Rabu, 9 Februari 2011

SAYA GERAM!!!

Banyak nk post tp yg ni nak post dulu. Paling marah dgn jabatan *** ni sebab:

  • Sijil nikah yg berkurun sy tunggu ada 4 kesalahan yg nyata: 1. NAMA SUAMI 2. TARIKH NIKAH 3. HARI NIKAH 4. NAMA SAKSI
  • Bleh plak initial je???? So sijil nikah aku dah jadi cam ape????? Hampeh!
  • Confirm la kesalahan tu mmg salah sgt2......nama suami boleh salah???? Sapa yang tak bengang?
  • Saya nak sijil tu cepat sebab nak mintak cop pengesahan majikan sebab nak mintak PINDAH tp apa yg jadi??? Benda yang dah sedia lembab bertambah lembab!!!!

Geramnya tak usah nak cakapla....memang manusia tak lepas dari membuat kesilapan tapi kesilapan ni boleh diatasi kalau buat kerja dengan berhati-hati, rujuk pada orang yang sepatutnya, dan yang paling penting pastikan semuanya betul sebelum ia jadi sebuah dokumen yang paling penting bagi seseorang tu. Sijil nikah tu sama penting dengan kad pengenalan dan lain-lain dokumen la....please la jangan buat kerja cuai-b*****g camtu....ikut hati yang panas ni memang nak saman je. Dahla saya kat Sarawak, suami kat Penang and sijil tu memang kitorang perlu sangat2 dalam kadar segera untuk urusan permohonan pertukaran saya. Kenapa la korang ni suka menyusahkan ek???


Ni lagi satu. Syarikat penerbangan yang hampeh. Saya jadi pelanggan ni pun sebab terpaksa. Kalau tak saya tak dapat terbang balik ke Semenanjung. Geram sebab:

  • Boleh dia suka2 retime sedangkan kita dan confirm, travel itinerary pun dah diemel? Hapa punya sengal la sistem diorang...
  • Akibatnya, salah satu flight saya perlu di cancel sebab time dah lari. Ataupun beli tiket baru dan terpaksa ambik cuti. Sapa nak bayar tiket lebih tu oii???? Lagipun aku nak pegi jumpa suami, aku taknak flight cancel!!!! Dahla saya dah booking utk 2X flight bulan 4 nanti.
  • Please la...dengan korang punya flight attendent yang bajet lawa, unfriendly, unefficient dan sangat tak kemas (rambut rebonding yang disepit sebijik macam orang nak pegi pasar+mekap serebeh). Harapkan skirt je pendek..huh!!!

Memang tak puas hati lepas geram kat blog je. Sabar Yatee...sabar. Istighfar banyak2. Mudah-mudahan dapat pindah so tak payah pikir lagi psl 2 benda alah hampeh yg disebut di sini.

Tiada ulasan: