Isnin, 27 Mei 2013

Percutian Singkat di Hatyai Part 2 (28 Mac-30 Mac 2013)

Selamat berhari Isnin..yahoo cuti sekolah dah start menandakan hari-hari reliks bagi seorang guru seperti saya telah menjelma. Walaubagaimanapun, penanda wacana kerja-kerja key in SPPBS belum buat lagi boring betul. Berbalik pada tajuk di atas, saya mulakan dengan hari kedua kami di Hatyai. Bangun pagi je cuaca dah terang benderang dan panas terik. 

Kami mulakan pagi itu dengan posing dulu dalam bilik. Hahaha...besarnya perut saya (25 minggu). Disebabkan hari ni banyak berjalan dan naik turun tuk tuk, saya decided pakai seluar yg selesa berbanding pakai baju mengandung. Takut tersangkut kat kaki lagi payah. 


 Driver tuk tuk bawa kami sarapan kat kedai nama Kelantan. Good surrounding dan ramai org Malaysia tgh sarapan juga. Tapi yg peliknya, kenapa diorang tak balas senyuman saya yg sah-sah org Malaysia ni? Alamak...sombongnya! Setakat bercuti kat Hatyai je pun... Menu kami pagi tu adalah Nasi Lemak Special dan Teh Tarik. Total 2 orang 195 Bhat (lebih kurang RM20).

Dalam tuk tuk ketika cuaca semakin panas...
Tak tau gambar sape saya snap masa traffic light merah

Mulanya kami nak ke Hatyai Dome dulu tapi awal sangat lagi so driver pusing dan terus ke Songkhla utk ke Samila Beach. Jauh juga perjalanan dalam 50 minit dari Hatyai. Sakit juga punggung duduk lama-lama dlm tuk tuk.


Fuh...panas terik di Samila Beach ni memang tak tertahan rasanya. Ni ape yg ditulis mungkin papan tanda dia la...

Macam biasalah, kalau ke pantai ni mesti bergambar dgn si duyung seksi ni. Nasibla tak jauh sangat nak berjalan utk bergambar dgn si dia ni. Masa ni driver tuk tuk tolong ambilkan gambar. Hati-hati saya panjat batu tu takut tergelincir sebab banyak pasir kat situ. 


Si kucing dan tikus ni pun mercu tanda kat pantai ni. Kami tak tunggu lama lepas ambil gambar dan beli belah serba sedikit (utk buah tangan) dan terus blah. Destinasi seterusnya ialah Songkhla Aquarium. Dekat je dalam 10 minit tempat ni dengan pantai tadi. Bayaran masuk ialah 300 Bhat (lebih kurang RM30). 


Jalan-jalan dulu tengok spesies ikan..kat atas ni baby jerung. Lepas tu ada show yg memang best. Siap ada orang berenang sekali dengan ikan-ikan besar tu. Ada jerung dan penyu yg pakai baju. Siap dia peluk2, menari, cium dan last sekali dia menari Gangnam Style dgn ikan-ikan tu. Hahahaha..terkekeh-kekehla mak buyung gelak masa tu. Orang yg buat show tu muka dia macam Sam Bunkface.

Kamera canggih kan..maka gambar tak clear

Mesti datang sini lagi nanti..
 


Seterusnya, kami ke Tangkuan Hill. Bayaran 30 Bhat (lebih kurang RM3). Nasib baik naik lif jadinya taklah penat sangat. Pemandangan di atas ialah bandar Songkhla dan pantai yg kitorang pegi tadi. Atas ni sebenarnya tempat Buddist berdoa jadi banyaklah loceng pelbagai saiz dan bentuk.


Ada juga love locks agaknya utk yg mengisytiharkan cinta mereka atas bukit ni cewahhh.... Tu dia cinta hati dalam perut lagi hehehe...


Perut pun dah lapar tambah-tambah lagi cuaca panas. Driver bawa kami makan kat pantai. Order tomyam kung, kangkung goreng belacan dan sotong bakar total 830 Bhat (lebih kurang RM84). Hambik ko...memang cekik darah makan kat sini. 2 orang je pun yg makan. Sedap memangla sedap.

Seterusnya, kami sambung perjalanan ke Hatyai Ice Dome. Bayaran masuk ialah 300 Bhat (lebih kurang RM30). I City saya tak penah pergi lagi tapi tempat ni macam best. Tak sabar nak masuk sebab kat luar ni dah panas sangat. Tak lama boleh bertahan dalam ni lebih kurang setengah jam je kami dah keluar. Sebelum masuk, kita akan diberi glove dan jaket (tapi tetap sejuk mencengkam ke tulang). Bateri kamera cepat je habis masa ni sebab suhu -15 kan...handphone memang tak boleh guna langsung. Bila masuk tempat ni, teringat masa kerja kat Baskin Robbins dulu kena masuk Cold Room kira stok aiskrim. Suami pun selalu kena masuk Bilik Sejuk FAMA. Haha...pengalaman kami sama; tak tahan sejuk....







 Antara gambar yg sempat kami snap sebab bateri habis. Takpelah, janji dah dapat masuk dan tengok sculpture di dalamnya. Luas juga dan cantik-cantik kalau dapat ambil gambar. Disebabkan keadaan saya tak sesuai, tak dapatla saya meluncur kat dalam tu. Tengok orang jelah...


Lebih kurang pukul 4.00, kami terus ke Klonghae Floating Market.  Ikutkan masa ni dah tak tertahan nak balik hotel, tapi kena tabahkan hati takut kempunan hehehe... Disebabkan takde payung atau topi nak wat pelindung, saya jalan ke perahu yg paling dekat je dan beli air dalam bekas tanah liat tu dan otak-otak je. Dah tak larat dah berpeluh-peluh.




Stail perniagaan kat sini ialah penjual duduk dalam perahu dan kita jalan kat tebing tu pilih makanan yg kita nak. Tapi pandai-pandailah pilih yg Muslim takut kang terbeli lipas goreng ke, cengkerik ke... Yg eksotik semua saya tak sempat survey sebab tak lalu dah nak jalan sampai hujung. Mood pun dah tak berapa nak ok. Nasib baik perjalanan nak balik hotel dah tak jauh dari sini. Sampai hotel je kami terbongkang. Baby pun bila dah sejuk dalam bilik baru aktif bergerak-gerak. Suka hati mak dia...



Malamnya, kami nak repeat ke pasar malam yg kami pergi malam first tu. Sebelum tu, kami jalan2 kat Mall ni tapi lupa nama dia. Dapatlah suami saya merembat t shirt Wrangler yg butiknya kat Sunway Pyramid dan Midvalley dah tutup. Harga lebih kurang kat Malaysia juga lepas convert dalam RM85 jugak. Lepas tu kami jalan kaki pergi beli makanan kat tepi jalan luar Mall tersebut. Kecur liur nak makan pulut mangga ni. Saya pilih yg paling kecil; 50 Bhat. 


Dan...posing di pasar malam setelah membeli beberapa helai pakaian. Malam ni kami makan nasi lemak dan teh tarik yg paling sedap dalam dunia. Bersambung Part 3 nanti ye...

Tiada ulasan: