Ahad, 16 September 2012

Percutian Singkat Cameron Highlands

Salam Hari Malaysia...cuti 2 minggu yang lalu sempena Hari Merdeka, kami rancang nak jalan-jalan tapi syaratnya:
  • limited budget
  • dekat
  • boleh balik hari
So, kami plan ke Cameron Highlands. Haha..tempat indah dalam Malaysia ni saya xpenah pegi dari kecik. Jadi inilah masanya...


Wajah di dalam perjalanan


Perjalanan dari Penang lebih kurang 3 jam. Kami sampai di sana jam 10 pagi dan belum ramai orang. Cuaca elok indah permai je. Angin sejuk tak terasa sangat mungkin sebab matahari begitu terik kot..


Aktiviti wajib sekelian umat-belek dan beli kaktus



 Oleh sebab saya ni pemalas, maka pokok yg sesuai saya bela ialah kaktus. Mak oii..tertekan betul bila tengok banyak sangat2 jenis kaktus ni. Tau dah kalau amik yg jenis lembut tu mesti hayat tak lama. Tapi sebab geram amik jugak. Hasilnya, masa entri ni ditaip (2 minggu berlalu) 3 dari 4 jenis dah nak mati dah...takpela,janji sempat tengok kecantikan mereka. Saya bukanlah peminat bunga ros dan strawberi, maka kedua-dua tempat penanaman tu saya takkan pegi. Tapi yg satu ni memang tak boleh tak pegi iaitu Ladang Teh. Kami pegi Bharat's Valley (betul ke ni? Betullah kot..)


Tersenyum sumbing kambing




 Agak licin lereng ladang teh ni ek..nasib baik saya tak pakai tumit tinggi. Tp hubby la yg nak tergelincir. Nasib baik ada isteri gagah perkasa ni sempat paut tangan dia. Kalau tak, tak pasal2 slide kat situ. Ada jugak pasangan yg tengah honeymoon (ngendap inai kt jari diorang eheh!). Encik, tolong amikkan gambar kami boleh??
Senyum bahagia 


Inilah hasil tuaian kami di Cameron Highlands. Dari kiri: Baby kailan RM3.00, White Coffee Strawberry Flavour RM10, Cameron Valley Tea RM3.30, Iced Tea Mango & Strawberry RM2.20 each, kaktus-comel-sangat 7 RM10, Buah kering 4 RM10. Fridge magnet RM1 dah lekat kat peti ais. 

Konklusinya, seronok,indah,barang tak mahal dan nak pegi lagi tapi bermalam kat sana.

Tiada ulasan: