Selasa, 31 Ogos 2010

Kek Holiday Inn @ Kek Belacan

SELAMAT HARI KEBANGSAAN BUAT SELURUH WARGA MALAYSIA TIDAK KIRA DI MANA PUN ANDA BERADA. KITA 1MALAYSIA!!!!!!!!!!!!

So, sempena hari cuti ni dan memandangkan lgi 2 minggu nak raya, maka sy dengan semangat yg berkobar2 terus membuat kek. Bangun dgn semangat dan meneruskan perjuangan sy tersebut. Kek yg menjadi pilihan ialah : Kek Holiday Inn. Atau kat Sarawak ni lbh dikenali sbg Kek Belacan (sbb warna coklat gelap dan segiempat seketul tu kan mcm belacan...) Tp rasa dia..mak aii.....mmg sodap la....haha xsbr nk bg encek tunang rasa sb sy ni mmg kurang berbakata bab2 memasak ni...








Telur diputaq dgn gula.....greng...greng.....ditambah dgn lagu raya



Ha...yg ni butter dan susu manis



Yg ni dah siap. Tinggal nk kukus je


Tahun lepas sy dah buat kek lapis peppermint-kopi dan tahun ni rasa x larat plak nak melapisnya. Maka kek ni la yg sy buat. Kek Spider Web, Kek Pua Kumbu, Kek Coklat Cheese dan Kek Batik Sarawak sdg dlm proses utk di pos ke Sibu...Yahoo!!!!

Sabtu, 28 Ogos 2010

penantian seorang aku

Menanti atau menunggu...dua perkataan yg memberi maksud yg sama: penat! Hm.....itula yg sy sedang alami ketika ni. Gaji bulan ni habis macamtu je. Si purple dh berusia setahun n menuntut bayaran. Alhamdulillah, semua hutang sy dah selesaikan. roadtax Si purple pn dh dpt.


Tang "SARAWAK" tu yg mahal tu...



Ada 3 penantian sy skg.

Yg pertama: Tunggakan gaji

Hadoi...sakit betul...dh masuk 2 tahun keje ni tp gaji masih lgi guna gaji guru terlatih. Apu....dahla sy tgh kumpul duit kahwin ni. Dah kene komplen pun si Puan M....L.... tu xpandai wat keje. Tahpape. Nasib bek nak raya ni dpt RM500 dr government.Syukur....


Yg kedua: 3 September

Yahoo!!!! Yg ni plg best di mana sy akan fly ke kg halaman....dan bertemu dgn si dia yg sgt2 dirindui. eceh...gatai plak....balik kampung beraya dgn insan2 tersayang...

Yg ketiga: Disatukan dgn encek tunang

Hm...yg ni mmg berdebar2. Dah xlame dh...lagi 3 bulan lebih je. Aduyai....seram plak sy takut sy xdpt jadi yg terbaik.


Dan,,,seterusnya, pasti lebih byk penantian yg akan berlaku...

-bila nk mula buat kek belacan ni????

Khamis, 19 Ogos 2010

laju @ cuai?

ON the way pegi sekolah pagi tadi, tiba-tiba kelihatan lori balak tergelincir di selekoh. Lori yg sarat dgn muatan balak (mungkin haram) tersadai & dipercayai baru je tergelincir kat tepi jalan. Ni bukan kali pertama lori balak jadi camni. Persoalan sekarang: laju atau cuai????





Lori yg 'tertonggeng' kat tepi jalan menanti bantuan



On the way balik, lori tersebut sedang dialihkan. Balak-balak diselamatkan dulu pastu baru lah lori tadi. Sepanjang setahun lebih sy drive ke sekolah, kehadiran lori balak terutama pd waktu pagi memang menakutkan. Dengan keadaan jalan yang tidak rata, berlubang besar, selekoh dan kecil, berselisih dgn lori2 ni sentiasa berjaya mengecutkan perut sy yg ramping ni....

Sabtu, 14 Ogos 2010

Ketika Ulangtahun Saya ke 26...

Alhamdulillah...syukur pd nikmat Allah yg msih memberi sy peluang menghirup udara di dunia ini pd usia sy genap 26 tahun; 10 Ogos yg lalu. Sungguh bermakna birthday tahun ni dan xsangka sy dh bergelar tunangan org, hampir 2 tahun sbg seorang guru dan lagi 3 bulan lebih akan bergelar isteri kepada En. Saiful Azam yg amat2 sy sayangi.

Pagi2 lagi tgh siap nak pegi keje, tiba2 diserang dgn sakit perut (yg amat sakit...). Xlain xbukan ni msti sbb pekena KFC smlm. Bkannye pedas sgt tp knp sy pun sakit perut? Hm...adakah sy juga dah xtahan pedas mcm org2 kt cni? Aduyai.....


Sampai sekolah, masih xkurang sakitnya. Peh..mmg dugaan betul. Sampai xselera nk sarapan. Tp Alhamdulillah, xlama lepas tu ok dan dptla sy jalankan rutin sy sbg seorang guru. Tugas harini selain mengajar ialah key in data segala peperiksaan yg diambil oleh murid Tahun 6 utk dimajukan ke Lembaga Peperiksaan Malaysia. Nasib baik calon UPSR cuma 9 org so bknla satu masalah besar utk key in data dlm masa yg singkat (klu sekolah bandar tah camana la sy sbg S/U Peperiksaan..hm....)



Paling seronok, esok cuti sempena Awal Ramadan. Yeahoo!!!!!!!!!!! So, mlm ni igt nk rehat2 sambil plan menu sepanjang Ramadan ni. Maklumla, sy cepat xselera tambah2 lagi klu lauk-pauk yg ada xpedas (oh! miss my mom's cook so much...). Nak pegi terawih segan plak sb sorg2. Sedang sy menunaikan solat Isyak jam 8.00 mlm, housemate sy (yg sdg masak makan mlm sbb sy dh mengadu lapar) kelam kabut buka pintu, tingkap dan terus ke beranda. Lepas bagi salam (abis solat), sy terdengar perbualan housemate dgn jiran.


Housemate : kenak org bising gilak tek?
(kenapa org bising sangat td?)

Jiran : Rumah blkg kitak urg hangus tek. Kitak sik nangga ka?
(Rumah blkg kamu hangus terbakar. X perasan ke?)

Housemate : Yakah? Paduhal....Patutla kamek dengar kenak bising gilak.Kamek pikir biak main mercun. Kamek pikir urg masang lampu raya...Cney rumah nya?
(Yeke? Rupa2nya...Patutla sy dengar bising sgt. Sy igt budak2 main mercun.
Sy igt org pasang lampu raya...Yang mana rumah diaorang?)

Jiran : Ya...belakang jak...Sitok la nangga dr sitok..
(Tu...belakang je...Sinila tengok dr sini...)

Saya pun terus sarung baju t-shirt dan lari ke dapur. Tengok2 api dh marak. Subhanallah!!! Kami terus lari keluar rumah dan pegi rumah jiran utk pastikan rumah yg mana satu terbakar. Mmg dekat blkg rumah kami tp bkn yg btl2 di belakang rumah. Ada pakcik suami isteri datang dan beritahu suruh kami kemas brg2 yg perlu. Sy dah panik....menggigil2 rasanya....




Gambar xberapa jelas sb guna hp je. Rumah yg sdg terbakar.



Bomba smpai agak lewat dan terpaksa parking dpn rumah sewa sy (sbb jln dpn rumah yg terbakar dpenuhi manusia yg dtg mcm tgk konsert)





Api yg sedang marak meranapkan 5 buah rumah serentak.



Bomba ambil masa yg agak lama utk padamkan kebakaran. Dlm dekat pukul 10 barula sy dpt bertenang dan makan malam. Mujur ada jalanraya yg pisahkan rumah2 yg terbakar dgn rumah sewa sy. Klu x, xtaula ape nk ckp.....dh la mlm permulaan Ramadan, ditambah lgi dgn org2 sdg mengerjakan terawih..hm....Dipercayai kebakaran yg menyebabkan kesemua 24 penghuninya tinggal sehelai sepinggang berpunca daripada slh sebuah rumah mangsa yg cuai ketika memasak kuih. Isterinya pergi berniaga, suaminya plak bersembang dgn jiran belakang rumah. Wallahualam...

Yang pasti, birthday tahun ini agak berlainan dr sebelum2nya....Dlm masa yg sama, seronok sgt2 dpt ucapan2 dr yang tersayang (tunang, keluarga dan kawan2) serta hadiah paling bermakna dr tunangku tersayang.....tima kasih cayang!!!!

Ahad, 8 Ogos 2010

Hujung minggu di Tanjung Kembang & Pesta Nenas

Hujung minggu pegi jalan2 lepak2 dgn kawan2 kursus: Ila dan Ina. Beserta cikgu sekolah Ila iaitu Cikgu Nancy n family. Destinasi kami ialah Pantai Tanjung Kembang di daerah Kabong, Bahagian Betong. Lokasi ini dipercayai pantai terdekat dengan Sibu (dekat2 pun mau dkt 3jam gak...sakit pinggangku...).



Disebabkan sy ni msih lg xcekap memandu, maka sy park kete sy kt umah kwn n dari sana barula kami bergerak ke Kabong lbh kurang pukul 11. Cuaca amat la panas..huh...



Jam 1.30 kami sampai disambut dengan angin laut yg menyegarkan. Rasa kurang sket bebanan dan tekanan kerja yg dibawak dr Sibu.Upacara dimulakan dgn panggang2 ayam, sosej dan jagung.






Anak c.Nancy, Cho yg keletah. Indu jak yg leh buaikan dia...





Ketika memanggang -Ila dan c.Nancy




Keindahan pantai






Main2 air je...dari kiri: bini org, tunang org, awek org...





Yeah!!!! Over sungguh budak kurus nih!





Lewat mlm baru sampai Sibu. An enjoyed weekend in Sarawak. Fullstop.

Rabu, 4 Ogos 2010

PERCUTIAN CINTA : coming soon

DONE!!!!! Confirmed that we will be going to Medan for our 1st honeymoon...ticket are booked from Air Asia. mudah2an semuanya dipermudahkan amin....


cantik amat dong...


Hm...beautiful scenery....

Mintak2 dapat tengok semua ni...

Tima kasih encek tunang...sayang kamu sebanyak2nya. :)

Isnin, 2 Ogos 2010

yes!!! Dapatla jalan2

YES!!!! Tadi petang dah berjaya buat pasport antarabangsa. Tujuan utama :

  • Shopping raya kat Singapore bulan depan (walaupun duit xcukup, buat2 cukup sudah...)
  • Our honeymoon in Medan this December.....(fully sponsored by hubby-to-be)

Seronok, dua ronok, tiga ronok, beronok-ronok...

Ahad, 1 Ogos 2010

A STEP AHEAD TO MY BIG DAY...

Fuhh.......pedih mai gamal tu...(translated into BM: sakitnye muka ni...). Pagi ni buat appoinment facial kat Herbaline Sibu. Amik pakej facial biasa RM 57 + deep pore cleansing guna mesin RM 20. So total RM77. Sesi menyakitkan muka bermula jam 10.10 pg dan derita berakhir pada jam 11.30 pg. Huh...selepas 6 bln xpegi facial, blackheads mmg terlalu byk...especially area hidung dan dahi. Punya la sakit sampai hampir nk keluar air mata duyung sy. Tp kali ni sy terer sb skali pun xmengaduh sakit (walaupun kaki n tgn dah terpuntal2 dan berpeluh2 menahan sakit) compared ms 1st time facial hari tu.




Tengok..tengok..muka yg merah2 hasil penderitaan facial...





Kata amoi comel facial tu, ms 1st datang muka sy byk acne tp kali ni dah takde. Yg banyak ialah blackheads. Takpela, hjg bln ni sy pegi lagi sampaila menjelangnya hari perkahwinan sy. Rasenye xsalah spend duit utk kesejahteraan sendiri kan????


Oh...ada uncle tumpang bergambar nampaknye...

* Telah selesai buat bajet utk bulan ni. Hm...nampaknye hutang melebihi pendapatan. Bila la tunggakan gaji+anjakan gaji+claim kursus+tunggakan BISP+tunggakan SBT akan masuk? Ya Allah, murahkanla rezeki bakal pengantin ini...amin...