Khamis, 24 November 2011

Jejak Terakhir di Sibu

Selasa dan Rabu puas bawak suami jalan-jalan melihat bandar Sibu. Lepas ni belum tentu lagi saya akan kembali ke sini. Tinggal lebih kurang 5 jam lagi saya akan berangkat pulang ke Semenanjung. Mudah-mudahan semuanya okey dan Si Purple selamat sampai di Penang tanpa cacat celanya (dan dengan barang-barang kesayanganku...). Tak sabarnya nak balik......

Jumaat, 18 November 2011

Bye Sibu, bye Sarawak...


Syukur ke hadrat Allah...rayuan saya untuk ke Pulau Pinang diluluskan. Pagi tadi pukul 8.00 baru dapat tahu berita ni. Sekarang tengah sibuk urusan nak poskan kereta ke Pulau Pinang. Tunggu suami datang Isnin nanti, bawa dia ke sekolah, settlekan tugas dan serah tugas di sekolah, jumpa anak-anak murid saya yang menangis tak henti-henti pagi tadi, dan tolong saya kemas barang-barang. Hmmm.....leganya rasa...terubat semua kekecewaan. Amin Ya Allah...

Selasa, 15 November 2011

Pulau Rahsia

Hehehe...bukanlah saya nak bercerita tentang sebuah pulau yang penuh rahsia di mana pulau tersebut adalah pulau yang saya dan suami teringin nak kunjungi, tetapi pulau rahsia yang saya nak cerita ni adalah tentang sebuah buku yang bertajuk Pulau Rahsia. Buku ni alkisahnya merupakan salah satu buku kegemaran saya ketika darjah 6 dahulu (kira-kira 15 tahun yang lampau) atau setepatnya pada tahun 1996. Masa saya bersekolah rendah dulu, cikgu bagi pinjam 2 buah buku; BM dan BI. Kalau BI saya suka pinjam ensiklopedia berbanding dengan buku cerita (sebab suka tengok gambar-gambar binatang) dan kalau BM saya suka pinjam kisah penyiasatan. Ala-ala beranganlah sambil membaca....Biasanya Siri Penyiasatan ni ada lebih kurang 20 tajuk dan memang buat saya teruja sangat nak pinjam tiap-tiap minggu. Tapi bila dah pinjam Pulau Rahsia ni, saya jadi suka sangat dan pinjam sampai 2 minggu. Nak dijadikan cerita, disebabkan suka baca banyak-banyak-banyak kali, buku ni saya lupa nak pulangkan dan jadilah harta peribadi saya hehehehe...

Isnin, 14 November 2011

Moga dipermudahkan urusanku

Saya dah selesai buat rayuan pertukaran. Kali ni agak agresif. Walapun jasad saya kat sini, tapi saya cuba segala yang terdaya dengan harapan rayuan pertukaran saya berjaya. Semua syarat dah saya penuhi dan sepatutnya memang saya dah boleh bertukar. Jika betul ada pihak-pihak yang menyekat hak saya untuk bertukar, silalah menjawab di akhirat nanti ye...Sebab dengan kuasa yang anda ada itu, saya dinafikan untuk bertukar. Secara langsung, saya tidak dapat menjalankan tugas saya sebagai isteri, anak, menantu dengan sebaiknya. Maka silalah tanggung dosa saya dari detik saya bergelar isteri hingga saat ini. Mungkin saya tiada kuasa untuk mendapatkan hak saya tapi Tuhan maha adil. Terharu sungguh tadi bila Guru Besar turut mengalirkan airmata berkongsi kesedihan saya. Sebab dia dah pernah rasa apa yang saya rasa sekarang.  Moga ada rezeki buat kami suami isteri. Amin Ya Rabbal Alamin..Sesungguhnya Allah yang mengetahui perasaan saya tika ini. 

Ahad, 13 November 2011

Tertumpahnya airmata, tertumpasnya kesabaran

Subhanallah.....baru hari ni saya ada kekuatan utk menulis di sini. Tengahari Khamis lalu, di kedai makan Kg. Nyabor Kopitiam, saya mendapat perkhabaran memilukan-perpindahan tidak diluluskan. Dalam keadaan yg lapar, makanan tetap saya suapkan walaupun ibarat menelan butiran batu. Sampai tersedak-sedak saya menahan perasaan. Hati rasa nak pecah menahan perasaan tapi realitinya saya perlu bertahan, jangan sampai airmata menitis di khalayak ramai. Setelah selamat saya parking di bawah rumah, di dalam keretalah saya menangis puas-puas. Tuhan je yg tahu betapa kecewanya saya saat ini. Lebih-lebih lagi mengenangkan impian kami suami isteri. Ya Allah..berat sungguh ujian ini. Dan berat sungguh menanggung kekecewaan yg dah masuk kali ketiga. Esoknya, sekali lagi ujian datang. 2 orang guru yg minta pindah (dalam negeri) berjaya. Syukur sebab guru2 yg dapat tu sikit pun tak tanya pada saya dan tak juga berlebih-lebih berkongsi kegembiraan dengan semua orang. Yang paling saya kesalkan, orang yg rapat dengan saya, yg tahu masalah dan kesedihan saya yg lebih-lebih gembira. Jaja cerita saya tak dapat pindah, gelak ketawa terjerit-jerit macam dia yg dapat pindah betul-betul menyakitkan ulu hati saya. Sebolehnya saya menahan airmata (ye, saya hebat dalam hal ni sebab dah banyak kali kecewa) ketika tangan sedang sibuk print surat rayuan. Saya tahu orang yg tak mengalami tak faham peritnya perasaan saya ketika ini, tp adat org dewasa yg tahu membaca riak muka dan perlakuan org lain, belajarlah utk memahami. Try to put yourself into my shoes, then u'll know how hard it is, how hurt it was....

Rabu, 9 November 2011

Dup..dap...dup..dap

Berdebar-debar sungguh rasa hati ni. Mudah-mudahan rezeki berpihak kepada kami kali ini..amin. Malam ni mulai 12 tgh malam penentu hala tuju kehidupan saya akan datang di mana keputusan perpindahan akan diketahui (online). Dalam pada hati tak keruan, perlu juga prepare tarian joget untuk prsembahan murid tahap 1 minggu depan. Moga berita mengembirakan mengiringi saya amin... Dear heart, please be strong even any news u'll receive tonight. Don't lose hope because u are stronger than myself...

Ahad, 6 November 2011

Jus Tomato

Salam Aidiladha...hari ini saya hanya pergi beraya ke rumah Kak Wati dan Kak Lily. Tak jauh pun, dalam kampung ni juga. Syukur juga walaupun tak balik kampung bersama-sama dengan yang tersayang, dapat juga saya merasa suasana hari raya di tempat orang. Hm....hari ini saya baru mula minum jus tomato. Mula-mula ingat saya akan muntahkan balik, tapi rupa-rupanya rasanya tak seburuk yang saya bayangkan. Mengikut artikel yang saya baca, tomato ni perlu diambil setiap hari walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Jangkamasanya selama 10 minggu baru boleh nampak kesannya. Saya tiba-tiba nak jadi beauty concious and health concious. beauty concious due to kulit muka saya yang tak seindah perempuan lain...dah penat saya nak melayan jerawat ni (walaupun suami kata dia tak kisah langsung). Tomato ni banyak air yang boleh menghidratkan kulit kering. Health concious pula lebih kepada mencegah penyakit berkaitan jantung sebab tomato kaya dengan likopin (yang bagi warna merah). Ok..ni resipi jus tomato versi cepat, pantas dan sedap...

Sabtu, 5 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha



Selamat Hari Raya buat semua....dalam pada orang semua pulang ke kampung, membuat persediaan untuk memasak juadah, saya di sini keseorangan menyambut raya di tempat orang. Suami dah selamat sampai di kampung pagi tadi. Takpelah, yang penting suami saya ada di samping keluarga. Biarlah saya di sini. Lagipun lagi 2 minggu saya akan balik ke Semenanjung (mudah-mudahan balik terus..tak balik ke Sibu lagi). Tahun lepas, pagi Aidiladha saya di dalam perut pesawat MAS balik ke Johor Bahru. Masa tu excited sangat sebab nak sambut raya+jumpa tunang+lagi 2 minggu saya diijabkabulkan.

* terkini:
-dah mula packing barang tadi. Tinggal nak loading je. Tak sabar tunggu 14 hb ni..
-Genap 11 bulan usia perkahwinan saya. Perasaan? Bersyukur dan gembira sanga-sangat...