Ahad, 27 Februari 2011

apabila ketam mengajar anak berjalan lurus

Kat dunia ni ada macam-macam jenis manusia. Ada yang positif, ada yang negatif. Yang positif contohnya jutawan yang pemurah, guru yang sentiasa sabar mendidik anak murid yang lemah, jurutera yang amanah menjalankan tugas, dan sebagainya. Kalau yang negatif pula, banyak contoh seperti pemandu lori balak yang memberi rasuah kepada polis, makcik penjual serai yang naikkan harga bila pelanggan yang datang tu naik kereta besar, dan macam-macam lagi. Di ruang lingkup hidup saya sekarang, saya bertemu dengan seorang manusia negatif. Negatif dari segi apa? Hm.....macam-macam ada dan agak rumit untuk dihuraikan.






Cuba kita tengok gambar di atas. Dengan penuh bangga dan angkuhnya mendepakan tangan. Ataupun kita boleh kata dia sedang berbangga dengan hasil usahanya. Kalau jenis yang kedua takpelah, tapi kalau yang jenis pertama memang boleh dikategorikan negatif. Lebih-lebih lagi kalau kita sebagai ketua, perlulah tunjuk contoh yang baik dan selalulah pandang ke bawah. Jangan lupa kita berasal dari bawah. Hari ni kita buat, hari esok orang bawahan akan ikut. Orang lain pula akan tahu. Jangan ingat kita ketua, orang lain tidak layak menegur dan kita sahaja yang betul. Tahi anjing kalau dah kat tengah jalan manalah boleh ditutup....





Kalau nak jadi ketam, jadilah ketam yang bagus. Kalau memang dah jalan pun tak lurus, tak payah sibuk-sibuk nak suruh anak jalan dengan lurus. Lebih baik duduk diam-diam dan muhasabah segala kekurangan dan kesilapan diri tu. Sekarang ni dah banyak kes orang yang masih muda mati mengejut. Jadi beringatlah...jangan pula nanti dah mati jadi hantu sebab nak mintak maaf pada semua orang.


Segala kata-kata di sini hanya pendapat peribadi saya kepada encik baju biru dan cik puan ketam di atas. Jangan pula ada yang terasa...

Ahad, 20 Februari 2011

ayam

Kalau kita makan lauk ayam, memang sedap sangat. Sebab tu KFC laku. Saya pun suka makan ayam tak kira digoreng, dimasak rendang, masak hijau, masak asam pedas dan sebagainya. Tapi yang saya tak suka pasal ayam ialah: Taiknya!!!!!!






Ayam berwajah sebenar


Saya dan kawan serumah amatlah bengang dengan encik jiran saya ni. Kalau terlalu sayangkan ayam, bela la tapi jangan betul2 kat tepi rumah orang. Sekarang ni bau taik ayam ni sentiasa memenuhi ruang rumah saya. Lagi2 waktu pagi pehh.....bau dia. Pagi tadi masa basuh kereta memang tak tahan lah. Tengah sidai baju pun terpaksa tahan nafas. Belum lagi tengah sibuk-sibuk nak masak kat dapur. Sungguh tak tahan!!!!!!!!!!!


Ayam bukan wajah sebenar


Benci!!!!

Jumaat, 18 Februari 2011

mengandung?

Pregnant? This word is legally to those married women only! Sebenarnya, bukan saya yang mengandung cuma nak cerita sesuatu tentang perkara ni. Kepada mereka yang baru berkahwin (termasuk saya), amat gembira jika mendapat perkhabaran m.e.n.g.a.n.d.u.n.g ni. Bak kata orang, rezeki pengantin baru....dan kebanyakannya teruja dan mula mengambil tahu segala yang berkaitan dengan dunia baru ni. Bagi yang Muslim, memang digalakkan untuk membaca Yasin, Al Quran sebagai terapi rohani si kecil dan ibu. Tapi ada juga yang tak suka bila orang membaca Yasin. Kenapa ek? Awak tu Islam juga kan? Oh..lupa. Awak belum mengalaminya jadi taklah teruja kan....memang ibadat kita kepada Allah tu hak masing2 tapi mungkin dengan mengwar-warkan hal macam tu (membaca surah Yasin ketika mengandung) kita bagi idea atau perangsang utk bakal ibu yang lain kan....










Dan kawan saya yang baru kahwin juga (inai kat jari belum hilang-sama macam saya!) dah pun mendapat berita gembira ni. Tahniah beb...Saya pula, taklah merancang dan tidak terlalu berharap. Kami serahkan pada Dia untuk rezeki itu. Mesti best kan ada si comel....macamana agaknya perasaan mengadung yek? (Mari berangan :) )

Isnin, 14 Februari 2011

happy birthday hubby!

Entri post ini telah tertunda.....pada 28 Januari yang lalu, genaplah suami kesayangan saya ni berusia 30 tahun. Disebabkan baru je kahwin dan belum ada idea untuk hadiah dia, maka saya bagi dia kejutan dengan kek yang saya tempah di Kluang sebelum saya balik ke Semenanjung. Nasib baik dapat cuti dan ngam-ngam saya balik masa hari lahir dia.


Encek suami yang terharu dan gembira


Saya doakan suami kesayangan saya sentiasa gembira dan bahagia, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur untuk kita sama-sama melayari bahtera perkahwinan ini, sayang. I love you so much...


Yummy..yummy...carrot cheese cake

Rabu, 9 Februari 2011

SAYA GERAM!!!

Banyak nk post tp yg ni nak post dulu. Paling marah dgn jabatan *** ni sebab:

  • Sijil nikah yg berkurun sy tunggu ada 4 kesalahan yg nyata: 1. NAMA SUAMI 2. TARIKH NIKAH 3. HARI NIKAH 4. NAMA SAKSI
  • Bleh plak initial je???? So sijil nikah aku dah jadi cam ape????? Hampeh!
  • Confirm la kesalahan tu mmg salah sgt2......nama suami boleh salah???? Sapa yang tak bengang?
  • Saya nak sijil tu cepat sebab nak mintak cop pengesahan majikan sebab nak mintak PINDAH tp apa yg jadi??? Benda yang dah sedia lembab bertambah lembab!!!!

Geramnya tak usah nak cakapla....memang manusia tak lepas dari membuat kesilapan tapi kesilapan ni boleh diatasi kalau buat kerja dengan berhati-hati, rujuk pada orang yang sepatutnya, dan yang paling penting pastikan semuanya betul sebelum ia jadi sebuah dokumen yang paling penting bagi seseorang tu. Sijil nikah tu sama penting dengan kad pengenalan dan lain-lain dokumen la....please la jangan buat kerja cuai-b*****g camtu....ikut hati yang panas ni memang nak saman je. Dahla saya kat Sarawak, suami kat Penang and sijil tu memang kitorang perlu sangat2 dalam kadar segera untuk urusan permohonan pertukaran saya. Kenapa la korang ni suka menyusahkan ek???


Ni lagi satu. Syarikat penerbangan yang hampeh. Saya jadi pelanggan ni pun sebab terpaksa. Kalau tak saya tak dapat terbang balik ke Semenanjung. Geram sebab:

  • Boleh dia suka2 retime sedangkan kita dan confirm, travel itinerary pun dah diemel? Hapa punya sengal la sistem diorang...
  • Akibatnya, salah satu flight saya perlu di cancel sebab time dah lari. Ataupun beli tiket baru dan terpaksa ambik cuti. Sapa nak bayar tiket lebih tu oii???? Lagipun aku nak pegi jumpa suami, aku taknak flight cancel!!!! Dahla saya dah booking utk 2X flight bulan 4 nanti.
  • Please la...dengan korang punya flight attendent yang bajet lawa, unfriendly, unefficient dan sangat tak kemas (rambut rebonding yang disepit sebijik macam orang nak pegi pasar+mekap serebeh). Harapkan skirt je pendek..huh!!!

Memang tak puas hati lepas geram kat blog je. Sabar Yatee...sabar. Istighfar banyak2. Mudah-mudahan dapat pindah so tak payah pikir lagi psl 2 benda alah hampeh yg disebut di sini.