Khamis, 29 November 2012

Gara-gara Sambal Sotong Kering & Teh Tarik 3in1

Disebabkan makanan dan minuman di atas, saya menjadi loya teramat sangat dan tak selera nak makan satu hari. Terpaksalah suami belikan tomyam supaya tekak saya lega. Maka, disebabkan itu kami mendapat berita gembira iaitu SAYA HAMIL!! Syukur Alhamdulillah..inilah yg kami tunggu2 selama ini. Hampir 6 bulan duduk bersama, rezeki yg satu ini berpihak kepada kami. Tadi dah scan. Baby sihat, degupan jantung pun ok. Tangan dan kaki asyik bergerak-gerak. Tadi cek dah 8 minggu 6 hari dan dijangka melahirkan pada 8 Julai 2013. Moga Allah beri kami kesihatan yg terbaik dan kehamilan ini berjalan lancar. Saya gembira sebab sekarang saya ialah bakal ibu!