Ahad, 9 Mei 2010

trip to KAPIT

Minggu ni saya n kawan gi jalan-jalan ke bahagian Kapit. Bahagian Kapit ni terdiri daripada 3 daerah iaitu Song, Kapit dan Belaga. Bahagian Kapit hanya boleh dihubungi dengan jalan air sahaja. Jadi, utk merasai pengalaman tersebut, sy pun menuju la ke Kapit....

Perjalanan dimulakan dengan menaiki bot ekspres SIBU BOLEH kelas pertama berharga RM 30.


Alamak...silap upload gambar...ni terminal Kapit masa baru nak sampai.

Ok...sy dah sampai pekan Kapit dan snap-snap gambo penumpang yg lain. Cuaca sgt2 la panas teramat...

Welcome to Kapit


Van sewa selaku pengangkutan utama kat sini. Ala-ala bas mini la...

Pemandangan rumah panjang di tebing Sungai Rajang

Terminal Penumpang Kapit





Hehe....muka sy yang bangga dpt naik bot ekspres. Bot ekspres ni ada tiga jenis seat; VIP (Kelas 1 - RM30), Business (Kelas 2 - RM25) dan Economy (Kelas 3 - RM20). Perjalanan mengambil masa selama 3 jam non-stop Sibu ke Kapit. Bot ini dilengkapi dengan air cond dan juga life jacket. So jgnla bimbang ye....

Sepanjang perjalanan, mata dijamu dengan pemandangan Sungai Rajang yg luas dan juga rumah-rumah panjang yg sudah agak moden dan dilengkapi elektrik. Terdapat juga sekolah-sekolah yg betul-betul terletak di tebing sungai. Sesekali bot berselisih dgn bot balak (klu kt darat lori balak la...) dan juga bot-bot yg mengangkut kenderaan. Agak bergelombang la bila selisih dgn yg beso2 tu.

Setelah sampai, pusing-pusing kat pekan Kapit tanya org sana sini utk cari hotel, akhirnya jumpa juga...hotel bajet yg kami booking bernama HIAP CHEONG HOTEL. 1 malam RM 35 dan memang menjadi pilihan guru-guru sekitar Kapit. Condition ok dan ada pemandangan sungai. Boleh berehat dan tidut dengan nynyak mlm ni.

Petangnya, kami ditemani oleh kawan kepada kawan sy yg sudi menjadi tourist guide utk tunjukkan sekitar pekan Kapit yg kecil dan comel je. Yang penting, kat pekan Kapit tiada traffic light. Wah mesti best drive kat sini berbanding dgn Sibu. Perut dah berkeroncong so kami pon mkn kat Open Air. Open Air ni ada kwsn utk makanan halal n non-halal. Pelbagai citarasa n Nasi Goreng Ayam sy mmg sedapppppp......Burp....

Then, hari pun beransur gelap. Kawan2 baru sy bawa kami ke rumah mereka. Borak2 n xsedar hari makin lewat. Sewa rumah kat Kapit mmg mahal. Rumah teres 2 tingkat fully furnished mcm rumah sewa sy ni sebulan RM 1000. Wah! mcm kt Shah Alam. Sewa rumah sy baru RM600...(dlm hati bsyukur tak terhingga).

Thanks to Liza n...(alamak xigt nama) sbb bwk kami merempit n jamu kami dgn milo pns n keropok Terengganu. Korang mmg best!!! Motor korang pon best....

Ahad pagi. Selepas check out dan sarapan, jalan-jalan lagi pusing2 pekan. Ok, kat atas ni signboard utk ke tempat2 tersebut. Lebih hulu dan pedalaman. Ini terminal utk ke tempat2 di atas sahaja. Tak sama dgn terminal utk ke Sibu.

Sempat menyibuk masa org tgh punggah-punggah barang utk perjalanan yg bermula pukul 11 pagi ke tempat-tempat tersebut. 1 destinasi 1 trip sahaja utk 1 hari. So, sila berebut.

Poyo-poyo kat tgh pekan Kapit

Gelanggang Kenyalang - tempat sarapan yg best....

Market atau tamu. Sila beli pelbagai jenis hasil tanaman mereka ni. Kami beli pisang je utk dimakan dlm bot nanti.

Ok, dah nak naik bot utk trip pukul 11.30 pg. Posing-posing dulu.

Sebelum masuk bot (WAWASAN SIBU) Kapit-Song-Sibu

Okey...peace no war...mudah-mudahan selamat sampai Sibu pada jam 2.30 ptg nanti.

Sekian utk trip ke Kapit. Kesimpulan dari trip kali ni: Saya dah rasa semua pengangkutan dlm Msia ni (pengangkutan darat, pengangkutan udara, pengankutan air). Insyaallah, ada rezeki, ada masa, ada duit, sy nak pegi tempat-tempat lain pulak...

Esok kursus. Hm.....

Tiada ulasan: