Isnin, 29 Jun 2009

pertukaran subjek mengajar

One of my school's teacher, Cikgu Ambrose Luta got an offer 2 do KDP Pedalaman (Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru pedalaman). It takes 14 weeks to go. So today our school got guru ganti.
Yang saya nak cakap bukan pasal guru ganti yg cute 2..tp tentang subjek. Dlm minggu ni akan ada meeting utk tukar jadual induk & jadual persendirian guru2. Dari apa yg sy dpt tau td, subjek2 sy akan bertukar starting from next week...

Subjek yg sy ajar : BM (Tahun 2 & 4) Sc (Yr 5)
tapi akan ditukar kepada: BM (Thn 4), MT (Yr 2), KT (Thn 4 & 5)

Hm...KT tu cam xpe lg..tang MT tu..honestly mmg xminat la..sebab otak mmg slow sket bab2 calculation ni. Tp nk buat camane, 'saya yang menurut perintah' ...ikut je la arahan yg ditetapkan.

Ahad, 28 Jun 2009

Aktivitiku..

















Haha...hari Ahad kembali lagi. Hari ni takde aktiviti menarik. Ada kura-kura muridku yang bernama Dannel dan juga purse Sembonia yang baru saya beli di Parkson, Wisma Sanyan. Mujur juga ada 20% diskaun so tinggallah rm 159...bulan depan bolehla beli benda lain. Sekarang tengah tunggu duit SBT (Skim Bantuan Tuisyen). Niat di hati nak beli sesuatu utk kepuasan hati sendiri.

Hmm...lihatlah pemandangan pasar (tamu) di Sibu. Masa ni saya nak cari bunga kantan, daun kesum dan ikan utk buat asam pedas. Tiba-tiba....hehe..tengoklah muka ayam-ayam yang redha tu. Kat sini ayam yg tua dijual hidup2 dengan dibalut menggunakan surat khabar. Orang-orang kat sini biasanya akan buat 'pansuh manuk' menggunakan ayam tua itu. Apa itu 'pansuh manuk'? Pansuh manuk adalah ayam yang dimasak menggunakan buluh dan dibakar. Kalau orang Melayu ala-ala masak lemang la...jadi ayam-ayam tua ini memang sesuai dibuat pansuh kerana dagingnya tidak lagi liat selepas itu....Rasanya agak enak. Saya dah pernah makan 'pansuh manuk' dan juga 'pansuh ikan'. Dua-dua pun sedap....



Sabtu, 20 Jun 2009

demam...

weekend ni nampaknya lepak kat rumah je..saya demam start malam tadi.dh terketaq-ketaq masa tido.dahla lum gaji maka duduk di rumah saja la jawabnya. nak makan pun x selera sebab tekak pahit sgt. harap2 esok dah sihatla sebab isnin dah sekolah.

hm...dah seminggu sekolah. semuanya berjalan seperti biasa. GB pun dah balik tp spt biasa utk masa yg sekejap je. Pastu dia balik Kuching semula utk sambung belajar.

Hehe..semalam GB tanya saya;

"Cikgu Hayatee, pandai Bahasa Arab tak?"

saya pun tergamam sekejap & dgn penuh rendah diri saya pun jawab...

"Nda nemu ku cikgu..." (tak tau saya cikgu...)

haha...kesian GB kene belajar Bahasa Arab...

Rabu, 17 Jun 2009

Kursus PKJR Tahun 2

Pintu Gerbang Sibu. MERCU TANDA
SIBU
hehe..tah ape2.tempat kursus.


sebelum mkn tengahari yg xberapa nak sedap... ;(

Cik Yee..yg bercakap pasal jln raya.



Apu...baru balik dari Hotel Tanahmas, Sibu from Kursus Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) yg diserapkan dlm BM utk p&p di dalam kelas. Kursus ni 3 hari tp yg duduk dengar org ckp cuma 1 hari je iaitu semalam. Jd ptg Isnin yg lepas, sy check in sorang2 n hari ni pukul 11 baru sy check out. seronok juga sebab mood utk mengajar tu belum datang sgt. Tiba2 kena pegi kursus plak. best tu dok hotel sorang2. kursus ni dikira 3 hari sebab ada guru2 dari Belaga (Bahagian Kapit) yg turut serta. dorang lg kesian..kena naik bot express dtg sibu. xmcm sy yg sekolah pedalaman ni tp rumah kt bandar Sibu je..kira bersyururlah sgt2 xperlu bersusah dan berhempas pulas naik bot, perahu pjg, fokker & sebagainya utk tiba di sekolah...sekarang ni musim kemarau & mereka2 yg menggunakan jalan air utk bergerak amat merasa kesusahannya. sebab bila air Sungai Rajang surut, bot atau perahu pun tak boleh jalan la. Dan secara logiknya, mereka tidak boleh keluar ke mana2. Sabar ajela kawan2 ye...
Alhamdulillah, sy lulus interview 23 April lepas utk jawatan tetap. Tinggal nak tunggu surat je...


Hal yg lain; hati masih kosong, tertanya2 apa yg ada utk masa akan dtg. Mungkin yg sebaiknya sy berserah pd Ilahi kerana jodoh kita manusia ini rahsiaNya. sy hanya ikut flow yg Dia dah tetapkan. Saya dah usaha dan sekarang saya rasa semakin jauh dgn perkara yg saya nak dekat tu. Apa2 jela...


Hm...esok dah kena pegi sekolah balik. Byk hutang saya kat budak2 :- Kelas SBT BI tahun 4 (2 kali), SBT BI tahun 5 (3 kali), ujian PROTIM, ujian lisan utk Tahun 4...apu...byk lg nk disenaraikan.

cuti sekolah yang lalu...

boring dlm flight to sibu..dengan zura yg dah
selamat bertunang..

my sis n anak2 bujang n anak daranya..korang la wat
mak uda mcm bibik uhuk..uhuk..

lizawati; kwn masa matrik. pegi dgn izah yg bakal
jd lecturer.

my bestfriend's wedding..uwa yg cute n baik hati.
semoga kekal ke akhir hayat..

mariam azwa + suhaib. saya pegi dgn yana.pusing2 cari2
jumpa gak umah suhaib..

sebelum tu singgah rumah Maria dulu. selamat
pengantin baru..

Mother's Day utk atuk. bg atuk kain batik Sarawak
n baju dari Kuching. hope she'll love it!

saat terbest..konvo diploma pendidikan.

hm...dah hari rabu.maksudnya dah 3 hari sekolah. tp sy pegi sekolah hari isnin je...jeng jeng jeng...sy baru blk Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dalam BM utk tahun 2. pasal tu jap lagi saya update ye...ni lah hasil2 aktiviti cuti sekolah yg xbrape nak cuti....


28 Mei : Konvokesyen IPGM Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat di The Katerina Hotel
30 Mei : Majlis makan2 n Hari Ibu untuk Atuk di kampungku Kahang Batu 28, Sri Lukut.
31 Mei : Majlis Perkahwinan Mariah di Kg.Melayu dan Mariam Azwa-Suhaib di BBU.


ha...hari lain2 saya jadi bibik la jaga anak buah sampai la hari nak balik ke Sibu...hohoho..