Ahad, 19 Julai 2009

DEEP INSIDE MY HEART

tak taulah nak kata macamana. kdg2 rasa seronok, bergembira dgn apa adanya pd sy hari ini. Sejujurnya, hati saya sentiasa rasa tak keruan. Seperti bila saya buat sesuatu, rasa seronok & puas hati tapi ada perasaan lain yg membelenggu diri. Apa perasaan itu? Saya pun tak dapat nak buat kesimpulan. Kadang2 hati saya rasa sangat kosong; seperti batu yg hanya duduk diam di tepi jalan atau ais yang dingin dan mengeras. Kadang2 hati saya jadi selembut sutera atau sehalus tepung hingga bila disentuh sedikit terus hancur...kadang2 ia juga boleh jadi setenang air di tasik yg sepertinya tidak akan terkocak walau dilempar batu-batu kecil. Oh hati...

Perasaan ini saya pernah rasa satu ketika dulu. Itu sebab saya buat blog ini walaupun saya tak pandai dan tak tau nak post apa. Saya xkisah org baca atau tak, pd saya yg penting saya dpt meluahkan sesuatu. Dan akhirnya perasaan itu tenang sendiri. Di saat saya cuba menikmati hidup ini di samping org2 yg saya sayang (family of course) then ia datang lagi. Ketika saya dah jadi seorang yg tabah & pandai berlakon, perasaan itu datang kembali.

Dah 3 bulan 3 hari saya mengharungi perasaan ini. Amat memedihkan serasa ditusuk sembilu yg tajam. Ia semakin terasa bila mana saya sentiasa dapat merasai kehadiran empunya angkara itu.
Sepatutnya (harapan saya) semakin masa berlalu, saya semakin tenang & tabah tapi nampaknya saya semakin parah. Disebabkan kebolehan saya utk berlakon, secara fizikalnya saya telah berada di bumi yg nyata. Hakikatnya....ia tidak mencerminkan hal yg sebenar.

Saya tak mahu menjadi seorang yg rapuh hatinya. Saya dah lukakan hati mereka yg saya sayang walaupun itu bukan pinta saya..saya tahu mereka cuma nak saya gembira. Apalah daya saya bila ada yg tak ingin pun saya bahagia, tak ingin pun saya hadir di kalangan mereka...

Tuhan saja yg tahu apa dlm hati. Harapan saya janganlah saya patah semangat dan jatuh terduduk. Cukup-cukuplah...saya takut saya tak terdaya menanggungnya lagi...

Mungkin kelihatan kuat walau sebenarnya hati dihambat pilu. Semoga kekeliruan ini segera berlalu. Saya nak jadi Hayatee yg dulu. Semoga saya berjaya & terus berjaya. Saya mahu mengeraskan hati ini.

Bantu aku Ya Allah...

Tiada ulasan: