Ahad, 13 November 2011

Tertumpahnya airmata, tertumpasnya kesabaran

Subhanallah.....baru hari ni saya ada kekuatan utk menulis di sini. Tengahari Khamis lalu, di kedai makan Kg. Nyabor Kopitiam, saya mendapat perkhabaran memilukan-perpindahan tidak diluluskan. Dalam keadaan yg lapar, makanan tetap saya suapkan walaupun ibarat menelan butiran batu. Sampai tersedak-sedak saya menahan perasaan. Hati rasa nak pecah menahan perasaan tapi realitinya saya perlu bertahan, jangan sampai airmata menitis di khalayak ramai. Setelah selamat saya parking di bawah rumah, di dalam keretalah saya menangis puas-puas. Tuhan je yg tahu betapa kecewanya saya saat ini. Lebih-lebih lagi mengenangkan impian kami suami isteri. Ya Allah..berat sungguh ujian ini. Dan berat sungguh menanggung kekecewaan yg dah masuk kali ketiga. Esoknya, sekali lagi ujian datang. 2 orang guru yg minta pindah (dalam negeri) berjaya. Syukur sebab guru2 yg dapat tu sikit pun tak tanya pada saya dan tak juga berlebih-lebih berkongsi kegembiraan dengan semua orang. Yang paling saya kesalkan, orang yg rapat dengan saya, yg tahu masalah dan kesedihan saya yg lebih-lebih gembira. Jaja cerita saya tak dapat pindah, gelak ketawa terjerit-jerit macam dia yg dapat pindah betul-betul menyakitkan ulu hati saya. Sebolehnya saya menahan airmata (ye, saya hebat dalam hal ni sebab dah banyak kali kecewa) ketika tangan sedang sibuk print surat rayuan. Saya tahu orang yg tak mengalami tak faham peritnya perasaan saya ketika ini, tp adat org dewasa yg tahu membaca riak muka dan perlakuan org lain, belajarlah utk memahami. Try to put yourself into my shoes, then u'll know how hard it is, how hurt it was....


Sesungguhnya, saya betul-betul dah tak mahu berada di sini. Jiwa saya benar-benar kosong. Saya rasa saya seperti isteri yg tak berguna. 23 hari selepas kami diijabkabulkan, itu sahaja jangkamasa saya bergelar isteri yang sebenar-benar isteri. Saya tak dapat sediakan makan minum suami, menyiapkan keperluan dia, menjaga sakit pening dia, solat jemaah sama-sama, mengaminkan doa yang dibaca, berkongsi kedukaan dan kegembiraan saya, membina rumah impian bersama-sama seperti kebiasaan suami isteri yang baru berkahwin. Entahlah...cuma saya selalu berharap dan berdoa moga 1 hari nanti impian saya ini akan jadi kenyataan. Dalam fikiran sekarang, saya nak anak supaya hati saya tak kesunyian lagi dan sebagai hadiah buat suami saya....

Tiada ulasan: