Ahad, 27 Februari 2011

apabila ketam mengajar anak berjalan lurus

Kat dunia ni ada macam-macam jenis manusia. Ada yang positif, ada yang negatif. Yang positif contohnya jutawan yang pemurah, guru yang sentiasa sabar mendidik anak murid yang lemah, jurutera yang amanah menjalankan tugas, dan sebagainya. Kalau yang negatif pula, banyak contoh seperti pemandu lori balak yang memberi rasuah kepada polis, makcik penjual serai yang naikkan harga bila pelanggan yang datang tu naik kereta besar, dan macam-macam lagi. Di ruang lingkup hidup saya sekarang, saya bertemu dengan seorang manusia negatif. Negatif dari segi apa? Hm.....macam-macam ada dan agak rumit untuk dihuraikan.






Cuba kita tengok gambar di atas. Dengan penuh bangga dan angkuhnya mendepakan tangan. Ataupun kita boleh kata dia sedang berbangga dengan hasil usahanya. Kalau jenis yang kedua takpelah, tapi kalau yang jenis pertama memang boleh dikategorikan negatif. Lebih-lebih lagi kalau kita sebagai ketua, perlulah tunjuk contoh yang baik dan selalulah pandang ke bawah. Jangan lupa kita berasal dari bawah. Hari ni kita buat, hari esok orang bawahan akan ikut. Orang lain pula akan tahu. Jangan ingat kita ketua, orang lain tidak layak menegur dan kita sahaja yang betul. Tahi anjing kalau dah kat tengah jalan manalah boleh ditutup....





Kalau nak jadi ketam, jadilah ketam yang bagus. Kalau memang dah jalan pun tak lurus, tak payah sibuk-sibuk nak suruh anak jalan dengan lurus. Lebih baik duduk diam-diam dan muhasabah segala kekurangan dan kesilapan diri tu. Sekarang ni dah banyak kes orang yang masih muda mati mengejut. Jadi beringatlah...jangan pula nanti dah mati jadi hantu sebab nak mintak maaf pada semua orang.


Segala kata-kata di sini hanya pendapat peribadi saya kepada encik baju biru dan cik puan ketam di atas. Jangan pula ada yang terasa...

Tiada ulasan: