Ahad, 21 April 2013

Alam Kehamilan

Selamat pagi Ahad... hari ni saya tinggal sorang kat rumah sebab suami ada kelas dari 8 pg sampai la 10 mlm. Huh haru betul. Tapi, sebagai suri rumah hujung minggu saya ada banyak kerja yg saya bawa balik ke rumah (malas gila nak buat huhuhu...). Oh ye, update pasal cuti ke Hatyai nanti dulu sebab merangka kata-kata indah. Ni nak share pasal pregnancy secara ringkas.


Beberapa hari sebelum cuti akhir tahun 2012 yang lepas, hati terasa2 yg kemungkinan besar saya mengandung. Tapi tak nak beritau suami sebab takut dia mengharap sangat. Bila pergi kerja, tengok kawan dah ada isi 2 bulan lebih. Jelesnya rasa.....


Annual dinner (masa ni dah ada dlm perut +- 1month rupanya)

Cuti Deepavali, kami keluar rumah dari awal pagi (sebab kwsn apartmen ni ramai India so mesti ada sambutan meriah). Kena cepat keluar rumah. Menikmati spaggeti di Gurney Plaza dan tak lupa utk beli pregnancy test kit.

Dalam debaran menanti ujian positif :)

Cuti sekolah bermula....yahoo!!! Kami pulang ke Johor. Tapi sebelum tu singgah Putrajaya rumah abang ipar sebab mak ayah mertua ada kat sana. Sambil tu kami melawat kakak ipar yg baru bersalin. Alang-alang nak confirmkan test yg dibuat, kami ke klinik di Putrajaya dan hasilnya memang saya betul2 mengandung 6 minggu. Syukur Alhamdulillah...

Masa berlalu sehinggalah saya cukup 12 minggu dan buat buku merah di klinik kesihatan. Ujian dan dugaan datang (pendarahan) tapi baby kuat ni sangat hebat...dia tetap sihat dan aktif dalam perut mak dia (terima kasih anakku).


  • 17 minggu - selamat pulang ke Pulau Pinang selepas seminggu bercuti Tahun Baru Cina. First time baby tendang pada pukul 9.37 pm. Terkejut tapi happy :)
  • 20 minggu - cek up bulanan di KK; berat badan saya naik mendadak dari 40.5kg jadi 45.6kg. Hasilnya saya kena datang KK 2 hari sekali utk pantau berat badan dan tekanan darah. Alhamdulillah, sehingga 7 kali appointment, saya sihat walafiat.
  • 24 minggu - Hb pula turun mendadak dari 11.1 jadi 9.9. Aiseh..ni dah kes bahaya. Yang lain-lain ok.
  • 26 minggu - rasa tak sabar nak tau jantina baby, kami pergi ke Poliklinik & Klinik Pakar Wanita Qoay utk scan 3D. Nampak jelas jantinanya anak kami ni perempuan. Muka pun jelas sangat even dia tutup dgn tangan n kaki. Comelnya buat macam tu...
  • 28 minggu - Syukur Hb dah naik jadi 11.4 (berkat makan Iberet+jambu batu+kerang). Saya dapat 4 kali cucuk harini: -cucuk utk Hb, 2 kali cucuk utk MGTT (air gula) dan 1 kali cucuk utk kancing gigi. Hasilnya tangan lenguh sangat2 dan minta MC dari doktor. Dapat tugas baru iaitu tanda gerakan baby dari 9 pagi hingga 9 malam. Best gak task baru ni :)

Sekarang ni, setiap kali saya mengajar (terutama kelas Pend.Moral yg saya kena menjerit kuat2 sebab waktu P&P terkena pada waktu rehat thn 2 dan 4 diikuti pula rehat tahun 5 dan 6), mesti baby bergerak kuat. Kesian baby...tapi saya terpaksa sebab keadaan terlalu bising. Kelas saya betul2 di atas kantin. Harap anak saya nanti tak kuat jeritlah...


Memandangkan usia kandungan saya dah 7 bulan, maka saya dikehendaki datang ke KK 2 minggu sekali (berbanding sebulan sekali sebelum ni). Sekarang ni cuma nak hepi2 je. Harap2 dapat bersalin tepat pada masa kat kampung halamanku yeeha....



Tiada ulasan: