Sabtu, 6 November 2010

dag dig dug lg 28 hari

  • WAh!!!! dah tak lama lagi saya nak naik pelamin.....baju pengantin belum siap. Saya pulak masih kat Sarawak ni kira2 guna jari keberangkatan pulang ke JB pada 20 november nanti. Nasib baik dapat balik guna waran kerajaan, save sikit dalam beberapa ratus. Leh tambah2 duit bayar mak andam hehehehe....
  • Sekarang dlm proses pengumpulan alamat kawan2 dari zaman gigi susu sampai la zaman pegang rotan. Huh! mencabar gak task ni sebab kebanyakan rakan dah tak dpt nak jejak. Guna fb pun yg reply "sorila yatee tak dapat datang" (hehehe...same gak dgn sy reply masa diorang kawen dulu...) Maklumla, Malaysia ni luas dan kawan2 kita ni berada di mana-mana. Hm....how i wish to meet everybody...
  • Balik kampung nanti saya ada 2 minggu je lagi untuk settle kan apa yg patut. Mak kat kampung dah tanya2 bila katil nak sampai. Booking dah kemain lama dari bulan 5 lagi. Hehe..sori la lambat call cina tu. Tu pasal katil lambat sampai.




Oh...ini bukanla pakaian yg saya akan pakai nanti. Walaupun saya org Johor, tapi tiada keturunan Jawa begitu juga dengan tunang saya. Tapi best gak kalau dapat pakai macam ni. Ish...sian pulak tengok keseksian tunang saya nanti...oh no no no...




  • Tapi yang tak bestnya sekarang tengah sibuk dengan aktiviti sekolah. Minggu depan kena pegi kursus 2 hari, dalam waktu yang sama exam budak-budak. Pastu mesti bersengkang mata+jegil2 biji mata+sakit mata tanda kertas jawapan dengan tulisan kreatif anak2 muridku. Minggu depannya lagi ada majlis penyampaian hadiah (nasib baik baju tempah hari tu dah siap, leh melaram...). Dalam masa yang sama, result E-GTUKAR pun keluar...mudah-mudahan ada rezeki balik ke semenanjung....amin...hm..lepas tu baru dapat kemas beg dan zoomm........................naik belon balik JB...............!!!! suke!!!


  • Ini pun bukan ppelamin saya. Saya pinjam dari encik google. Pelamin saya pun tak tau la rupa apa. Ikut kreativiti pak andam la melawakan dia. Hm.....
  • Saya belum rasa kehangatannya...bersedia la hahahha....(dah mereng sikit ni)

Tiada ulasan: