Selasa, 4 Mei 2010

pakej lengkap seorang perempuan

Macam-macam kita boleh pikir tentang tajuk kat atas. Perempuan memang Allah ciptakan dengan pelbagai keistimewaan dan kelebihan. Tapi yang saya nak cita ni kurniaan yg Allah beri tak digunakan dengan bijak. Post ni bukanla nak mengutuk sesedap mulut cik esah atau sesedap rasa masakan cik lijah, tetapi hanya meluahkan yg terbuku di hati.

Cuba pikir; apa yg seronoknya menyusahkan orang dan menyakitkan hati orang dengan kepura-puraan kita? Dan kepura-puraan tu pulak kantoi dengan mudahnya serta secara langsung menyerlahkan kebodohan sendiri. Dalam hidup saya yang bakal nak cukup 26 tahun ni, saya memang xpenah jumpa perempuan sebodoh ni (maaf cakap sebab kat ati ni rase meluap-luap je...). Di kala orang semua kelam-kabut di pagi Isnin, 'si penipu' dengan tak malunya berlakon pengsan. APASAL KO NI?

** Part 1**

Tapi...sungguh kesian bila dihantar ke hospital, terjadilah cerita kelakar ini...

M.A: kenak nya pengsan? mengandung ka?
kenapa dia pengsan? mengandung ke?

Pengiring: Kamek sik tau...
Saya tak tau...

mata si penipu terus terbeliak mendengar perkataan 'mengandung'. (Ada pengalaman kot)

Sambil memberitahu kpd M.A, si penipu mengurut dada mengadu sesak nafas dan minta diberikan oksigen. M.A cek, saluran pernafasan ok, dada tak sempit.

M.A: Nya da mintak, berik jak...
Dia dah nak, bagi je....(dlm nada bengang)

Oleh sebab penipuan tak menjadi, si penipu meneruskan lakonan....

Si penipu dengan muka menahan kesakitan (podah!!!!), mengaku pada M.A kepalanya terhantuk. Head trauma katanya.

X-RAY dijalankan. Tiada apa-apa.

Si penipu tidak puas hati lalu minta scan dijalankan kerana perutnya kosong (lagi mau bohong ka? ciskek ko 3 kotak tu sape yg mkn? kepok lekor? Biskut?)

Pun tiada apa-apa.

3 org pengiring sudah bengang. Mereka pulang.

**Part 2**

Pagi Selasa yang hening, saya berkebaya pic bunga-bunga dgn tudung pic lip lap lip lap (oh perasan ayu sungguh arini :p). Ehm...tapi si penipu masih belum berganjak. Tidak apa. Tak kisah pun.

Di tempat kerja, heboh dengan cerita "Si Penipu bersama 3 Pengiring". Sungguh gempak cerita ini. Masing-masing menjalankan tugas dengan senyuman.

Si penipu berlakon dengan penuh aksi. Berjalan pelan-pelan mcm org baru bersalin. Oh, minta simpati.

Tengahari yang panas....

Si penipu curi tulang pegi tido kat belakang.

Encik MF: Berita terkini, si penipu pengsan lagi!!!

Minahs Poghet: ?????

Minah Poghet 1 bergegas turun.

Geletek kaki si penipu. Masih tak buka mata. Wah memang tahan...hebat!

Renjis-renjis dipilis dengan air ais fresh dari peti sejuk; mata si penipu terpejam makin rapat. Dan bola mata bergerak-gerak. Tindakbalas telah dikesan.

Kekantoian sedang berlaku....

Dewan persidangan penuh dengan gelak tawa ahli sidang yang lain sebab semua taknak bawa si penipu pulang. Saya lagila taknak. Saya rela buang si penipu dalam sungai hahahahahahaha!!!! (gelak kejam).

Kesimpulan dari cerita ini yang entah apa-apa;

KALAU RASA NAK MINTA PERHATIAN ORANG, BUATLAH DENGAN CARA YANG TERHORMAT. ORANG AKAN BAGI PERHATIAN DENGAN BANGGA SEKALIGUS KITA PUN BANGGA. KALAU NAK BERLAKON, PASTIKAN LAKONAN MEMANG SUPER DIVA SUPAYA TAK KANTOI. KALAU KANTOI DENGAN CARA YG X BERMARUAH CAMNI, MAK KO KAT KAMPUNG PUN JADI MALU DAPAT ANAK PERANGAI MACAM KO....

Satu nak pesan. Tak semua orang suka kita. Tak semua orang boleh tahan dengan perangai kita. Tak lama lagi mungkin kami semua akan ucapkan bye-bye pada si penipu. Masa tu, mesti hati dan hidung saya tenang. Sebab, si penipu juga berbau busuk kerana tuala dia jarang dibasuh dan dia malas mandi... kui kui....

Ha, kan saya dah cakap awal2 lagi; pakej lengkap seorang perempuan. Halo halo ada sesiapa yg berkenan? si penipu single n available lg...cun la juga cuma bau kureng sket hahahhaha....

Sori kepada yg terasa. Dah tak tahan nak simpan dalam hati. Nak bagi hati berehat.

Chiaow!



Tiada ulasan: