Ahad, 10 Oktober 2010

debaran 5 disember

Tinggal 55 hari saja lagi saya akan bergelar Raja Sehari. Agak tak berapa seronok sebab banyak hal yang saya tak dapat uruskan sendiri. Di saat-saat nak jadi pengantin ni, saya nak sangat-sangat:

  • jenguk kedai andam selalu (baru 3x saya gi jumpa pak andam :(
  • gi kedai beli barang persiapan dengan mak (baru 2x -beli hiasan untuk dulang & langsir :(
  • test baju pengantin (tak siap pun lagi huwaaaa!!!!)
  • jalan-jalan huru hara sana sini dgn encek tunang (dia di Penang, saya di Sarawak)
  • buat bunga telur+cenderamata+dulang hantaran sendiri (macamana nak buat??? Saya kat Sarawak!!!!!)
Memandangkan semua ni, saya hanya terpaksa duduk diam2 kat sini memendam rasa. Sebalnya rasa kat hati ni Tuhan je yg tau. Kita nak buat tapi kita tak berdaya. Kesudahannya, redha aje dalam terpaksa. Debaran jadi berganda-ganda memikirkan persediaan yg takde kat depan mata. Dalam hati hanya berdoa mudah-mudahan majlis yg dirancang berjalan lancar. Amin...

Syukur sangat-sangat:

  • Dapat tunang yang baik dan open minded
  • dapat future parents in law yg jugak sporting dgn keadaanku
  • dapat mak abah yg sangat membantu
  • Dapat kakak2 dan adik2 yg byk bagi semangat
Tapi.......ada kawan2 tapi tak bagi semangat. Apa-apa yg ada kat fikiran terpaksa pendam sorang-sorang. Tertekannya....saya nak rancang apa-apa yg patut dari kejauhan ini. Mudah-mudahan urusan pertukaran sy ke Johor berjaya. Tak sanggup rasanya berjauhan macamni. Langsung tak happy.

Tiada ulasan: