Khamis, 30 Ogos 2012

Ikan Bakar dan Kek Berpadu Tenaga

1) Ikan Bakar Dua Hati (sebab 2 ekor)

Bahan-bahan:
  • ikan cencaru
  • dua ulas bawang putih
  • serbuk kunyit
Bahan-bahan pencicah:
  • cili api
  • bawang kecil
  • asam jawa
  • belacan
  • perasa
Cara membuat:
  • Perap ikan dengan bawang putih yang diracik dan serbuk kunyit dalam 1/2 jam.
  • bakar guna non-stick pan sampai masak (sambil bakar boleh layan sinetron tau).
  • Pencicah pulak, potong halus-halus cili api dan bawang kecil.
  • campur dengan asam jawa, belacan, perasa dan air.
  • Siap dah....


Oklah kan first time buat...
 2) Kek Lumut

Yang ni mls nak taip. Google je cari resipi. Kek yg paling diminati oleh peminat-peminat saya perasan


Sebelum dikukus selama 4 jam

Sesudah menjadi lumut sejati

Bila Usia Bertambah...

28 tahun...syukur masih bernafas di bumi Tuhan ini. First time sambut besday dgn suami rasa nak ngada-ngada tapi tak jadi. Disebabkan besday thn ni jatuh pada bulan Ramadhan, maka tekak ni terasa nak makan kat hotel. Tapi kan..kontena perut ni saiz XS je. Membazir kalau makan buffet yg bayar sampai RM80+ tu. Jadi saya ambil keputusan buka puasa kat Secret Recipe Resipi Rahsia  jela. Makan sedap, tekak puas, kocek pun tak susut...(isteri yg bijak menjimatkan perbelanjaan suami) Coit perasan!!!


Muka redha tunggu makanan lambat-sebab lambat  sampai

MANA PEGI KESABARAN DAN KEREDHAANMU TD? Kan dah terbeliak....

Buka puasa: RM18+ je sorang. Jimat kan?

Yang ni lagi tak penyabo..hui...

Dan semakin tidak sabar sampai teropong dapur

Akhirnya makan dengan khusyuk...

Selamat Datang ke Pulau Pinang


Dah hampir 3 bulan saya berpindah ke Pulau Pinang di mana di sinilah tempat yang saya idam-idamkan: di sisi suami tercinta. Walau di manapun saya diletak, biarlah kali ni saya harungi susah senang dengan suami dan insyaallah dengan anak-anak.


Tempat kerja saya ialah di Lorong Batu Lanchang yg mana saya pon first time datang tempat ni. Lepas lapor diri terus cari rumah sewa sebab kuarters guru amatlah jauh..dahlah saya mmg fail bab-bab drive ni,lagi-lagi kalau jalan yg memang saya tak tau. Silap-silap sesat i di hujung jalan. Jalan punya jalan, kami pun pegi kat satu kawasan yg banyak sangat 'rumah tinggi'. Dalam hati terdetik; "mak oii...tingginyelah rumah aku...". Jumpa auntie guard, dapat nombor, call n deal. Syukur..dapat juga tempat berteduh..


Haa...kat kawasan Bandar Baru Ayer Itam ni lah rumah kami.
credit: google

Ni pula kawasan kejiranan@unit rumah sewa kami: Apartment Sri Impian
credit:google

Ruang tamu yg dihias ikut suka kami

Dapur yg 'luas' hahaha...takpela janji saya dpt masak sambil tengok lalulintas yg sentiasa sesak kt bawah tu

 Seronok jugak duduk rumah tinggi ni sebab rumah kt kampung ala-ala banglo gitu..maksudnya sebuah-sebuah dan tak kongsi dinding, bumbung & lantai dgn org lain. Takpelah..janji ada tempat berteduh dan kalau orang nak datang melawat pun selesa. Rumah saya di tingkat 4. Ada 3 bilik; 1 bilik kami jadikan bilik solat+study (husbandku kan student..), 1 bilik utk bilik tetamu dan 1 bilik lagi ialah sarang cinta kami hehehe....

Selasa, 28 Ogos 2012

Kemalasan Itu Tidak Bagussss

Wah...lama betul tak update dalam blog ni. Semenjak pindah Penang ni rasa penat bebenor ditambah lagi dengan kesibukan yang melanda. Insyaallah, lepas dah transfer gambar dalam laptop ni bolehlah saya aktif semula dalam bidang penulisan maya ni.Check it out.......