Selasa, 19 Oktober 2010

memanfaatkan masa

Hari ni macam tak tau nak wat apa. Tadi pegi Ngiukee dan terbeli la macam-macam....



Mula-mula beli cutex (cat kuku) jernih. Ish...bukan la saya yg nak mengecat kuku.kuku sy ni dah cun gila dah....tujuannya nak cat kat brooch bagi batu2 swarozki dia tak tanggal. Ha....tq to k.i.s.a.h.n.y.e sbb bagi idea. Cutex=RM2.90 ada diskaun 10% lagi...tq Ngiukee...






Cutex dan konco-konconya yg nak dicat..wow! berkilau....



Ha...yang ni geng2 brooch yg xperlukan khidmat cutex..good2..





Yang tak sempat diselamatkan...hadui sedih btul..dahla cantik menawan. Juntai-juntai lagi tu...




Setelah itu, dapat lagi idea dari 'sharing is caring'. Tq juga....hehe..apa yang diperlukan?



1) Tudung syria (lbih elok yang plain)




2) Anak tudung asal dan...

hairband!!




Gabungkan anak tudung dan hairband.....
Jadi la anak tudung yang lain dari sedia ada...
Boleh dipakai bila2 masa dan ketika....


Hasil cubaanku....



Hairband murah je RM3.90 ada diskaun 10% lagi. Saya beli dua je utk try. Corak bibir muah muah kaler merah dan dot-dot putih biru.


Hahahaha...esok leh pakai pegi keje. Yes!!!

Sabtu, 16 Oktober 2010

Ulangbulan ke 7 Pertunangan

Diam tak diam, dah 7 bulan saya bertunangan dengan encek tunang tersayang. Wah, sekejapnya rasa....dan sebulan lebih je lagi kami akan berkahwin. Bahagia betul dalam jangkamasa 7 bulan dan harap-harapnya kebahgiaan ni kekal hinggalah akhir hayat kami..amin...





bajet kat India la ni...


Semoga cinta yang kami bina ni seutuh Taj Mahal di India, seharum kasih Mumtaz dan kandanya. Sungguh bersyukur rasanya dengan segala yang saya ada ketika ni. Alhamdulillah....



nak pose camni pakai baju pengantin kui kui

Buat tunangku: Bersabarlah menempuh detik-detik pertunangan ni yang kadangkala begitu menguji kesabaran kita. Terima kasih sebab sudi bertunang dengan saya dan melayan segala kerenah saya yang tahpape. Mudah-mudahan hati kita tetap untuk masing-masing. Sayang encek tunang a.k.a encek bakal suami... :)

Ahad, 10 Oktober 2010

debaran 5 disember

Tinggal 55 hari saja lagi saya akan bergelar Raja Sehari. Agak tak berapa seronok sebab banyak hal yang saya tak dapat uruskan sendiri. Di saat-saat nak jadi pengantin ni, saya nak sangat-sangat:

  • jenguk kedai andam selalu (baru 3x saya gi jumpa pak andam :(
  • gi kedai beli barang persiapan dengan mak (baru 2x -beli hiasan untuk dulang & langsir :(
  • test baju pengantin (tak siap pun lagi huwaaaa!!!!)
  • jalan-jalan huru hara sana sini dgn encek tunang (dia di Penang, saya di Sarawak)
  • buat bunga telur+cenderamata+dulang hantaran sendiri (macamana nak buat??? Saya kat Sarawak!!!!!)
Memandangkan semua ni, saya hanya terpaksa duduk diam2 kat sini memendam rasa. Sebalnya rasa kat hati ni Tuhan je yg tau. Kita nak buat tapi kita tak berdaya. Kesudahannya, redha aje dalam terpaksa. Debaran jadi berganda-ganda memikirkan persediaan yg takde kat depan mata. Dalam hati hanya berdoa mudah-mudahan majlis yg dirancang berjalan lancar. Amin...

Syukur sangat-sangat:

  • Dapat tunang yang baik dan open minded
  • dapat future parents in law yg jugak sporting dgn keadaanku
  • dapat mak abah yg sangat membantu
  • Dapat kakak2 dan adik2 yg byk bagi semangat
Tapi.......ada kawan2 tapi tak bagi semangat. Apa-apa yg ada kat fikiran terpaksa pendam sorang-sorang. Tertekannya....saya nak rancang apa-apa yg patut dari kejauhan ini. Mudah-mudahan urusan pertukaran sy ke Johor berjaya. Tak sanggup rasanya berjauhan macamni. Langsung tak happy.

Ahad, 3 Oktober 2010

facial...for the 3rd time

wah...wah...wah.....sampai sekarang masih terasa-rasa sakitnya jerawatku dikerjakan oleh cik herbaline. Tapi nak buat macamana, banyak pulak jerawat berkerumun kat muka ni.





credit:googles


Antara bahan yang digunakan ketika penyeksaan selama 90 minit tadi. Saya ambil pakej biasa + deep deadcell remover (betul ke ni?) + Aloe Vera Gel. Semua sekali berharga RM138. Tapi apa ada hal...haha..memang nak facial pun. Rasanya 2 minggu lagi saya akan berkunjung untuk facial seterusnya. Harap-harap kerajinan ni kekal hinggalah tiba masa saya nak kahwin nanti.





credit:googles




Gambar terpaksa rembat dari googles sebab saya tak sempat snap pun. Cadangnya dalam berapa hari sebelum majlis saya nanti nak berkunjung ke spa pulak. Tempatnya dah tau tapi lum survey lagi pakejnya. Ini semua saya lakukan untuk menambahkan excited untuk bergelar Raja Sehari. Lagipun, bagus gak leh kurangkan tekanan hari-hari yang kadang-kadang kita tal perasan pun. Bila dah diurut, barula rasa segar je...

Jumaat, 1 Oktober 2010

Jalan-jalan Singapore =)

4 September 2010, pagi2 buta dah keluar dari rumah dengan tunang tersayang. Kami nak shopping di Singapore!!!! Berbekalkan semangat kental tanpa sebarang reference, konfiden betul kami hehehe....

Kami bertolak dari JB dengan bas je...murah betul tambang RM 1.80 je sampaila ke Woodlands..pastu kami turun di Kranji MRT sebab nak straight ke Orchard Road. Tambang tak mahal, $2.10 je seorang untuk perjalanan selama 37 minit.



Pasport saya dah tak suci lagi....




Destinasi utama kami: Orchard Road.



Walaupun lapar dan dahaga, kami tetap bersabar....


Sebelum pulang ke JB, snap di Woodlands dulu.


Esplanade


Masa di Esplanade, kaki saya dah ala2 nak cramp dok jalan sana sini. Cari Merlion tak jumpa. Bila fed up dah menguasai diri, tunang di sebelah menjadi mangsa. Saya tau dia pun dah penat dan dah mula hilang sabar dengan kerenah saya, tapi pandai betul dia mengawalnya, tak macam saya. So sorry dear...



Akhirnya, dalam pukul 6 lebih sampai la kami di kereta yang diparkir di Larkin. Berbuka di Malaysia hehehe...

Yang sempat dibeli: beg, kasut, baju, n yang special dari tunang

Lainkali nak pergi lagi tapi yg pasti bukan bulan puasa dan mesti ada PETA....

steps to my big day~

Balik raya ke kampung dgn pelbagai benda kt dlm otak. Mostly psl nk kawen. Rupa2nya encik pak andam a.k.a abg leman dah siapkan baju kawen kami...hm...sy br nak bg design yg sy dh bajet2 agak cun la klu diterjemahkan dlm bntuk baju sanding.


Baju #1

Baju ni memang menepati warna yang saya nak tapi....design dia lebih kurang dengan baju yang saya pakai masa bertunang. so...reject!


Baju # 2


Memang agak terpikat dengan design dia yang memang muslimah tapi bila dipadankan dengan baju lelaki, alamak...dah lari tema ni. Dah jadi purple terung which is saya memang taknak. Conclusion, baju saya kena buat yang baru dengan design yang mendapat persetujuan saya..sekian...