Ahad, 24 Mac 2013

Short Vacay In syaa Allah

As salam... petang ni nampaknya saya melakukan tugas2 surirumah je maemandangkan baju tak berlipat, tilam belum bercadar. Suami saya dah pergi kelas pukul 1.15 tadi. Semangat nak habiskan jahitan terpaksa dipudarkan semalam berikutan keadaan mesin jahit yg buat hal. Rasa nak hentak je bg ok. Bukan salah saya pun..tiba2 je benang jadi bergulung kat dalam. Geram betul. Apa nak jadilah dgn tudung, baju dan barut yg saya nak buat ni? Tension je...



In syaa Allah, hari Khamis nanti kami nak bercuti ke 1 tempat yg melangkah keluar dari sempadan negara tapi tak memakan masa yg lama. Ikut hati nak pegi lagi jauh tp memandangkan kedaan saya yg berbadan dua ni baik lupakan je dulu. Kami planning nak pegi 3 hari 2 mlm dan kali ni menaiki keretapi tut...tut...sebab dah lama sangat tak merasa naik keretapi. Hotel saya dah booking online tapi tiket keretapi tak dpt beli online. Lain konsesi katanya. Harap2 dapatlah tiket kat Padang Besar nanti. Kalau tak, terpaksa cari bas, teksi atau van utk ke sana. Destinasi pilihan kami ialah....


Curi dari GOOGLE ;)

Pilihlah sendiri kanan ke kiri..hehe..nanti dah selamat balik saya update la. Semoga perjalanan dan percutian ni berjalan lancar, saya, baby dlm perut dan suami sihat walafiat je.Amin.

Tiada ulasan: