula kat KPM. Biarlah segalanya tinggal kenangan dan kini hampir 7 bulan kami dapat tinggal sebumbung. Amin Ya Rabb..Dan kali ni menyambut bertiga dengan si kecik dalam perut ni. (Suka!!!!)