Jumaat, 18 Februari 2011

mengandung?

Pregnant? This word is legally to those married women only! Sebenarnya, bukan saya yang mengandung cuma nak cerita sesuatu tentang perkara ni. Kepada mereka yang baru berkahwin (termasuk saya), amat gembira jika mendapat perkhabaran m.e.n.g.a.n.d.u.n.g ni. Bak kata orang, rezeki pengantin baru....dan kebanyakannya teruja dan mula mengambil tahu segala yang berkaitan dengan dunia baru ni. Bagi yang Muslim, memang digalakkan untuk membaca Yasin, Al Quran sebagai terapi rohani si kecil dan ibu. Tapi ada juga yang tak suka bila orang membaca Yasin. Kenapa ek? Awak tu Islam juga kan? Oh..lupa. Awak belum mengalaminya jadi taklah teruja kan....memang ibadat kita kepada Allah tu hak masing2 tapi mungkin dengan mengwar-warkan hal macam tu (membaca surah Yasin ketika mengandung) kita bagi idea atau perangsang utk bakal ibu yang lain kan....










Dan kawan saya yang baru kahwin juga (inai kat jari belum hilang-sama macam saya!) dah pun mendapat berita gembira ni. Tahniah beb...Saya pula, taklah merancang dan tidak terlalu berharap. Kami serahkan pada Dia untuk rezeki itu. Mesti best kan ada si comel....macamana agaknya perasaan mengadung yek? (Mari berangan :) )

Tiada ulasan: