Sabtu, 22 September 2012

Koleksi Saya

Salam Sabtu...sementara tunggu suami balik kelas untuk makan malam (perutku dah berdangdut), mari kita lihat koleksi yg tak seberapa ni.

NO.1 : TUDUNG BERJENAMA MALAYSIA

Dari kiri: Hajra, Radiusite, Hajaba, Pearl Haya

 Bercerita tentang tudung, saya seperti Muslimah yg lain amat memerlukan tudung dalam urusan seharian saya. Setelah duduk sebumbung dengan suami ni, dia banyak menegur tudung-tudung yg saya gunakan untuk bekerja nampak terlalu murah dan tidak sesuai dengan suasana bekerja sekarang. Maklumlah, dulu saya tak ambil kisah sangat sebab tempat kerja pun di pedalaman. Tapi bila dah kena tegur ni baru saya perasan tudung saya banyak yang dah kemek (awningnya), batu tercabut la, dan macam2 kecederaan lagi. Bila dah berkenalan dgn jenama2 tudung ni, saya spend sedikit duit dan masa utk mencari tudung yg sesuai. Ternyata harga yg mahal memang berbaloi dgn keselesaan dan kekemasannya hehe....Suami tak membebel dan bagi kerjasama yg baik masa sy pilih dan try tudung2 ni, malahan dia sabar bg pandangan. Tengkiu...tp lainkali bagilah bajet utk tudung boleh tak??


NO.2 : POLKA DOT

Ha..yg ni ada tudung, kemeja dan baju kurung
 Ok, bagi corak polka dot ni, sebenarnya kecomelan dan keringkasan dia buat hati terpaut. Ada yg senget, kecil besar, tegak je dan macam2 warna. Saya nak tambah lagi koleksi ni tp mungkin utk kasut pula ke..tertinggal nak masukkan beg sekolah Esprit saya yg juga polka dot...Baju hujung kanan ialah koleksi terhad Rizalman 20 yg ada dijual di Tesco baru2 ni. 



NO.3 : ANIMAL PRINTED

Ada harimau, zebra dan buaya yg saya buru utk dpt corak diorang

Yang ni memang tengah in sekarang. Tapi kasut kerja saya tak tepek kat sini kang kotor pulak baju2 tu. Suka jugak corak2 ni sampai mak pun saya belikan baju corak tiger ni. Nasib baik mak suka. Purse tu hadiah besday tahun ni. Tengok kat Esprit hati terus berkenan. Skirt tu masih belum pakai sebab kembang sangatlah pulak...

Setakat ni jelah koleksi saya. Korang pun ada koleksi sendiri kan..seronok juga kita tengok koleksi sendiri ni. Dalam masa yg sama terpikir pulak: amboi, banyaknya baju aku!!!!!!!!

Tiada ulasan: