Khamis, 30 Ogos 2012

Selamat Datang ke Pulau Pinang


Dah hampir 3 bulan saya berpindah ke Pulau Pinang di mana di sinilah tempat yang saya idam-idamkan: di sisi suami tercinta. Walau di manapun saya diletak, biarlah kali ni saya harungi susah senang dengan suami dan insyaallah dengan anak-anak.


Tempat kerja saya ialah di Lorong Batu Lanchang yg mana saya pon first time datang tempat ni. Lepas lapor diri terus cari rumah sewa sebab kuarters guru amatlah jauh..dahlah saya mmg fail bab-bab drive ni,lagi-lagi kalau jalan yg memang saya tak tau. Silap-silap sesat i di hujung jalan. Jalan punya jalan, kami pun pegi kat satu kawasan yg banyak sangat 'rumah tinggi'. Dalam hati terdetik; "mak oii...tingginyelah rumah aku...". Jumpa auntie guard, dapat nombor, call n deal. Syukur..dapat juga tempat berteduh..


Haa...kat kawasan Bandar Baru Ayer Itam ni lah rumah kami.
credit: google

Ni pula kawasan kejiranan@unit rumah sewa kami: Apartment Sri Impian
credit:google

Ruang tamu yg dihias ikut suka kami

Dapur yg 'luas' hahaha...takpela janji saya dpt masak sambil tengok lalulintas yg sentiasa sesak kt bawah tu

 Seronok jugak duduk rumah tinggi ni sebab rumah kt kampung ala-ala banglo gitu..maksudnya sebuah-sebuah dan tak kongsi dinding, bumbung & lantai dgn org lain. Takpelah..janji ada tempat berteduh dan kalau orang nak datang melawat pun selesa. Rumah saya di tingkat 4. Ada 3 bilik; 1 bilik kami jadikan bilik solat+study (husbandku kan student..), 1 bilik utk bilik tetamu dan 1 bilik lagi ialah sarang cinta kami hehehe....

Ramadhan yg lepas, rumah kami didatangi tetamu yg tak diundang. Ada mama dan 3 ekor anak. Walaupun kesian, kami terpaksa halau secara kasar n sadis  dengan memasang jaring pada grill. Bukan apa, kasut husband saya jadi kapal dorang. Siap kencing dalam tu lagi. Ceh..biadap sungguh awak semua ni !!

'Tetamu' yg kecik tapi garang nak mamposss

 Nak bela kucing Bengal yg hensem tak dapat, last2 bela la ikan laga. Shelf belum pasang so dorang duduk atas peti ais dulu. Nama mereka: Jingko, Jingki, Miko, Miki. Shibee n Hero dok dalam balang kaca yg special. First come first serve la kan...
Penghilang stress



 Oklah, nanti sambung lagi....


Tiada ulasan: