Ahad, 16 September 2012

Sehari Penang-KL-Penang

Apa khabar? Ini minggu lepas punya cerita. Suamiku nak pegi Sunway Pyramid nak cari butik Wrangler. Maka bergeraklah kami pagi2 dari Penang. Kunun pakai kereta saya biar boleh tukar drive, tapi saya teramat malas lagipun bkn tau sangat jalan ke tempat lain. 


Sebelum gerak mesti minum susu dulu. Baru besar bagai johan.... :)
Saya pakai: batwing boluse Cotton On, maxi skirt Cotton On, tudung rm5, belt kedai biasa. E'eh sama dgn kerusi la...

Dalam hati berkata-kata bila la nak sampai kl...perut lapar...

Pakai handbag lama Guess & kasut lama RM10-akhirnya rosak gak kasut tu setelah 2 thn pakai dgn lasak.
 Sampai Sunway Pyramid dalam 12.30 tengahari. Tak tunggu lama terus cari tempat makan. Perut lapar nasi so cari kedai yg memang serve nasi. Jumpalah kedai Nasi Ayam Penyet Ria. Wah..rianya hati saya dapat makan nasi ayam penyet...!!!


Apakah? Langsung tak RIA

Ikan keli nampak menyedihkan-double tak RIA


 Maka, lepas ni kami takkan jenguk kedai ni lagi. Lebih baik saya buat sendiri Ayam Penyet kat rumah. Lagi berbaloi-baloi. Lepas tu kami ke Shah Alam memburu tudung impian saya. Dek kerana excited, maka sekeping gambar pun tak sempat snap. Saya sempat beli sehelai tudung Radiusite RM44 dan tudung Hajra 3 RM50 utk pakai kerja. Setelah itu, kami ke IKEA belikan side table mak. Hati terpaut pulak kat floor lamp. Ok, beli lagi.

Kui kui white board ni nama MALA-inspirasi nama mak aku ke??
Penat sungguh perjalanan kali ni. Sampai istana Sri Impian kami pukul 2 pagi. Maka, siap2 lebih kurang dan terus berlayar ke alam mimpi.....

Tiada ulasan: