Ahad, 16 September 2012

Jom Terokai Perak!

Salam petang..semalam, seharian kami berkunjung ke negeri jiran iaitu Perak. Dah lama nak ke Gua Tempurung memandangkan selama ni kalau berjalan tak pernah masukkan gua sebagai destinasi. Ketika sampai, banyak betul bas-bas rombongan parking. Adui..ni mesti ramai budak sekolah.


Gua olok-olok


 Setelah berbincang, kami pilih pakej kedua iaitu Top of the World. Bayaran sebanyak RM 9 dan masa pergi dan balik ialah 1 jam 45 minit. Paling tak best bila guide yg bawa kami bawa sekali rombongan budak sekolah. Dahlah ramai gila, bising pulak tu. Langsung tak dengar n tak tau kat mane objek2 macam monyet bawa kereta, perempuan cuci rambut, Osama Laden, dan sebagainya.

Masa baru masuk. Cantik! Mereka kat bawah tu yg amik pakej 3 dan 4.

Suami yg terpaksa bawa henbeg. HIHI!!

Dua je info yg kami dapat iaitu Wind Tunnel di mana satu2 nya kawasan yg angin dapat masuk. Masa mula2 dia cakap, langsung tak terasa angin. Hangin ada lah. Lepas tu kami terus je daki anak tangga dan tinggalkan rombongan budak sekolah yg bising tu. Hubby pesan: "Adatlah cuti sekolah...dah kita masuk sekali dgn diorang, nak buat macamana". Barulah hati saya sejuk sikit pastu sy happy2 je dgn suami. 

Masa ni sy boring sebab budak2 tu bising sangat. Hish!!!
 Seronok sangat dan cantik sangat2 dalam gua ni. Walaupun ketiak dan badan dah berpeluh2 tapi kecantikan yg Allah jadikan kat gua ni buat saya tak peduli dgn perpeluhan yg berlaku.

Ok, inilah bumbung gua. Haha mata sy mcm hantu The Descence.




 Kalau ikutkan, batu kat atas ni sebelah berkilau dan sebelah lagi tak. Yang berkilau tu adalah kristal. Oleh kerana kami snap gambar guna HTC One V ni je maka tak nampaklah berkilauan suasana kristal tu.


Ok balik time....

 Setelah makan cekodok pisang dan jeli kelapa, berpandukan GPS kami meneruskan misi terokai Perak ke Kompleks Sejarah Pasir Salak. Cuaca amatlah panas.


Tada! Kat sini je leh bergambar. Kat dlm tak boleh tau.


Misi diteruskan lagi ke Kellie's Castle. Jauh jugak dari Pasir Salak tadi. Ingatkan dekat je sbb nama pun dekat2: Kg. Gajah n Batu Gajah.



Bila dah sampai, wajiblah kita posing kat depan istana ni seolah-olah istana ini kita yg punya. Senibina istana ni cukup cantik dan saya percaya kalau siap mesti istana ini gak dan menjadi daya tarikan kat Perak ni.

Ini dalam bilik anak dara Kellie iaitu Helen. Sy suka rekabentuk kt belakang tu.

Ada ditampal di kaki lima dan bilik anak dara Kellie ni yg ada lembaga menyerupai mereka berlegar2. Biasalah kalau dah benda lama, tambah2 lagi tempat takde orang. Makhluk halus mestilah banyak.

Kat bahagian atas. Di tepi saya tempat mereka mengadakan parti. Rooftop Party u...

Kella's House iaitu rumah dorg sebelum ni.

Seorang jejaka sedang termenung di jendela.....

Bahagian belakang Kellie's Castle. Anganku...

Berlatarbelakangkan Pokok Beruang.

 On the way balik Penang, tiba2 nampak arah ke Taman Rekreasi Gunung Lang. Wah...bagus jugak ni. Leh lepak sekejap.
mercu tanda
 Sempoi tempat ni. Yang bestnya ada bot pusing2 tasik. Tapi lambat datang bot pun dah takleh naik. Ada 3 pasangan pengantin amik gambar outdoor kat sini. Hm...teringat kenangan kami dulu2.


Teropong geng2 tomboy dgn 'gelfren' dorg. Ish tak malu ke depa?


Nanti kalau datang lagi kami nak pusing2 tasik ni. Baru berbaloi....tata...

Tiada ulasan: