Jumaat, 21 Disember 2012

Kandungan 11 minggu

Salam Jumaat..diam tak diam, dah 11 minggu usia kandungan saya. Rasa seronok tengok perut dah mula membuncit macam masa saya makan banyak cuma bezanya buncit ni tak surut-surut. Suami paling suka tengok perut saya dah buncit. Hari-hari dia tunggu bilalah perut ni nak besar. Berdasarkan artikel yg saya baca, dalam peringkat sekarang, bayi sibuk menendang, bergerak dan meluruskan kaki dan tangan. Tapi mak tak terasa la sebab bayi kecik lagi..Isnin nanti saya nak pergi Klinik Kesihatan dan buat buku merah. Hari Rabu nanti dah naik kerja jadi better settle awal-awal. Maka, hari ni berakhirlah minggu cuti saya yg tak lain tak bukan masa saya berehat yg ammmmmaaaaat panjang, bangun dan tidur lambat sesuka hati, masak dgn kerap, ganti puasa (sebab nanti perut dan besar tak payah ganti dah..) dan cari info pasal pregnancy. Moga Allah beri kesihatan terbaik pada saya dan dalam perut ni sehingga saya selamat melahirkan. Syukurnya 1st trimester ni nampaknya tak kena morning sickness dan mudah-mudahan sampailah 9 bulan nanti.Amin... 

Tiada ulasan: