Selasa, 15 November 2011

Pulau Rahsia

Hehehe...bukanlah saya nak bercerita tentang sebuah pulau yang penuh rahsia di mana pulau tersebut adalah pulau yang saya dan suami teringin nak kunjungi, tetapi pulau rahsia yang saya nak cerita ni adalah tentang sebuah buku yang bertajuk Pulau Rahsia. Buku ni alkisahnya merupakan salah satu buku kegemaran saya ketika darjah 6 dahulu (kira-kira 15 tahun yang lampau) atau setepatnya pada tahun 1996. Masa saya bersekolah rendah dulu, cikgu bagi pinjam 2 buah buku; BM dan BI. Kalau BI saya suka pinjam ensiklopedia berbanding dengan buku cerita (sebab suka tengok gambar-gambar binatang) dan kalau BM saya suka pinjam kisah penyiasatan. Ala-ala beranganlah sambil membaca....Biasanya Siri Penyiasatan ni ada lebih kurang 20 tajuk dan memang buat saya teruja sangat nak pinjam tiap-tiap minggu. Tapi bila dah pinjam Pulau Rahsia ni, saya jadi suka sangat dan pinjam sampai 2 minggu. Nak dijadikan cerita, disebabkan suka baca banyak-banyak-banyak kali, buku ni saya lupa nak pulangkan dan jadilah harta peribadi saya hehehehe...


Biasalah, kalau bukan harta kita memang benda tu tak kekal lama. Sehinggalah saya bersekolah menengah saya masih tercari-cari kat manalah buku tu berada. Apabila saya dah bergelar guru sekarang, saya cuba mencari di perpustakaan sekolah (buku ceritanya terhad). Dah 3 tahun cari pun tak jumpa. Sampailah hari ini, tiba-tiba baru terfikir nak cari kat kedai buku. Akhirnya....bertemu juga saya dengan buku tersebut. Memang rezeki saya sebab tinggal satu je lagi. Wah...happy betul rasanya. Sekurang-kurangnya ada juga pengubat hati saya yang duka lara ni....


Lebih kurang camni la rupa buku yang saya beli (tapi ni google sebab gambar henfon laptop saya tak boleh detect pulak). Tapi versi 1996 dulu warna hijau. :) 

Tiada ulasan: