Jumaat, 21 Mei 2010

~ Sambutan Hari Guru ~

Sy br pulang dari sekolah. Hari ni ada sambutan Hari Guru ala kadar je.....kami sekadar tukar2 hadiah sesama cikgu dan makan ramai2.



~ Posing Hari Guru dgn kebaya made in serikin ~


Bersama Guru Besar yg sporting yg tgh kacau sy stapler kertas soalan exam. So kitorang pakat nak posing gaya 1 Malaysia.

Perut dah kenyang ni. Suhu pun ala2 best je. Mata pun dah layu2....

Ahad, 16 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU & SELAMAT ULANGBULAN KE-2 PERTUNANGAN

Hari ni ada 2 perkara best dlm hidup sy sbg seorg wanita. Ok jom kita amik tau....

Firstly: ----> Selamat Ulang bulan ke 2 Pertunangan Hayatee dan Saiful Azam.
That's mean tinggal plus minus 6 bulan sahaja lagi
kami akan disatukan. Mudah-mudahan ikatan pertunangan ini
kekal ke jinjang pelamin.
Mudah-mudahan urusan kami dipermudahkan....

Sayang awak, encek tunang!!!!

saat-saat manis ~eceh!~






Secondly: -----> Selamat Hari Guru utk tahun ke-2.
Tak sangka dah 2 kali menyambutnya. Walaupun tahun ni takde sambutan kat sekolah,
tapi hati sy tetap rasa seronok bila anak-anak murid saya
ada yg berjaya dan berubah. Dari xpandai eja 'seventeen' smpai smbil pejam mata pun syok je dia eja....dari xpandai cakap Bahasa Melayu, sampai dah pandai susun ayat BM
utk tanya "Mengapa cikgu tak datang sekolah?"
Dari tak tau langsung nak jawab section B paper Sains, sampai dah pandai nak baca
jadual dan keywords jwpn laju je meluncur dr bibir masing2.

~ Ragam anak-anakku tahun 1 yg camera friendly ~


Sesunggunya, saya amat2 bersyukur dgn 2 gelaran yg sy ada skg: Tunang dan Guru. Dengan insan yang terlibat dlm gelaran2 tersebut, saya sgt2 syg kalian!!!! Syukur padaMu ya Allah atas segala nikmat yg Kau kurniakan. Mudah2an sy dpt terus menabur bakti. Pada anak bangsa dan pada anak sendiri, Insyaallah...

---> Beg balik kampung flight 26 ni dh siap kemas...
---> Soalan exam 1 pun xbuat lagi...
---> Tempat parking kete utk cuti ni dah settle....

Isnin, 10 Mei 2010

PILIHANRAYA SIBU

Pilihanraya di Sibu pada 16 Mei ini akan menyaksikan pertandingan 2 penjuru iaitu roket dan dacing. Sapa menang???? Hehehehe....Sibu semakin glamour sejak akhir-akhir ni. Dlm tv, paper, sume muka dia la. Eceh bangga pulak sbb maklumla...ni kan tempat saya cari rezeki...




Persiapan ketika menjelangnya penamaan calon pada hari Ahad yang lepas. Kempen dan demam pilihanraya di Sibu yg saya lihat tidaklah serancak di Semenanjung.



Di kawasan Dataran Sibu yang menjadi tumpuan seluruh masyarakat Sibu.


Encik calon dacing


ok...ok....saya bukan nak promote mane2 parti hanya la seorang guru yg menggunakan henpon Sony Ericsson k770i nya utk snap mane2 dia suke....sapa2 yg berkenaan kat sini sy mtk maap ye...sy bukan sengaja dan takde niat pon nak glemerkan sape2....

Ahad, 9 Mei 2010

trip to KAPIT

Minggu ni saya n kawan gi jalan-jalan ke bahagian Kapit. Bahagian Kapit ni terdiri daripada 3 daerah iaitu Song, Kapit dan Belaga. Bahagian Kapit hanya boleh dihubungi dengan jalan air sahaja. Jadi, utk merasai pengalaman tersebut, sy pun menuju la ke Kapit....

Perjalanan dimulakan dengan menaiki bot ekspres SIBU BOLEH kelas pertama berharga RM 30.


Alamak...silap upload gambar...ni terminal Kapit masa baru nak sampai.

Ok...sy dah sampai pekan Kapit dan snap-snap gambo penumpang yg lain. Cuaca sgt2 la panas teramat...

Welcome to Kapit


Van sewa selaku pengangkutan utama kat sini. Ala-ala bas mini la...

Pemandangan rumah panjang di tebing Sungai Rajang

Terminal Penumpang Kapit





Hehe....muka sy yang bangga dpt naik bot ekspres. Bot ekspres ni ada tiga jenis seat; VIP (Kelas 1 - RM30), Business (Kelas 2 - RM25) dan Economy (Kelas 3 - RM20). Perjalanan mengambil masa selama 3 jam non-stop Sibu ke Kapit. Bot ini dilengkapi dengan air cond dan juga life jacket. So jgnla bimbang ye....

Sepanjang perjalanan, mata dijamu dengan pemandangan Sungai Rajang yg luas dan juga rumah-rumah panjang yg sudah agak moden dan dilengkapi elektrik. Terdapat juga sekolah-sekolah yg betul-betul terletak di tebing sungai. Sesekali bot berselisih dgn bot balak (klu kt darat lori balak la...) dan juga bot-bot yg mengangkut kenderaan. Agak bergelombang la bila selisih dgn yg beso2 tu.

Setelah sampai, pusing-pusing kat pekan Kapit tanya org sana sini utk cari hotel, akhirnya jumpa juga...hotel bajet yg kami booking bernama HIAP CHEONG HOTEL. 1 malam RM 35 dan memang menjadi pilihan guru-guru sekitar Kapit. Condition ok dan ada pemandangan sungai. Boleh berehat dan tidut dengan nynyak mlm ni.

Petangnya, kami ditemani oleh kawan kepada kawan sy yg sudi menjadi tourist guide utk tunjukkan sekitar pekan Kapit yg kecil dan comel je. Yang penting, kat pekan Kapit tiada traffic light. Wah mesti best drive kat sini berbanding dgn Sibu. Perut dah berkeroncong so kami pon mkn kat Open Air. Open Air ni ada kwsn utk makanan halal n non-halal. Pelbagai citarasa n Nasi Goreng Ayam sy mmg sedapppppp......Burp....

Then, hari pun beransur gelap. Kawan2 baru sy bawa kami ke rumah mereka. Borak2 n xsedar hari makin lewat. Sewa rumah kat Kapit mmg mahal. Rumah teres 2 tingkat fully furnished mcm rumah sewa sy ni sebulan RM 1000. Wah! mcm kt Shah Alam. Sewa rumah sy baru RM600...(dlm hati bsyukur tak terhingga).

Thanks to Liza n...(alamak xigt nama) sbb bwk kami merempit n jamu kami dgn milo pns n keropok Terengganu. Korang mmg best!!! Motor korang pon best....

Ahad pagi. Selepas check out dan sarapan, jalan-jalan lagi pusing2 pekan. Ok, kat atas ni signboard utk ke tempat2 tersebut. Lebih hulu dan pedalaman. Ini terminal utk ke tempat2 di atas sahaja. Tak sama dgn terminal utk ke Sibu.

Sempat menyibuk masa org tgh punggah-punggah barang utk perjalanan yg bermula pukul 11 pagi ke tempat-tempat tersebut. 1 destinasi 1 trip sahaja utk 1 hari. So, sila berebut.

Poyo-poyo kat tgh pekan Kapit

Gelanggang Kenyalang - tempat sarapan yg best....

Market atau tamu. Sila beli pelbagai jenis hasil tanaman mereka ni. Kami beli pisang je utk dimakan dlm bot nanti.

Ok, dah nak naik bot utk trip pukul 11.30 pg. Posing-posing dulu.

Sebelum masuk bot (WAWASAN SIBU) Kapit-Song-Sibu

Okey...peace no war...mudah-mudahan selamat sampai Sibu pada jam 2.30 ptg nanti.

Sekian utk trip ke Kapit. Kesimpulan dari trip kali ni: Saya dah rasa semua pengangkutan dlm Msia ni (pengangkutan darat, pengangkutan udara, pengankutan air). Insyaallah, ada rezeki, ada masa, ada duit, sy nak pegi tempat-tempat lain pulak...

Esok kursus. Hm.....

Rabu, 5 Mei 2010

posto...posto....


WOW! Besonye muke....hahaha...saje nk btau yg pp saya smakin membeso sejak akhir2 ni. Hari2 sy akan mkn 2bgkus nasi lemak+6 bijik kuih muih+sebungkus mihun sup+hotdog (ikut suko den la apo den nak mkn time tu...) utk sarapan. Xtaula knp tp mmg selera sgt nk makan. Makan mmg saat2 yg menyeronokkan lbih2 lagi bila lepas marah anak2 murid hahaha...time 2 memang selera btl nk menagdap mknn. Ok tu cerita psl makan dan pp tembam@montel.




Ni secebis pemandangan jalan dlm pjalanan balik ke rumah td. Tiba2 ada pihak2 yg bertanggungjawab membetulkan jalanaraya pulok....(tak pasal-pasal je...). Tp masyaallah....teruk sgt2 jln jadinya. Batu berketul-ketul bersepah sana sini. Si purple mesti sakit seluruh badan. Mak si purple ni lagila teruk, habis sakit pinggang+punggung+kaki punya la nak elak batu2 besar kt tengah2 jln ni. Nanti ada rezeki upload plak gambo jalan sepanjang ke tempat kerja.

Dalam pada rasa sakit-sakit seluruh badan, hati pulak rasa bunga-bunga n bibir pulak kuntum-kuntum...(dlm hati ada taman tau...). Dapat posto daripada encek tunang. Kotak pink???? I like!! Sebab ada byk love2 tu...Apa ada kat dalam???


*
*
*
*
*


Jeng...jeng...jeng...oh sungguh romantik encek tunang bagi kad kulit purple. Dan juga 2 helai tudung (i like) dan seketoi pendrive yg ada video tp xdapat nak bukak. Takpe. Yg penting hati rasa senang dan gumbira.

Terima kasih kerana menjadikan hari panas+hari hujan+hari batuk+hari sakit seluruh badan ni begitu bermakna dengan kehadiran posto ini.

Sayang encek tunang!!!!

Selasa, 4 Mei 2010

pakej lengkap seorang perempuan

Macam-macam kita boleh pikir tentang tajuk kat atas. Perempuan memang Allah ciptakan dengan pelbagai keistimewaan dan kelebihan. Tapi yang saya nak cita ni kurniaan yg Allah beri tak digunakan dengan bijak. Post ni bukanla nak mengutuk sesedap mulut cik esah atau sesedap rasa masakan cik lijah, tetapi hanya meluahkan yg terbuku di hati.

Cuba pikir; apa yg seronoknya menyusahkan orang dan menyakitkan hati orang dengan kepura-puraan kita? Dan kepura-puraan tu pulak kantoi dengan mudahnya serta secara langsung menyerlahkan kebodohan sendiri. Dalam hidup saya yang bakal nak cukup 26 tahun ni, saya memang xpenah jumpa perempuan sebodoh ni (maaf cakap sebab kat ati ni rase meluap-luap je...). Di kala orang semua kelam-kabut di pagi Isnin, 'si penipu' dengan tak malunya berlakon pengsan. APASAL KO NI?

** Part 1**

Tapi...sungguh kesian bila dihantar ke hospital, terjadilah cerita kelakar ini...

M.A: kenak nya pengsan? mengandung ka?
kenapa dia pengsan? mengandung ke?

Pengiring: Kamek sik tau...
Saya tak tau...

mata si penipu terus terbeliak mendengar perkataan 'mengandung'. (Ada pengalaman kot)

Sambil memberitahu kpd M.A, si penipu mengurut dada mengadu sesak nafas dan minta diberikan oksigen. M.A cek, saluran pernafasan ok, dada tak sempit.

M.A: Nya da mintak, berik jak...
Dia dah nak, bagi je....(dlm nada bengang)

Oleh sebab penipuan tak menjadi, si penipu meneruskan lakonan....

Si penipu dengan muka menahan kesakitan (podah!!!!), mengaku pada M.A kepalanya terhantuk. Head trauma katanya.

X-RAY dijalankan. Tiada apa-apa.

Si penipu tidak puas hati lalu minta scan dijalankan kerana perutnya kosong (lagi mau bohong ka? ciskek ko 3 kotak tu sape yg mkn? kepok lekor? Biskut?)

Pun tiada apa-apa.

3 org pengiring sudah bengang. Mereka pulang.

**Part 2**

Pagi Selasa yang hening, saya berkebaya pic bunga-bunga dgn tudung pic lip lap lip lap (oh perasan ayu sungguh arini :p). Ehm...tapi si penipu masih belum berganjak. Tidak apa. Tak kisah pun.

Di tempat kerja, heboh dengan cerita "Si Penipu bersama 3 Pengiring". Sungguh gempak cerita ini. Masing-masing menjalankan tugas dengan senyuman.

Si penipu berlakon dengan penuh aksi. Berjalan pelan-pelan mcm org baru bersalin. Oh, minta simpati.

Tengahari yang panas....

Si penipu curi tulang pegi tido kat belakang.

Encik MF: Berita terkini, si penipu pengsan lagi!!!

Minahs Poghet: ?????

Minah Poghet 1 bergegas turun.

Geletek kaki si penipu. Masih tak buka mata. Wah memang tahan...hebat!

Renjis-renjis dipilis dengan air ais fresh dari peti sejuk; mata si penipu terpejam makin rapat. Dan bola mata bergerak-gerak. Tindakbalas telah dikesan.

Kekantoian sedang berlaku....

Dewan persidangan penuh dengan gelak tawa ahli sidang yang lain sebab semua taknak bawa si penipu pulang. Saya lagila taknak. Saya rela buang si penipu dalam sungai hahahahahahaha!!!! (gelak kejam).

Kesimpulan dari cerita ini yang entah apa-apa;

KALAU RASA NAK MINTA PERHATIAN ORANG, BUATLAH DENGAN CARA YANG TERHORMAT. ORANG AKAN BAGI PERHATIAN DENGAN BANGGA SEKALIGUS KITA PUN BANGGA. KALAU NAK BERLAKON, PASTIKAN LAKONAN MEMANG SUPER DIVA SUPAYA TAK KANTOI. KALAU KANTOI DENGAN CARA YG X BERMARUAH CAMNI, MAK KO KAT KAMPUNG PUN JADI MALU DAPAT ANAK PERANGAI MACAM KO....

Satu nak pesan. Tak semua orang suka kita. Tak semua orang boleh tahan dengan perangai kita. Tak lama lagi mungkin kami semua akan ucapkan bye-bye pada si penipu. Masa tu, mesti hati dan hidung saya tenang. Sebab, si penipu juga berbau busuk kerana tuala dia jarang dibasuh dan dia malas mandi... kui kui....

Ha, kan saya dah cakap awal2 lagi; pakej lengkap seorang perempuan. Halo halo ada sesiapa yg berkenan? si penipu single n available lg...cun la juga cuma bau kureng sket hahahhaha....

Sori kepada yg terasa. Dah tak tahan nak simpan dalam hati. Nak bagi hati berehat.

Chiaow!



Ahad, 2 Mei 2010

the day that i go round-round

That day itu adalah Saturday iaitu yesterday (sila maklum bahawa saya cikgu English yg hampeh English kui kui...). Saya tersangatla malasnya nak drive di hari minggu di Sibu ni sebab jalan teramat sesak. Rase2nye kat mane2 tempat pon same kan? Tp Sibu spesel sikit sebab dipenuhi oleh samseng jalanan (mintak ampoon kat org Sibu sbb saya mmg pnh dibuli). So, nak elak dari kene hon berjela-jela, biarkanla yg pakar saje yg drive....iaitu cik puan mas selaku housemate sy. Time kaceh....

Cuaca macam biasala....panas sehot-hotnya negara Sibu ni. Jadi pas isi perut kat kedai roti manis (nama sebenar :Sugarbun-harap maklum hanya ada di Swk) dengan Asam Head Claypot a.k.a Asam Pedas Ikan Tilapia dgn nasik portion RMT (Rancangan Makanan Tambahan) sy pon kenyang....dgn duit tinggal RM1.40, trus singgah EON Bank utk menambahkan harta. Haha...maklumla gaji sy xla beso mane....

Kami hampir sampai kat tempat tu bawah tu nama dia...

**
**
**


Sibu Trade & Exhibition Centre.

Hajat nak cari barang sikit sambil cuci-cuci mata kui kui...

Pagoda yg ku lihat di kejauhan bersebelahan itu tempat.
Antara mercu Sibu.
Sila tahu bahawa majoriti kaum Sibu ialah Cina golongan Foo Chow.
Nak tahu lebih lanjut?
Google la sendirik...


Wah...ramai betul umat2. Sibuk melihat-melihat dan memenuhkan ruang.
Dan ramai juga cekgu-cekgu yg keluar dari tempat persembunyian mereka.
Dari Kapit dan Mukah.dan sebagainya.


Akhirnya, Cik Puan Yatee beli cooler fan RM 10 dan Card Reader RM 19 yang penat tawar dapat RM 17 je. Jadik la....(sila abaikan pemandangan meja di belakang....)

Sebab....tengokla betapa malasnye di hujung minggu. Meja dah jadi mcm tong sampah. Tempat meletak segala harta pusaka. Adoi doi.... (maaf encek tunang sbb cik tunang kamu ni agak pemalas hehehehehe....)

Seterusnya, hujung minggu di rumah kontrakan saya ni dikerumuni oleh 'geng hantoo kubor'. Haha....selain menyeramkan, mereka juga busuk....

---> Hujan telah berenti. Air longkang belakang umah dah naik. Sibu, tolongla jgn banjir....kan PM dtg arini....

---> Petang ni kunun nak wat kertas soalan. Tp dvd cite Korea yg dibeli semalam agak memanggil-manggil. Yang penting, mandi dulu!!!!!!!!!!!

Ceh pemalas!