Sabtu, 14 Ogos 2010

Ketika Ulangtahun Saya ke 26...

Alhamdulillah...syukur pd nikmat Allah yg msih memberi sy peluang menghirup udara di dunia ini pd usia sy genap 26 tahun; 10 Ogos yg lalu. Sungguh bermakna birthday tahun ni dan xsangka sy dh bergelar tunangan org, hampir 2 tahun sbg seorang guru dan lagi 3 bulan lebih akan bergelar isteri kepada En. Saiful Azam yg amat2 sy sayangi.

Pagi2 lagi tgh siap nak pegi keje, tiba2 diserang dgn sakit perut (yg amat sakit...). Xlain xbukan ni msti sbb pekena KFC smlm. Bkannye pedas sgt tp knp sy pun sakit perut? Hm...adakah sy juga dah xtahan pedas mcm org2 kt cni? Aduyai.....


Sampai sekolah, masih xkurang sakitnya. Peh..mmg dugaan betul. Sampai xselera nk sarapan. Tp Alhamdulillah, xlama lepas tu ok dan dptla sy jalankan rutin sy sbg seorang guru. Tugas harini selain mengajar ialah key in data segala peperiksaan yg diambil oleh murid Tahun 6 utk dimajukan ke Lembaga Peperiksaan Malaysia. Nasib baik calon UPSR cuma 9 org so bknla satu masalah besar utk key in data dlm masa yg singkat (klu sekolah bandar tah camana la sy sbg S/U Peperiksaan..hm....)



Paling seronok, esok cuti sempena Awal Ramadan. Yeahoo!!!!!!!!!!! So, mlm ni igt nk rehat2 sambil plan menu sepanjang Ramadan ni. Maklumla, sy cepat xselera tambah2 lagi klu lauk-pauk yg ada xpedas (oh! miss my mom's cook so much...). Nak pegi terawih segan plak sb sorg2. Sedang sy menunaikan solat Isyak jam 8.00 mlm, housemate sy (yg sdg masak makan mlm sbb sy dh mengadu lapar) kelam kabut buka pintu, tingkap dan terus ke beranda. Lepas bagi salam (abis solat), sy terdengar perbualan housemate dgn jiran.


Housemate : kenak org bising gilak tek?
(kenapa org bising sangat td?)

Jiran : Rumah blkg kitak urg hangus tek. Kitak sik nangga ka?
(Rumah blkg kamu hangus terbakar. X perasan ke?)

Housemate : Yakah? Paduhal....Patutla kamek dengar kenak bising gilak.Kamek pikir biak main mercun. Kamek pikir urg masang lampu raya...Cney rumah nya?
(Yeke? Rupa2nya...Patutla sy dengar bising sgt. Sy igt budak2 main mercun.
Sy igt org pasang lampu raya...Yang mana rumah diaorang?)

Jiran : Ya...belakang jak...Sitok la nangga dr sitok..
(Tu...belakang je...Sinila tengok dr sini...)

Saya pun terus sarung baju t-shirt dan lari ke dapur. Tengok2 api dh marak. Subhanallah!!! Kami terus lari keluar rumah dan pegi rumah jiran utk pastikan rumah yg mana satu terbakar. Mmg dekat blkg rumah kami tp bkn yg btl2 di belakang rumah. Ada pakcik suami isteri datang dan beritahu suruh kami kemas brg2 yg perlu. Sy dah panik....menggigil2 rasanya....




Gambar xberapa jelas sb guna hp je. Rumah yg sdg terbakar.



Bomba smpai agak lewat dan terpaksa parking dpn rumah sewa sy (sbb jln dpn rumah yg terbakar dpenuhi manusia yg dtg mcm tgk konsert)





Api yg sedang marak meranapkan 5 buah rumah serentak.



Bomba ambil masa yg agak lama utk padamkan kebakaran. Dlm dekat pukul 10 barula sy dpt bertenang dan makan malam. Mujur ada jalanraya yg pisahkan rumah2 yg terbakar dgn rumah sewa sy. Klu x, xtaula ape nk ckp.....dh la mlm permulaan Ramadan, ditambah lgi dgn org2 sdg mengerjakan terawih..hm....Dipercayai kebakaran yg menyebabkan kesemua 24 penghuninya tinggal sehelai sepinggang berpunca daripada slh sebuah rumah mangsa yg cuai ketika memasak kuih. Isterinya pergi berniaga, suaminya plak bersembang dgn jiran belakang rumah. Wallahualam...

Yang pasti, birthday tahun ini agak berlainan dr sebelum2nya....Dlm masa yg sama, seronok sgt2 dpt ucapan2 dr yang tersayang (tunang, keluarga dan kawan2) serta hadiah paling bermakna dr tunangku tersayang.....tima kasih cayang!!!!

Tiada ulasan: