Ahad, 28 Jun 2009

Aktivitiku..

















Haha...hari Ahad kembali lagi. Hari ni takde aktiviti menarik. Ada kura-kura muridku yang bernama Dannel dan juga purse Sembonia yang baru saya beli di Parkson, Wisma Sanyan. Mujur juga ada 20% diskaun so tinggallah rm 159...bulan depan bolehla beli benda lain. Sekarang tengah tunggu duit SBT (Skim Bantuan Tuisyen). Niat di hati nak beli sesuatu utk kepuasan hati sendiri.

Hmm...lihatlah pemandangan pasar (tamu) di Sibu. Masa ni saya nak cari bunga kantan, daun kesum dan ikan utk buat asam pedas. Tiba-tiba....hehe..tengoklah muka ayam-ayam yang redha tu. Kat sini ayam yg tua dijual hidup2 dengan dibalut menggunakan surat khabar. Orang-orang kat sini biasanya akan buat 'pansuh manuk' menggunakan ayam tua itu. Apa itu 'pansuh manuk'? Pansuh manuk adalah ayam yang dimasak menggunakan buluh dan dibakar. Kalau orang Melayu ala-ala masak lemang la...jadi ayam-ayam tua ini memang sesuai dibuat pansuh kerana dagingnya tidak lagi liat selepas itu....Rasanya agak enak. Saya dah pernah makan 'pansuh manuk' dan juga 'pansuh ikan'. Dua-dua pun sedap....



Tiada ulasan: