Rabu, 10 November 2010

debaran menanti result UPSR

Esok, 11 November 2010 (Khamis), keputusan UPSR semua calon di Malaysia akan diumumkan. Guru Besar atau wakil akan mengambil keputusan tersebut di Unit Penilaian & Peperiksaan. Saya bukanlah calon UPSR, murid tahun 6 mahupun apai indai sidak tahun 6 tapi debaran dup dap saya lebih kencang dari mereka. KENAPA? MENGAPA? APAKAH? Sebabnya....saya la yg bertanggungjawab dalam menyebarkan ilmu Sains kepada mereka sejak tahun lepas semasa mereka di Tahun 5. Maka, mereka ini adalah produk pertama saya ibarat anak pertama la....penentuannya....





Wajah calon UPSR (dan calon pengantin :) )



Bila saya posting ke sekolah ni, kelas mereka la satu2nya kelas Sains yg sy ajar. Selain tu, saya jadik bidan terjun je utk subjek2 yg lain. Mula2 memang cabaran yg besar sebab mereka ni kurang belajar Sains dari tahun 1 lagi (berdasarkan report2 dari cikgu2 di sini). So, paham2 la macamana pencapaian mereka. Saya memang ajar dari cara sebutan (term sains) yg betul since sy mengajar mereka bilanguage yg kadang2 ambil masa seminggu. Cabaran demi cabaran sy hadapi termasuk pinjam kertas litmus dari sekolah lain (utk eksperimen acid and alkali).





Nak sangat-sangat saya tengok mereka tunjuk macamni tapi saya tahu setakat mana kemampuan mereka. Dan juga saya. Apa2pun keputusan mereka terutamanya Sains, saya terima dengan hati terbuka sebab separuh daripada keputusan mereka datangnya dari saya.



Buat anak-anak muridku, cikgu minta maaf jika ilmu yg cikgu beri terlalu sedikit utk kamu semua. Apa keputusan yg kamu dapat cikgu takkan marah. Sebab kamu dah usaha. Cikgu pun dah usaha. Cuma cikgu sentiasa doakan kejayaan kamu semua sebab banyak lagi cabaran yg kamu akan hadapi.....

Tiada ulasan: