Jumaat, 17 Mei 2013

Percutian Singkat di Hatyai Part 1 (28 Mac-30 Mac 2013)

       As salam...dah lama tak menaip benda lain selain minit mesyuarat, evidens, nota, bla..bla..bla kerja cikgu yg tak berkesudahan. Diam tak diam, kandungan saya dah 32 minggu iaitu 8 bulan. Perut besar sampai nak bangun pun susah tapi Alhamdulillah masih larat lagi. Ok, berbalik pada tajuk di atas, memandangkan cuti pertengahan semester 1 pada Mac lepas kami tak balik ke Johor, maka dengan duit simpanan yg ada suami cadangkan pergi jalan-jalan dan bakinya simpan utk beli barang baby. Fikir punya fikir, nak ke Bandung tapi sebab lambat book tiket, mahaaal le pulak...lagipun saya dah muak buat prosedur yg sama (cek harga tiket-compare-book-print-duduk kat airport lame2-boarding) Uh bosan! Tiba-tiba teringatkan sorang kawan ni yg backpack ke Bangkok naik train. Wah..macam best ni tapi nanti jap ye....saya lupa yg saya tgh bawa baby 6 bulan lebih dlm perut ni. Ada hati pulak nak naik train selama 22 jam dari Padang Besar ke Bangkok hehe...Akhirnya, keputusan muktamad dari saya ialah kami ke Hatyai-luar negara Malaysia yg dekat dan mudah nak pergi.



         Sepanjang merancang, saya google segala maklumat berkaitan Hatyai, cara nak pergi dan sebagainya. Paling saya nak pastikan ialah tempat ni selamat dari sebarang ancaman musuh (Hatyai ialah selatan Thai). Setelah renew passport, pagi indah 28 Mac kami pun bertolah dgn si purple QSR 9707 ke Padang Besar pada jam 5.20 pagi (sebab   nak naik train dari Padang Besar pukul 8.30 pagi).


        Kami sampai di Padang Besar lebih kurang 7.40 pagi. Kaunter tiket train belum buka jadi kami sarapan dulu. Berdekatan tempat kami parking kereta, (parking dalam kawasan KTMB, free, takde bumbung) terdapat ramai 'ulat-ulat' yg offer kita naik motor / kereta diorang utk masuk ke Hatyai. Kami dioffer utk naik kereta dan dicaj rm150 (tiket train cuma rm6.00).Amboi...kelasnya kereta hang....mahai betoi! Kami tolak dgn baik dan terus pergi sarapan. Si dia masih jugak berlegar2 (mungkin nak cuba nasib lagi kot...). Lepas tu kami terus ke kaunter tiket train utk beli tiket. Masa tu train dari KL pun sampai dan ramailah yg berwajah sembab turun utk tukar train ke Hatyai (diorang bertolak malam dari KL). 


        Dengan muka blur, kami nak beli tiket kat kaunter Malaysia tapi rupanya salah...kena beli kat tempat tiket Thailand dgn menapak 10 langkah ke depan. Maka kita dah masuk kawasan Padung Baysa, Thailand. Ajaib betul. Semua tulisan, lagu, gambar, ape saje berunsur Thai. Orang tiket pun org Siam namanya Encik Sonsang (nasib tak gelak masa nak bayar tiket). Tiket dah selamat di tangan, kami pun melepak kejap kat kafe.

Aik apesal naik atas gambo ni? masa tgh tunggu kepala train Thai siap dipasang
Selamat dalam train. Bye Malaysia!

Suami yg sedang sakit gigi :(


 Masa tengah tunggu depa siap pasang kepala train Thai



    Lebih kurang pukul 11 pagi kami pun sampai di Stesen Keretapi Hatyai. Agak scary dgn orang-orang dia yg nak kita amik tuk tuk. Eh sabolah dulu...org baru sampai, nak tukar duit lagi.. Last-last kena tipu. tukar rm300 dpt 2700 Bhat je. Amik tuk tuk pun kena tipu. pegi hotel tu patutnya 60 Bhat sekali ditipunya kami sampai kena 150 Bhat. Takpe...pengajaran pertama.



 
Gegaran dlm tuk tuk. Baby relax je masa ni. :)



     Ok, muka bahagia dah sampai bilik hotel sebab cuaca kat luar panas sangat-sangat. Hotel kami book ni namanya Hi Season Hotel, hotel bajet 3 bintang yg agak di pinggir bandar. Booking guna Agoda, memang murah dari rm150 dapat rm62 je semalam. Keadaaan hotel pun luas, memuaskan sama macam dlm gambar Agoda. Memang puashati tang hotel. Kami penat so relax jap amik aircond. Lepas perut pun mula dangdut, baru kami keluar dari sarang hae.

      Keluar hotel je, tuk tuk dah siap tunggu. Kami terus cakap style ayam itik beritau nak makan Muslim punya. Nasib baik itu drebar paham. Suami pesan dia suruh drive pelan-pelan sebab isteri gemuk  ni kan pregnant... Kami makan di satu kedai yg tak ingat namanya tapi depa boleh kecek Klate. Makan nasi putih, tomyam ayam, telur dadar, air kosong dan teh ais total 195 Bhat. Boleh la..dekat rm20. Takpe, janji kenyang. Lepas tu kami terus ke area bandar. Kami ke Santisuk Market dan Yongdee Market tapi tak beli ape2 cuci mata dulu. DVD blu kaler dan alatan 18sx selamba je jual di pasaran terbuka. Loya pulak tengok. Last2 kami masuk shopping Complex Odeon namanya. Saje nak tengok isi dan amik aircond. 





    Masa ni tengah tunggu barista ni datang. Sedap minum kat Nadia's Coffee kat sudut bawah dalam Odeon ni. Kedai kopi cute ni halal. Lebih kurang 4 petang, kami ke pasar malam. Dorang tgh setting utk bukak. Jalan sekejap je tapi memang tak tahan panas sangat. Terus nak balik hotel rehatkan kaki dan seperti biasa amik aircond. 

    Rupa hotel kami. Panas terik masa ni sampai rupa wajah yg tersenyum bertukar jadi cebikan. Oh tak sabar nak naik bilik...... Kami terbongkang lepas tu. Baby pulak bila mama dah relax membongkang baru dia somersault yeah!!!!


    Malamnya, kami keluar utk mencari rezeki  makan. Sasaran kami ialah pasar malam. Kali ni tempat lain pulak. Jalan-jalan cari benda yg berkenan dan berpatutan. Perut yg lapar kami isikan dgn nasi ayam tapi tak boleh blah sebab beras wangi. Sebab lapo telan jela....



Menghirup sup penuh perasaan...



 Ok, letih dah. Selamat sampai hotel. Nak rehat dulu tata.....


Harta yg ada di sini

Tiada ulasan: