Sabtu, 8 Disember 2012

Ulangtahun Kedua Perkahwinan di Jemputree

5 Disember 2012 yang lalu, tepatlah 2 tahun kami diijabkabulkan sebagai suami isteri. Throw back last year, saya rancang nak dinner kat Cruise Tasik Putrajaya tapi nampaknya harapan tinggal harapan. Masa tu hati dan perasaan 'sakit' sama sekali disebabkan urusan pertukaran saya ke Penang dibatalkan. Sepatutnya hari tu hari gembira kami suami isteri tapi terpaksa berlinangan airmata pula kat KPM. Biarlah segalanya tinggal kenangan dan kini hampir 7 bulan kami dapat tinggal sebumbung. Amin Ya Rabb..Dan kali ni menyambut bertiga dengan si kecik dalam perut ni. (Suka!!!!)
Tahun ni suami rancang nak bawa saya sambut anniversary di Restoran Terapung, Pulau Aman. Disebabkan keadaan saya yang berbadan dua ni, saya agak cuak nak naik bot. Maka, tugas saya ialah google tempat makan di Penang ni. Ikutkan banyak je restoran best, cuma tak pasti kehalalannya. Jadi, saya booked Jemputree.

Terletak di Jalan Burma, tempatnya agak terhad dari penglihatan tepi jalan. Tapi dgn bantuan Sygic senang je nak jumpa. Saya booked Treehouse iaitu satu2nya rumah atas pokok. Sampai-sampai je dah 8.40 pm. Elok je ada sekumpulan nak naik tangga ke rumah pokok tu. E..eh, kita dah booking la. 

Suram seram n no kissing ok...

Pokok besar tempat berteduh
Servis agak lambat jadi kami isi masa dengan ambil-ambil gambar dan imbas kembali perjalanan rumahtangga kami yg penuh suka dan duka. Hadiah anniversary saya dah dapat awal (Bracelet from Habib) tapi suami buat suprise. Suruh tutup mata dan konon-konon dia sarungkan gelang tu. Hehhee..lucu juga.


Bahagia kita berdua..er...bertiga..

Pemandangan dari Treehouse -1-

Pemandangan dari Treehouse -2-

Haa...macam cik ponti



Menu saya: Chicken Cordon Bleu (sedap), air Mermaid (tak minum pun sebab guna Mirinda Strawberry). Lastly saya tukar dengan Cappucino. Suami pula Special Fried Rice (rasa pelik), Milo panas (tapi yang datang Milo Ais) dan air suam.

Ucapan: SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG...

Tiada ulasan: