Rabu, 25 Mei 2011

Menyibuk je....

Hish....hangin betul bila ada orang menyibuk ni. Sedang berehat-rehat kat bilik, tiba-tiba ada orang ketuk pintu rumah. Sekali ketuk, biarkan. Dua kali ketuk (beserta salam), pun biarkan. Kali ketiga baru buka pintu sebab fikir mesti orang yang disuruh oleh tuan rumah datang betulkan lampu. Rumah sewa ni dah banyak sangat yg perlu dibetulkan terutamanya lampu. Please lah.....jangan pakai economy bulb lagi. Dalhlah malap semacam, lepas tu asyik terbakar je. Dah tak terkira berapa kali kitorang panjat dan tukar sendiri. Berbalik kepada cerita asal, rupa-rupanya entah orang mana nak jual barang. Dahlah cakap nak tak nak, tiba-tiba suka dia je nak lambai geng dia yang dalam kereta suruh masuk rumah. Woi! sukahati engkau je ek! Saya pun tak tunggu lama terus kunci pintu semula. Bahaya betul...sukahati je dia masuk halaman rumah orang, naik sampai atas dan ketuk pintu sesuka hati dia. Ni kali kedua ada orang penyibuk macam ni. Hari tu konon-konon nak promote mesin urut kaki. Siap paksa-paksa pula. Entah-entah ni semua orang penipu. Nasib baik saya tak kena pukau. Fuh....

* tiba-tiba teringin nak ke Hatyai atau Danok. Encek Suami? Ada plan? hehehehe....

Ahad, 22 Mei 2011

sepi...sedih..ku sendiri

Dalam pukul 9 mlm tadi ada kawan dah dapat link pertukaran antara negeri. Dan keputusannya seperti yang dijangka (dan mengharap), mengecewakan.......sepi, sedih, ku tetap sendiri. Kenapa begitu kejam? Ini ke harga untuk aku berada di sini? Macamana lah nak cari kekuatan untuk menghadapi hari-hari akan datang. Sesungguhnya semangatku punah.....

Khamis, 19 Mei 2011

Biar papa kedana...asalkan menang gaya..yeah!!

Wow...stylo sungguh minah kat atas ni. Malam ni nak cerita pasal orang yang tak berkemampuan (atau mampu tapi cukup-cukup makan) nak bergaya berlebihan. Memang bergaya dan nampak mewah idaman kebanyakan wanita tapi kalau kita memang berkemampuan tak salah. Ni tak, duit gaji yang ada tu la perabis shopping bersungguh-sungguh. Akibatnya, baru 2 minggu lepas gaji, duit nak makan pun tak cukup. Dalam bank apatah lagi.
Sungguh kesian dengan kamu ni..... Takkan lah demi nak bergaya punya pasal, makan pun tak cukup duit? Kelakar pun ada. Sanggup berhutang (hutang kad kredit dah tentu punya) demi nak menang gaya. Teruskanlah usaha kamu ni. Sampai masa baru kamu tahu betapa pentingnya menyimpan untuk masa depan. Esok-esok kita tak tahu apa yang akan berlaku dan masa tu dengan duit simpanan tu lah yang menyelamatkan kita. Syukur, sebab saya sentiasa beringat dan hasilnya sepanjang saya bekerja ni, simpanan saya untuk kahwin betul2 mencukupi (belas-belas ribu juga saya simpan-pencapaian terbaik saya, orang lain saya tak ambil kisah). Selepas kahwin mampu berbulan madu (walaupun ke Indonesia je) dan kali kedua ke Sabah. Masih mampu bershopping sakan untuk mereka yang tersayang dan Alhamdulillah sehingga ke hari ni tak pernah pulak saya ikat perut semata-mata nak menang gaya. Handphone Blackberry (hutang), sunglass Prada (sampai pokai), baju2 MNG, Elle, Guess (oh, ikat perut), handbag Guess, LV, Fendi (semua gaji saya habis) tak bermakna kalau beg duit jenama Coach tu hanya tinggal RM1.80 je. Tengok makanan pun telan air liur je sampai terpaksa tebalkan muka minta kawan bayarkan.


  • Kesimpulannya, ukurlah baju di badan sendiri. Kalau tak berapa nak mampu tu, agak-agaklah nak berbelanja. Buat malu je orang tau hahahaha~

  • Sesiapa yang terasa, padan muka!

Isnin, 16 Mei 2011

~b.o.s.a.n~

Tentu best kalau ada suami di sisi. Dapat kongsi rasa gembira mendapat hadiah Hari Guru dari murid, kongsi rasa sedih bila ada masalah, pendek kata berkongsi rasa segala-galanya. Kadang-kadang mengalir juga airmata ni mengenangkan betapa bahagianya orang lain dengan pasangan sedangkan diri keseorangan. Dia juga keseorangan......Ya Allah, tabahkanlah hati kami...

Yang pasti, saya dah bosan di sini. Titik.

Ahad, 15 Mei 2011

Cikgu-cikgu, Selamat Hari Guru

16 Mei setiap tahun merupakan sambutan Hari Guru. Guru-guru di seluruh Malaysia diraikan pada hari tersebut. Tahun ni 16 Mei jatuh pada hari Isnin. Syukur pada Allah tahun ni tahun ke-3 saya menyambut Hari Guru di negeri Sarawak ni. Harap-harap sangat tahun depan sambut kat Semenanjung. Walaupun dah jadi cikgu ni, tapi jasa guru-guru saya terdahululah maka saya bergelar warga pendidik juga. Mudah-mudahan saya sentiasa dikurniakan kesabaran sepanjang mendidik anak-anak ini.



Mungkin pada sesetengah orang, tugas guru ni mudah tapi kalau rasa-rasa nak merasa kepayahannya, sila lah turun padang dan mengajar. Tak payah lama, sehari pun dah cukup. Selain dari mengajar, guru-guru juga banyak lagi tugas lain yang kadang-kadang tak sesuai pun nak dilakukan. Tapi, terima je lah selagi dapat....
Semoga semua guru menjadi guru bestari yang sentiasa mendahulukan murid dalam setiap tugas kita. Kita guru, kitalah yang mencorakkan mereka.....SELAMAT HARI GURU WARGA PENDIDIK...

Rabu, 11 Mei 2011

Rindunya Kampung Halaman...

Dah dekat 2 bulan saya tak balik kampung. Sekarang ni terasa betul. Dulu masa belum kahwin, mesti dan tentunya destinasi saya ialah kampung. Walaupun kawasan rumah saya takde padi nan menghijau, pohon nyiur nan melambai, sekawan itik sedang berenang mahupun burung-burung berkicauan tapi kedamaian kampung yang semestinya ada wajah-wajah yang kita rindui itulah yg membuat kita nakkkkkkk sangat balik kampung. Lagi satu, saya rindu sangat nak makan masakan mak saya. Dan juga masakan mak mertua saya. Tapi yang paling saya rindukan dah tentu lah wajah dan senyuman suami saya yg dah 5 bulan saya kahwini. Mudah-mudahan rezeki saya murah untuk tinggal bersamanya di Semenanjung atau lebih tepat lagi di Pulau Pinang (atau di mana sahaja suami saya berada...) amin...